Saturday, February 27, 2010

kenduri kenduri kenduri...

(excerpt dari blog lamaku)
-------------------------------------------------------------------------------------

oh?

'riss, hari ni kau temankan aku pergi kenduri kat pcb ya.boleh tak?'

tiba tiba saja mak usuku bersuara

'yeh? rumah siapa mak su?'

'rumah kawan aku.kau bawak kereta engkaulah ya'

tiba tiba saja dalam benakku terkeluar ayat skrip filem 80an

'banyak cantik muka engkau'

tapi setakat dalam benaklah saja

'kalau saya tak pergi boleh ke mak su? jauhlah pcb tu'

'kalau bukan dengan kau, dengan siapa lagi aku nak pergi? aku tak pandai kereta. takkan aku nak naik kereta sewa pergi majlis kawin'

amboi amboi amboi...

sedapnya dia

apa aku seorang ini saja anak saudaranya yang ada kereta?

yang pandai bawa kereta?

'yang lain tak ada ke mak su? eiman ke, shahrin ke'

'semua yang lain dah keluar lah. pagi pagi lagi. lagipun kau kan anak buah favourite mak usu. jadi aku kena pergi dengan kaulah'

uh uh

tiba tiba aku naik pangkat pula jadi anak buah favourite?

alangkah bahagianya kalau naik gaji sesenang nak pangkat macam ini

aku pula memang lemau kalau nak buat alasan

tak di ajar berbohong sejak kecil

apa lagi nak berbohong pada orang tua

sudahnya aku terpaksalah jadi pemandu bidan terjun walhal dalam hati separuh rela

bertolak pukul 2 petang

masuk saja ke highway salor aku mengalami sindrom bengang secara rawak

manalah tak bengang

deretan kereta menghiasi jalan berkilometer jauhnya

aduh

jem jalan taklah boleh makan

tak ada perasa pula

cuma rasa nak marah dan panas saja

kalau jem buah bolehlah aku sapu atas roti

ini jem jalan

sapu atas kepala mak usu aku best juga rasanya ya

geram aku melihat jem sebegitu

ini...anak kelantan yang bekerja di luar negerilah ampunya kerja

semua balik nak bawa kereta sendiri

tahulah duit banyak

tahulah nak ronda ronda

bawa anak tengok kerbau tengah padang

tengok ayam tepi jalan

tengok lembu tengah jalan

tapi kalau semua balik bawa kereta sendiri

buatlah highway dalam bandar sekalipun

hasilnya terus sesak juga

dua jam setengah masa ku ambil untuk sampai ke pcb

perjalanan yang biasanya ambil masa 45 minit kalau pandu secara bertomakninah dan berhemat

minyak kereta menyusut sepertinya belon pasar malam yang bocor

aduhai

bila sampai ke majlis

sudahlah dalam kampung

sempit pula jalannya

tempat parking tak ada pula

yang lelaki semberono saja parking di bahu jalan

macamlah jalan itu uwan dia yang punya

selut lagi...

muka ku kelat kelat

paling tak suka keretaku kena selut

susah nak basuh nanti

kalau hantar kedai pun

mereka basuh biasa biasa saja

kalau mahu basuh di dalam mud guard tayar

biasanya kenalah cari snow wash

kalau kedai basuh kereta biasa

mereka sembur sembur saja

iyalahkan

dah nama pun kedai basuh kereta yang biasa

alih alih jumpa juga parking spot

masuk saja

susah payah aku

sempit sangat

kereta aku bukan saiz kancil

nasib baik ada power steering

kalau tak

habislah bahu aku berotot otot sepertinya anna kournikova

melangkah kaki keluar kereta

terbahang muka terbakar rasa hangus macam sekelip mata

panasnya...

panas sangat

keluar dari kereta yang ber air con ke luar yang panas membara

samalah seperti duduk di london kemudian pindah ke rajashtan

merah padam muka dek panas sangat

perlahan aku ekori mak usu ke khemah jamuan

selepas bersalam dengan tuan rumah

terus kami masuk khemah jamuan

wah wah

jamuan buffet ya?

aku taklah suka majlis seperti ini

kalau lauk sedap

suasana tak sedap

kalau suasana seronok

lauk tak sedap

silap silap dapat cirit birit percuma saja on the house

aku ambil lauk serba sedikit

duduk makan

ayam percik masin

gulai rasa halia

air manis macam di sira

nasib tak baik nanti tentu aku dapat cirit birit

kalau betul kena

aku nak mak usu bayar bil klinik

ah..

tak kira

semasa makan aku tunduk

malas nak tengok orang

tahu tahu saja

tentu ada gelagat mami jarum

nak tunjuk rantai emas banyak sampai bongkok sabut empunya diri

gelang berat sampai nak ceduk lauk tak larat

cincin penuh jari sampai nak makan nasi kena pakai sudu

aku makan cepat cepat

air ku teguk sekadar menghilang rasa kering dalam mulut

manisnya...

tak kecap dulu ke apa?

agaknya mak usu pun rasa tak sedap

berkerut muka makan ayam percik

aku di tepi nak tergelak melihatnya berpura pura macamlah lauk yang di hidang itu sedap

padanlah mukanya

ambil lagi ayam percik banyak banyak

mentang mentang makan secara buffet

di sambarnya ayam percik lima enam ketul

sekarang nak habiskan pun siksa

tuan rumah tersengih sengih bila dia tanya

'sedap tak?'

mak usu dengan muka macam tauke roti tak cukup gandum tersenyum payau kelat masam mengangguk angguk konon tanda sedap

aku tersenyum di tepi

makan banyaklah lagi

kan dah kena?

pulang ke rumah jam 5.15

jem lagi...

sampai kerumah dah malam

dalam hati tak habis aku membebel pada diri sendiri

tak pandai langsung nak beri alasan

konon tak mahu orang bermasam muka berkecil hati

alih alih aku sendiri yang susah

minyak kereta pun mak usu tak usul nak beri

sudahlah kena beri angpau pada tuan rumah tadi

rm 10 untuk nasi ayam percik masin gulai tawar

yang jika nasib aku tak baik

boleh mendatangkan musibah aktiviti cirit dalam jamban secara bersiri

mandi mandi

masuk isyak solat

tidur

sangat penat..

aduh..

kenapa ramai sangat yang kahwin ini?

sikit sikit sudahlah

buatkan aku penat saja

No comments:

Post a Comment