Saturday, February 27, 2010

sesal yang terlewatkan

(excerpt dari blog lamaku_
-------------------------------------------------------------------------------------------------

ah...

hari ahad lepas dalam pukul 5.15 petang aku dapat panggilan telefon dari mak saudara lynn

dia di hospital besar

menantunya sudah ingin bersalin

dan ini bakal cucunya yang pertama

jadi aku pergilah ke hospital

yeh?

dia seorang saja?

mana saudara mara yang lain?

ku tanya perihalnya

katanya menantunya kekeringan air ketuban

masih di dalam labour room doktor sedang memeriksa

ku tanya, di mana besannya? kan ini anaknya yang ingin melahirkan?

katanya besannya dalam perjalan ke hospital

naik bas

yeh?

naik bas?

bukankah besan lelakinya ada kereta?

kenapa pula ya naik bas

tiba tiba mak saudara lynn bergenang air mata

alahai

nasib baiklah di hospital

tempat orang menangis

tersedu sedu dia

katanya, besan lelakinya tak tahu yang anaknya itu dah mengandung

iyalahkan

baru enam bulan berkahwin sudah ingin bersalin?

besan perempuannye cerita

si ayah jatuh terduduk bila dapat tahu anaknya sudah nak bersalin

manalah si ayah tahu

lepas kahwin saja terus anak dan menantunya turun ke kl bekerja

terkejut betullah orang tua itu

cukuplah dia marah

dia itu orang kampung semua kenal

memang lebai

madrasah pun depan tangga saja

manalah nak diletakkan muka anaknya kahwin 6 bulan sudah nak dapat cucu

jadinya dia tak mahu datang ke hospital

isterinya saja yang datang

terpaksalah naik bas

inilah bahananya bila bertunang lama lama

hampir setahun lebih anaknya bertunang

bekerja di kl bersama sama

siapa yang jaga dan perduli ya?

rupanya mereka tinggal bersama sebelum berkahwin lagi

entah bagaimana terlanjur terlajak

tak hairanlah kan

kucing kalau tak makan ikan, paling kurang akan di ciumnya

patutlah sewaktu nak berkahwin dulu bukan main tergesa gesa

sampai tak sempat nak edar kad undangan pun

majlis pun ala kadar saja

inilah remaja sekarang

bila di harap..jatuh tertiarap

lebih kurang pukul 6 lebih barulah besan mak saudara lynn datang

merah padam mukanya dek terlalu panas petang itu

iyalah

bas tentu berhenti di stesennya

berjalan kakilah dia ke hospital

tak sampai 10 minit besannya sampai

terdengar di pembesar suara mengumumkan nama anaknya dan waris di minta masuk

masuklah besannya bertanyakan hal dan khabar

lama dia masuk

kemudian di keluar

mata merah pula

anaknya terpaksa di bedah

caeserean section

mak saudara lynn terus menangis

berpeluk peluklah besan sesama besan

aku yang di sebelah terkebil kebil tak tahu apa nak di buat pula

aku sabarkan saja mereka

maklumlah orang tua

apa itu caeserean haramlah mereka tak tahu

aku cakap C section itu memang prosedur biasa kalau ada komplikasi

dan kadar iyanya berjaya dan selamat adalah tinggi

kelakar juga

bila aku yang belum kahwin ini menerangkan tentang itu ini pasal bedah bersalin

oleh kerana di bedah, maka taklah dapat siapa siapa masuk menemankan

dan aku pula sudah makin kelewatan

hampir pukul 7

aku minta diri untuk pulang

kesal juga jadinya begitu

bersalin anak sulung terpaksa di bedah pula

agaknya kerana menyakitkan hati orang tua

di balas pula dengan begitu

bukan mengatakan aku ini terlampau alim

tak pernah buat dosa

tapi kalau sampai hamil tanpa nikah

na'uzubillah minta di jauhkan

jatuh maruah keluarga nanti

sedang aku ini dari keturunan baik baik

tak ada penjahat pun dalam keluarga

dan memang papa jaga aku bukan main

kerana aku seorang saja perempuan dalam adik beradik

susah ya

malam itu dalam pukul sepuluh

mak saudara lynn telefon

katanya sudah selamat

dapat anak lelaki

tapi ada sedikit komplikasi

jantungnya terlalu lemah

ah..

kasihannya si kecil yang tak tahu apa apa

lahirnya sesuci kain putih tapi tercemar angkara nafsu ibu dan bapa

sekarang di ICU di tahan kerana tak dapat bernafas

aku doakan agar selamat

amin amin

No comments:

Post a Comment