Saturday, February 27, 2010

payahnya mencari rezeki

(excerpt dari blog lamaku)
------------------------------------------------------------------------------------------------

oh..

hari jumaat lepas aku ke rumah teman sekampung aku dila

pagi pagi lagi aku dah sampai

ahaha

menyibuk saja

sesampai di rumahnya

aku terlihat pula seorang pakcik sedang sibuk menggali telaga di tepi rumahnya.

oh?

walau pagi pukul sembilan

cuaca sudah sangat panaslah

lama aku terpacak memerhati

kasihannya

habislah selut sampai atas kepalanya pun ada

aku di bawah anjung ini pun terasa bahang panasnya matahari

bagaimana pula dia ya yang sedang sibuk menggali lubang itu?

dila keluar membawa sedulang air

ku tanya dila untuk apa telaga di gali

katanya :

'ayah aku yang nakkan telaga tu. air dari syarikat air perlahan sangat.bulan depan akak aku nak kahwin. susah pula nanti kalau buat majlis. macam mana nak basuh pinggan?'

oh?

betul juga ya.

'sedalam mana telaga tu?' aku tanyakan dila

'dalam 6 kaki rasanya'

uh...

walau taklah dalam sangat

tapi cara menggalinya bukanlah seperti menggali kubur ya

sangat sempit

simen bulat ( di sini kami panggil kerek, entahlah apa orang luar panggil ) di letak atas tanah

dan masuklah dia di tengah kerek itu dan mula menggali

dan kerek itu akan tenggelam perlahan lahan bila lubang semakin dalam

tiba tiba pakcik itu keluar

yeh?

aku kenallah

pakcik hamid tukang rumah rupanya

walau kulitnya gelap

tapi di sebabkan panas sangat

nampak merah padam juga mukanya

sangat kasihan

tersengih dia melihat kami

'dila, minta air sedikit, aku hauslah' pintanya

terkocoh kocoh dila ke dapur ambilkan air sejuk dalam peti

apalah dila

di minta dulu baru nak sediakan

kasihan pakcik hamid

'pakcik, berapa upah pakcik ambil gali telaga ni ya?'

'tengoklah sedalam mana, biasanya harga sama dengan kerek telaga ni. kalau satu kerek rm30, upahnya rm30 lah juga'

katanya sambil mengesat ngesat peluh.

badannya habis berselut

macam arnold schwarzenegger dalam cerita predator pula

dila tiba bawa air sejuk satu jag

pakcik hamid meneguk air sepertinya macam esok sudah tiada

setengah jag habis sekejap saja

'kamu berdua duduklah dulu, aku nak sambung kerja ni, tak boleh buat sampai petang, nanti kena pergi sembahyang jumaat pula'

'baik pakcik' serentak aku dan dila jawab macam burung kakak tua.

ah ah ah

kasihannya

langsunglah tak memadai aku rasa

dengan penat lelahnya cuma rm30 saja satu kerek?

tinggi satu kerek memanglah tak tinggi sangat

dalam dua kaki lebih saja

tapi cara dan kerja yang di buat untuk menenggelamkan walau sati kerek pun

terlalu susah dan payah aku lihat

apa lagi dalam cuaca panas terik begini

susahnya cari rezeki

mujur aku ini tak melalui kesusahan sebegitu

matilah aku kalau kena gali telaga

ahaha

aku di rumah dila sampai tengahari

sepulangnya aku

pakcik hamid masih belum selesai lagi

sudah dua kerek ditanam

air dalam telaga sudah sampai paras pinggang

masih belum berhenti dia

sayu saja aku lihat

tubuh tuanya

terbongkok bongkok dalam telaga

dia datang ke rumah dila pun naik basikal buruk saja

ermm

kalau tiga kerek

maknanya upahnya cuma rm90

aku ini

kalau di bayar rm1000 pun tentu tak mahu gali telaga

oh oh oh

aku kena kerja rajin rajin dan sungguh sungguh

walau keluargaku sudah senang sekarang ini

aku tak mahu keluargaku sendiri nanti susah begitu

papa sudah pencen

hari hari dia bersungut bosan tak ada kerja nak di buat

minum minum di kedai kopi pun bosan juga katanya

nak berkebun mamaku pula tak izinkan

kasihan juga melihat papa

tapi lebihlah baik dia dirumah berehat rehat

masa mudanya sudah penat dia bekerja keras

menyara aku adik beradik

sekarang tiba pula masa

aku dan abang abangku pula yang menyara papa dan mama

walau rasanya tak akan terbalas

tapi tak salah aku mencuba

No comments:

Post a Comment