Saturday, February 27, 2010

cakap siang pandang pandang

(excerpt dari blog lamaku )

ah...

dah lama tak menulis blog.

ada pula teman temanku yang bising dan bertanya

kenapa ya aku tidak update blog ku ini

oh?

rupanya ada yang perduli ya?

bukan tak mahu bukan tak ada modal atau idea

cuma.. iyalahkan

bila aku menulis

tentu menulis panjang panjang

merepek repek

ahahaha

malas nak mulalah

..................................................................................

ingin menulis tentang apa ya?

entah

selsema babi..? errr khinzir

dah sampai ya di bumi bertuahku ini

sempat juga aku bertanya pada seorang temanku yang bekerja di hospital pakar perdana

kenapa heboh sangat tentang selsema ini

katanya..

''selsema ni macam aidslah.kalau kena, melarat, tak ada ubat,tunggu mati je lah''

wah wah

benar ya begitu?

patutlah kecoh sangat tentang isu ini

aku selama ini tak pula ambil pusing

kenapa?

errr...

aku taklah pula ke tempat tempat ramai orang

suka duduk rumah saja

walau kemungkinan jangkitan ada

tapi remote saja

aku ini

bukanlah jenis yang suka berjalan jalan
......................................................................

dan bising pula tentang perhimpunan haram di kuala lumpur itu

oh?

apa ini bukan perkara yang lama?

ini bukan kali pertama rapat umum sebegitu di adakan

dan bila polis datang

tidak dapat tidak tentu saja akan jadi kacau bilau

apa lupa pada kejadian di terengganu?

bukan aku katakan polis jadi punca rusuhan

tapi iyalahkan

bila ada abang abang polis di kiri kanan

para para yang berhimpun sekalian

tentu rasa tergetar getar

terkadang aku kasihan juga

pada abang abang polis ini

mereka di cap di label macam macam pula

kudaan kerajaan

pak turut

itu ini

rakyat marah pada pak menteri

tapi tak tercapai pula nak tempeleng atau nak buat apa apa

bila buat perhimpunan sebegitu

haramlah pak pak menteri tak akan jejak kaki ke sana

siapa yang datang ya?

tentunya abang abang polis

abang abang FRU

tak dapat rotan akar pun berguna

rakyat yang marah pak menteri tadi

melepaskan amarah mereka pada abang abang polis

iyalahkan

abang abang polis ini kan orang gomen juga

tempeleng polis lebih kurang hukumannya dari tempeleng menteri

tapi inilah jadinya bila sesuatu perkara di generalisasi

apa semua polis suka bergasak berkejaran dengan orang ramai?

cuba ambil seorang polis

tanyalah dia

suka tak main kejar kejar dengan penunjuk perasaan ini?

tak mahu tentulah jawapannya

lebihlah baik duduk di rumah tengok astro

tapi itu tugas mereka

dan mereka di ajar untuk menurut perintah tanpa soal

pegawai mereka suruh kawal orang yang buat perhimpunan

pegawai mereka di suruh pak menteri

akhirnya

siapa yang rasa bahang bahana marah orang ramai?

yang pangkat kecil kecil ini saja

yang berpangkat besar besar sedap sedap duduk dalam ofis ada air con

yang pangkat kecil kecil berkejaran ke sana ke mari dengan penunjuk perasaan

kena lekuk kena ketuk kena baling kena caci

rasa macam tak padan dengan tangga gaji

pemimpin pembangkang dalam surat khabar pakat pakat tuding jari

kau salah aku betul

kau tak betul aku lagilah tak betul

eh eh eh

kalau boleh aku ingin lihat

pak pak menteri sendiri turun padang

tenangkan si penunjuk perasaan ini

tanya khabar tanya sebab

apa tak puas hati sampai bising sebegitu rupa

ISA?

nak di pinda pula ya?

apa masih lagi pak pak menteri kebal dari ISA?

taklah tahu

yang pembangkang minta hapus

kata kata ISA zalim dan tak adil

sumbat masuk penjara bicara tak ada

lawan gomen? banyak komen? come on men

sah nak buat kacau ganggu negara sumbat saja dalam penjara

gomen pula ISA perlu

nanti kalau tak ada semua pakat nak merusuh

hasut sana bising sini kutuk sinun

musuh negara perlu di halang

dan...

siapa yang tentukan siapa jadi musuh negara?

siapa yang layak?

yang selama ini di sumbat dalam penjara kerana ISA ini

siapa yang beri keputusan?

siapa yang suruh ya?

boleh merayu tak?

bagi aku

ISA isu lapuk

bagus saja ISA ada

tapi biarlah telus jika ingin tangkap siapa siapa

dibicara adil di benar merayu

...................................

belek belek akhbar

makin lama makin jemu makin muak

politik politik politik

tak habis habis

bergaduh sana menuding jari sini menempelak sinun

eh?

tak ada siapa yang sempurnalah

jenayah makin meningkat di bumi bertuahku ini

apa ahli politik buat untuk menanganinya?

asyik sibuk nak jaga perut boroi masing masing

rakyat ternganga nganga

nak berjalan jalan pun risau runsing

tak kena gaya silap haribulan dirompak dirogol dibunuh

di mana selamat?

pasar raya?

dalam pasar raya besar pun sempat orang merompak

tepi jalan?

aduhai lagi tak selamat

kenapa senang sangat penjenayah buat jenayah?

senang pula dapat pistol macam boleh di beli di kedai runcit pula

apa undang undang yang ada tak memadai?

hairan

curi motor dipenjara dua tahun

curi cokelat atas supermarket dipenjara 10 tahun

bila bergaduh sikit sikit nak tetak nak pukul sampai pengsan pengsan

budak sekolah pun samseng bukan main

dulu polis saja boleh tembak orang

sekarang..

belum sempat buka mulut orang dah tembak dulu

siang hari pun boleh buat jenayah terang terang

macam tak takut langsung

polis datang?

tembak saja polis

kan ada pistol?

tengok dalam berita

pistol pistol geng jenayah

jauh lebih canggih dari pistol polis

polis tembak 5 das dia dah tembak 15 das

ingat aku kecil kecil dulu

tengok cerita yusof haslam

cerita kepolisan

kalau polis datang

'anda semua telah dikepung! menyerah!kalau tidak kami akan lepaskan tembakan!'

kini?

polis belum sempat turun kereta

dah dibedil bertalu talu macam main tembak itik di fun fair

begitu beraninya penjenayah sekarang

apa nak takut?

pistol dia lebih banyak lebih besar dari polis

lebih baik mati kena tembak dari masuk penjara

apa orang dalam filem cakap?

'i'd rather be dead than going back to jail'

apalah nak jadi

pemimpin leka berpolitik

rakyat pula spastik

penjenayah makin dramatik

peningnya

aku menulis bukan menuding jari pada siapa siapa

ini malaysia

melayu cina india dan lain lain

semua rakyatnya

berpakatlah jaga

apa mahu jadi bumi yang tidak aman?

No comments:

Post a Comment