Saturday, February 27, 2010

mengomel ngomel

(excerpt dari blog lamaku )
-------------------------------------------------------------------------------------

err..

semalam aku tertengok berita di tv

macam biasa saja ya

politik jenayah kemalangan

kemalangan jenayah politik

tapi ada satu yang menarik perhatian aku pula

tok jib naik ke rostrum

berucap pada ahli ahlinya sekalian ada

selangor mesti di rampas

itu lubuk pembangunan

oh?

rampas?

tidak dapat tidak aku terfikir sejenak

apa itu selangor ya?

apakah ianya satu barang komoditi?

barang display yang akan di miliki pada yang mampu?

bukankah selangor sebuah negeri?

yang mana ada rakyatnya sendiri pula?

rampas?

dari siapa?

PKR?

eh eh

setahu aku selangor tidak di rampas PKR

cuma di menangi

kenapa pula timbul perkataan rampas rampas ini?

selangor bukan barang jualan

bukan barang komoditi

bukan pula milikan perseorangan

sekian lama bn memerintah selangor

kini rakyat selangor berpaling arah

tak lagi memenangkan bn

apa tidak nampak apa yang ingin rakyat selangor cuba katakan?

dan kini dengan selamba pula kata ingin rampas selangor?

apa tak di fikir apa rasa rakyat selangor?

rakyat selangor ialah tuan empunya negeri selangor

apa rasa mereka bila dengan negeri mereka mahu di rampas?

siapa yang mahu rampas?

bn?

untuk apa ya?

agaknya ada lagi tanah tanah di selangor yang belum di cabul di renjah untuk dijadikan tapak

banglo rm juta juta pak pak menteri boroi

cukai cukai kedai arak kedai judi banyak lagi perlu di kutip

pasir pasir banyak lagi ada untuk di curi, nanti dapatlah habuan tutup mulut

eh?

aku menuduh?

taklah

manalah aku tahu kalau bukan si tv3 yang cakap kan?

report sana adu sini program sana siaran sini

jenayah kolar putih bukan main di selangor

apa itu jenayah kolar putih?

jenayah kolar putih adalah jenayah yang merugikan rakyat tapi menguntungkan individu tertentu yang berkepentingan

tak macam jenayah biasa

kalau ragut

itu hal si peragut dengan di yang di ragut

tapi kalau jenayah kolar putih

rasuah sana pejam mata sini

rakyat pula yang terima bala

korek sini sana runtuh

ketuk sana sini retak

sodok sini banjir sana

tinggalan saka di zaman paklah dulu

begitu banyak untuk tok jib selesaikan

mampukah dia?

yang che det tinggalkan pada paklah

habis makin teruk dapat dek pak lah

kini tok jib pula kena bersihkan

kasihan juga

iyalahkan

kalau tok jib ambil dari che det dulu

paling paling tidak

cuma kelantan saja perlu di tumpu

tapi sayang

pak lah dan menantu & co. yang gomol dulu

habis 5 buah negeri terlepas

penat tok jib

kelantan yang selama ini di idam makin jauh pula

depan tangga pula di kebas orang

selangor yang tak pernah dalam sejarah jatuh

macam kena tampar atas muka saja

pedih pedih dan malu

dan lepas kalah pula dalam parti berkecamuk

pakat pakat tuding jari

zaman che det dulu mana ada macam ini ya?

kalau ada pun

cukup pandai che det simpan sampai tak terhidu dek rakyat

zaman paklah?

dalam sidang parlimen pun nak tayang

tunjuk lagak pak pak menteri bergentayangan sesama sendiri

sampai keluar macam dalam tv pendidikan

kau katak kau bigfoot kau beruk

rakyat tengok terkebil kebil

apa ini wakil wakil yang di pilih yang di pangkah?

tak ada beza dengan pak pak lebai yang bertegang urat di kedai kopi pasal politik

beza cuma si pak pak lebai ini

air kopi kena bayar sendiri

pak pak menteri yang bertekak

bukan setakat air kopi percuma

silap silap dapat duit lagi

umno mustahil menang

ini hal yang tentu

pernah ada umno bertanding atas nama sendiri

tak pernah ya

selalunya bertanding atas nama bn

kenapa?

kerana umno adalah parti kebangsaan

bukan sesuatu yang relevan pada semua rakyat

takkan pula yang bukan melayu nak pangkah umno?

yang cina tentu ingin mca

yang india tentu ingin mic

lawan lawan lawan

bila kalah tertanya tanya

kenapa kalah?

duit habis banyak

air liur kering tabur janji

kaki lenguh jalan jalan berkempen

kasut habis berselut konon ingin bersama rakyat

perut kembung di jamu air kopi

kalah lagi?

mana silapnya?

bukan janji bukan duit rakyat mahu ya

rakyat kini mahu tahu

apa hala tuju dan masa depan mereka

jadi apa halnya dengan si bulan?

si bulan tak kata kalau cina tak boleh masuk

si bulan tak kata kalau india tak boleh masuk

si bulan tak kata apa apa kalau orang lain tak mahu masuk

si bulan parti berlandaskan agama berpaksikan kebajikan rakyat

cina melayu india sikh atau apa saja

kalau islam boleh saja masuk

tak islam pun boleh masuk

si bulan bukan parti kebangsaan

sebab itu ia boleh berdiri dengan diri sendiri

melayu cina india sokong

sebab semua dapat sama rata

tak percaya?

marilah duduk di negeri yang di naungan bulan setahun dua

nanti tahulah akan kebenarannya

berapa kali yb yb bulan di tuduh rasuah?

berapa kali yb yb bulan di sabitkan dengan rasuah?

tanya balik..

berapa kali yb yb keris di tuduh rasuah... lupa bilang .. banyak lah

berapa kali yb yb keris disabitkan rasuah?... pun lupa bilang juga

india cina melayu disini sokong bulan

sebab bulan tidak bias

bulan tidak lihat pada status kekayaan individu

parti bulan memang tak ada duit

tapi dapat hidup

kenapa?

kerana ramai dermawan yang sokong bulan dan perjuangannya

mentadbir negeri perlu duit

buat itu ini perlu duit

parti bulan memang kurang duit

tapi apa tak makmur negeri di tadbirnya?

tak senang rakyatnya?

tak mewah?

eh eh eh..

cuba cuba cuba

datang kesini jenguk jenguk

mercedes bmw jaguar dan lain lain

bersepah sepah ada di sini

dipandu dipandu atas jalan

ramai si empunya orangnya melayu

bukan jadi driver tapi tuan empunya kereta

di kl atau di kota lain

pakai bush jacket bawa kereta mewah

rupanya pemandu makan gaji saja

banglo bertingkat tingkat disini

bumiputera yang punya ya

bukan sekadar tauke tauke kow tim

di kota lain?

kalau bukan setinggan tentu di flet pangsa berbelas berpuluh tingkat

kalau rosak lif tercabut lutut naik tangga

taraf hidup?

gaji rm 1000 boleh hidup senang lenang disini

makan murah minum sedap barang boleh tawar

ini semua bulan yang jaga ya

dah 19 tahun

tapi rakyat sini masih senang

sedang makcik jual sayur dalam pasar pun pakai gelang rantai

kalah mami jarum

bank?

di sini bank bersepah sepah

dua tiga langkah jumpa bank dua tiga langkah jumpa bank

kalau betul kami miskin

tak berduit

tak mewah

kenapa banyak bank?

kenapa bank bank ini boleh hidup tak mati mati?

pada yang tak pernah sampai ke sini

atau cuma sampai untuk barang sehari dua

tak payahlah nak menilai

percaya bulat bulat media massa yang kami susah

kami miskin

kami tak membangun

siapa kata?

sebut tentang cuti atau raya

kota besar macam mana?

boleh tidur atas jalan kan?

tak ada orang

yang ada pun cuma indon dan bangla yang tak dapat balik negeri

disini?

jalan jem macam nak gila

rakyat negeri ini balik bercuti

tauke stesen minyak tersengih sengih

tauke kedai runcit tak lena tidur fikir macammana nak tambah stok

tauke buah tak turun pokok kalau boleh semua buah nak petik

peniaga di pengkalan kubur di rantau panjang ambil pekerja tambahan dua tiga orang

kenapa?

sebab ramai sangat yang berduit balik

siapa yang berduit?

orang mana?

ahaaa...

orang sini juga

cuma berkerja di kl johor singapura dan lain lain

rm 10 di kl apa yang dapat?

rm 10 disini apa yang dapat?

tepuk dada tanya selera

sebab itu kalau musim cuti sekolah atau musim perayaan

aku lebih senang duduk di rumah

nak kebandar sekejap pun tak mahu

sesak macam sardin cap ayam rm 2.50

nak cucuk duit di ATM?

kalau musim cuti alamat tak dapatlah

kalau dapatpun tentu ATM yang dah kehabisan duit

tanya saja orang asal yang menetap disini

musim cuti

cucuk duit banyak banyak buat bekal

sebelum diserang oleh mereka yang balik bercuti

isi minyak kereta penuh penuh

sebab bila datang yang balik bercuti ini

habislah semua kena serang

stesen minyak kedai kedai pasar pasar bank bank semua tempat

begitu mewah orang sini

apa bn boleh janjikan sebegitu pada rakyat negeri yang diperintahnya?

susah sedikit kan?

iyalahkan

nak boroikan menteri bukannya sedikit kena keluar belanja

juta juta lah

rakyat?

biarlah dulu

menteri yang penting

tauke tauke yang penting

kroni kroni mana lagi nak letak?

semua kena jaga kena perhati

rakyat buat sendirilah saja

kalau tok jib pandai

buang semua menteri atau yb yang ada walau sedikit kontroversi

cari yang betul bersih

sebab kalau tok jib bergaul dengan orang bersih

nanti tok jib sendiri pun boleh jadi bersih

iyalahkan

kalau tok jib main sabun

tok jib cuci

kalau tok jib main selut

fab buku pun tak boleh ubatkan

cakap siang pandang pandang

cakap malam dengar dengar saja

No comments:

Post a Comment