Saturday, February 27, 2010

mengata dulang paku pula yang serpih

(excerpt dari blog lamaku_
-------------------------------------------------------------------------------------

erm..



semalam aku ada baca akhbar

sinar harian edisi timur kalaulah aku tak silap

tentu saja tentang pilihanraya kecil manik urai

maka terceriteralah kisah seorang mak menteri yang turun padang

melawat lawat manik urai

turun dia dari singgahsananya di kl yang penuh gemilang

nak melihat lihat rakyat kelantan di manik urai

tak apalah

bagus juga ya prihatin macam itu

tapi tak sedaplah pula

bila mendengar kata katanya

kelantan mundur

tak maju

orang kelantan susah ramai

wah wah..

sedapnya muncung dia

dah berapa lama dia tinggal di kelantan?

manik urai itu di mana tempatnya?

di ulu kelantanlah

tempat kebanyakkan penduduknya adalah petani peneroka atau buat kerja kampung

bukan metropolitan

kalaulah mak menteri itu nak bandingkan manik urai dengan kuala lumpur

tak patutlah ya

nak bandingkan manik urai dengan kota bharu pun dah tak adil

mak menteri yang satu ini

adalah menteri yang paling jarang menjejak kaki ke bumi kelantan

sampai sampai saja disini

datang hati pula mengomel ngomel tentang bumi bertuah orang lain

dah lupa ya?

dulu ada menantu pak menteri dah buat silap yang sama

kononnya kelantan dipegang pas tak maju walau dah 18 tahun memerintah

tak maju?

kata siapa pula?

kata si menantu pak menteri itu?

kata kata anak kelantan yang merantau berpuluh tahun tapi tak pernah balik negeri?

yeh?

dia itu

duduk sebulan pun tak sampai di kelantan berani pula mengomen negeri orang sebegitu?

dan kemudian pandai pandai konon nak rampas balik kelantan

rampas dari siapa?

eh?

dia tu siapa?

bukan anak kelantan pun

yang dia bising dan sibuk konon nak majukan kelantan tu kenapa pula ya?

dia itu asal dari negeri mana?

negeri dia sendiri dah maju sangatkah sampai sibuk nak jaga negeri orang lain?

dengar kata dia bertanding menang tapi tak dapat jadi menteri

yeh?

kalau tak jadi menteri

dapatkah masuk dewan parlimen?

kalau tak dapat masuk dewan parlimen

dapatkah suara rakyat di sampaikan pada kerajaan?

bukankah sia sia saja dia menang?

..............................................................

ada punya seorang kenalan

memang orang kuat dan pro kerajaan habis habisan

jangan kutuk kerajaan depan dia kalau tak mahu sia sia kena tempeleng

tapi bila si menantu pak menteri itu buat kempen

konon nak rampas balik kelantan

dia sendiri pun marah marah dan tak puas hati

katanya

kenapa bodoh sangat buat macam itu

macam orang kelantan ini bodoh

kalau kelantan tak maju

bahagian mana tak maju?

sebab tak ada disko?

tak ada dangdut?

tak ada kedai ekor?

tak ada karaoke sampai pagi?

boleh beri definisi negeri yang maju perlu ada apa?

hospital besar?

masjid besar?

balai polis besar?

supermarket besar?

rakyat besar besar?

oh...

aku tahu...

kelantan tak maju sebab kurang satu perkara yang besar

menteri berperut besar tak ada di kelantan

orang kelantan hidup lenang makan senang

beras gred A yang penduduk metropolis beli berpuluh ringgit kalau disini

kami beri makan pada ayam itik saja

bukan angkuh atau takbur

tapi ini realiti

orang kelantan memang makan sedap sedap

tak percaya?

cuba datang sini

nanti tahulah

makan 10 orang belum tentu habis rm 100

bila tiba musim cuti sekolah

bas bas rombongan dari metropolis berbondong bondong datang

membeli belah disini

eh eh?

kenapa beli belah di negeri yang mundur?

yang tak maju?

apa yang kami boleh tawarkan pada orang metropolis yang serba ada serba mewah?

apa harga kemajuan yang dilaung oleh mak mak dan pak pak menteri?

karipap sebesar kelinking lima puluh sen?

wah wah.

tak mahulah

sewa rumah sebesar kotak kasut bata rm mahal beratus ratus?

disini nak sewa banglo sebuah pun dalam rm200-rm350 saja

siap ada halaman lagi

rumah banglo disini kalau 2000 kaki++ boleh dapat beli dalam rm 200k

di metropolis?

rm 200k++ baru dapat beli apartment

itu harga kemajuan?

semua barang mahal

kos sara hidup melambung mencanak

tak mahulah

kami orang kelantan dah biasa hidup sederhana

mewah dengan cara kami saja ya

mak mak dan pak pak menteri senang saja cakap

iyalahkan

minyak kereta

rumah

makan

minum

semua di tanggung

cuba kalau keluar duit poket sendiri

nanti tahu pula langit itu tinggi bumi itu keras

kalau kata kelantan ini mundur

dah cuba jenguk jenguk tak negeri lain yang mereka pegang dan perintah sekian lama

sabah sarawak kaya ya?

memanglah miri kuching kota kinabalu hebat

tapi cuba pergi ke ulu sedikit

bagaimana?

jauhlah manik urai maju

tak perlu pergi jauh

pergilah terengganu

ke merang dan pekan pekan kecil lain

semaju mana ya?

jangan di banding kuala terengganu

kuala terengganu memang hebat

tapi daerah lain di terengganu?

semua dah maju ya?

semua dah moden ya?

tak ada yang mundur ya?

cuba pergi pahang

silap silap terlanggar si mughallazah melintas jalan

tak mahu pergi jauh?

pergilah ulu selangor

eh eh...

selangor di pegang pembangkang lah

manalah nak maju

tapi...

kan pembangkang baru saja pegang?

yang selama ini di tadbir kerajaan apa selangor dah 100% maju?

tak ada rakyat yang ketinggalan?

tak ada daerah yang mundur?

semua rakyat mewah?

senang senang cakap

tengok kuala lumpurlah

ibu negara

tapi...

gombak itu apa pula?

pekan koboi?

pekan siam?

eh eh?

jauh beza macam langit dan bumi

sekejap tadi dalam kl memang gah

tiba tiba masuk ke gombak macam negeri lain pula

mana 'kemajuan' yang dilaung laung oleh mak mak dan pak pak menteri?

ada di gombak kah?

mana bangunan tinggi tinggi?

jadinya

mak menteri yang seorang ini

tak perlulah nak komen kelantan ini mundur ke apa ke

bukan hak dia untuk menilai

tak perlu hulur simpati pun

selama ini apa ada dia perduli?

kalau bukan kerana ada pilihan raya kecil ini

entah entah manik urai pun dia tak tahu di negeri mana

kalau dia cuba nak raih undi dengan 'cara bersimpatinya'

dia dah silap

nanti memakan diri seperti menantu pak menteri dulu

kami tak perlu simpati

apa lagi komen komen 'simpati' yang seakan memperlekehkan rakyat di negeri ini

minta ingat ya

makcik makcik yang jual sayur dalam pasar siti khadijah pun gelang emas sekerat lengan

kami orang kelantan bukan kejar pada materialistik

asal makan cukup hati senang dah memadai

tak perlu menunjuk nunjuk

mak mak dan pak pak menteri jagalah tempat sendiri

tak perlu masuk dalam kain orang dan jaga tepi kain orang

buat jambatan, jambatan retak, buat bangunan, bangunan retak dan bocor

buat terowong nak elak banjir tapi jadi perangkap banjir

buat bangunan besar boleh roboh

nak jaga tempat kami lagi?

eh eh.

tempat sendiri tak terjaga pun

bukan aku marah pun

tapi tak sedap pula bila negeri tercinta diperlekehkan sedemikian

aku tinggal disini

senang dan lenang

mana ada mundur?

di mana?

apa definisi mundur?

eh..

orang dalam manik urai pun kebanyakkan pakai astro ya

mak menteri yang seorang ini

masih tak terjaga dari mamainya

cara berkempen sebegini

zaman pak lah dulu dah pakailah

memang menjadi

sampai kalah 5 negeri

malaysia guiness book of records tu

tun M pun kalau datang ke sini

tak pernah sekali kata kelantan mundur

tapi segagah dan sehebat tun M pun

tak pernah berjaya tawan kelantan kembali

apa mak menteri ini fikir cara dia lebih baik?

bertanding dulu pun kalah masih tak buat post mortem ya?

nak raih undi..kena bodek kena pujuk pengundi

bukan kutuk atau perlekeh

salah lah caranya ya

No comments:

Post a Comment