Saturday, February 27, 2010

renungan pada yang bercinta

(excerpt dari blog lamaku)
-------------------------------------------------------------------------------------

ah...



hari ini aku ke majlis hantar menantu pula

iyalah

selepas majlis bersanding

kenalah ada majlis hantar menantu kan?

janji janji pukul 3 patut sudah bertolak

tapi sampailah hampir pukul 4 masih lagi terkebil kebil

menunggu orang yang tak cukup kuorum

yang ini call suruh tunggu

yang itu call suruh wait

alahai

berapa inci makeup nak pakai ya?

5 minit sebelum pukul 4 barulah kami dapat bertolak

pak saudara lynn membebel panjang

'inilah janji melayu.petang petang lagi aku dah cakap orang nak bertolak pukul 3, ini dah dekat pukul 4 dah'

aku dan lynn diam saja

salah menyampuk nanti sia sia kena marah

wah wah wah

cuaca sangatlah panas

nasib baiklah keretaku ada air con laju laju

sengaja aku ikut dari belakang sekali

iyalah kan

aku sayang kereta aku

bukanlah aku kedekut

tapi tak mahu pula kereta aku di sumbat di asak asak oleh makcik makcik

yang turut sama nak pergi ke majlis

tapi tak ada kenaikkan

jadi, dalam keretaku

cuma aku dan lynn saja yang ada

aku tersenyum sendiri

sampai ke rumah pengantin lelaki

masih lagi sangat panas

pukul 4.30

sudahlah kena berkumpul di tengah panas

iyalah kan

kawasan perumahan manalah ada pokok pokok besar dan rimbun

terpacak kami di tengah jalan di bakar matahari

berpinar mata kepanasan

geramnya ada melihat ada makcik makcik yang jalan meleret leret ke tempat kami berhimpun

apa tidak nampak atau rasa cuaca panas ya?

bila semua dah sampai

kami perlahan lahan mengatur langkah ke rumah pengantin lelaki

oh?

satu khemah saja?

yang perempuan makan dalam garaj kereta?

tak pernah di buat dek orang lah

tapi taklah ada pilihan

masuk saja

kasihan juga melihat tetamu lelaki

khemah di letak betul betul mengadap matahari jatuh

hampir pukul 5 hampir separuh dalam khemah di pancar cahaya matahari

aku lihat pakcik pakcik yang makan di dalam khemah berpeluh peluh

kami yang di bahagian perempuan pun tak kurang bahangnya

iyalah

duduk dalam garaj

mengadap matahari pula tu

panasnya tuhan saja tahu

aku yang pakai baju kurung ini pun rasanya seperti nak pitam

apa lagi pengantin yang pakai songket

sewaktu majlis makan beradap

ibu pengantin lelaki tak turut sama di meja makan

(ayah pengantin lelaki dah lama meninggal)

maka makanlah si pasangan pengantin dengan orang tua pengantin perempuan saja

sangat janggal melihat

patutnya makan beradap besan bersama besan makan bersama pengantin

sedang aku makan makan

terdengar pula ayah pengantin perempuan bersungut

'panas betul ni, satu kipas pun tak ada ke? halus sangat tuan rumah'

aku lihat air muka pengantin lelaki berubah

tak aku salahkan ayah pengantin perempuan

satu kipas pun tak ada

sudahlah cuaca panas membara

angin sedikitpun tak bertiup

dan bukan gulai pula yang di hidang

ayam masak pedas dengan sup daging jadi menunya

aduhai..

makinlah panas bila makan makanan berempah ini

aku lihat lynn makan macam orang bosnia

cepat sangat

nasib baik aku ambil nasi sesenduk saja

cepatlah habis

tak sempat aku lap tangan selepas membasuhnya

lynn heret aku

'riss, aku nak balik, tak tahan gile.panasssss'

di tariknya tangan aku

terkocoh kocoh aku di heret

tanpa berpesan pada pasangan pengantin atau siapa siapa

kami pulang

dalam perjalanan pulang

lynn membebel merungut

'punyalah kedekut tuan rumah,kipas satu pun tak ambil keluar, dahlah muka si mentua bengis macam singa,orang datang bertandang ada ke nak senyum sikit?'

'kau tahu tak riss,duit *hangus dia kasi rm100 je.kesian pakcik aku.tak pernah di buat dek orang.dahlah diaorang masa datang ke majlis bersanding 50 orang.satu kepala dua ringgit je? kedekut nak mampus'

'eh? takkanlah cuma rm100 je.mana kau tahu ni?' aku pula bertanya

tak logiklah ada lagi yang buat sebegitu

sekarang ini paling kurang pun orang beri rm6 satu kepala

'mana aku tahu? makcik akulah yang cakap.bertuah punya besan.sia sia tanya harga duit hangus.dikasinya rm100 je.halus macam hantu'

aku tergelak kecil

bersungguh betul lynn

marah marah dia

tapi taklah aku salahkan dia

kalau benar itu yang terjadi

maka kasihanlah pakcik dan makcik lynn

sedang sekarang orang membayar rm6 hingga rm7 untuk satu kepala, besannya cuma beri rm2 sahaja.

ah...memanglah berkira

memang kedekut

sewaktu majlis tadipun

ibu pengantin lelaki

keluar dari rumah dengan muka mencuka

taklah masam

tapi sepertinya tak gembira saja

hairan hairan

orang dapat menantu muka macam tu ya?

macam dapat hantu saja

apalah nasib sepupu lynn itu

dapat mentua berkira dan kedekut

tambah lagi sepertinya si mentua tak berkenan saja dengan menantu

tapi benarlah pesan Nabi

'tak akan bertemu lelaki baik dengan perempuan jahat dan sebaliknya, melainkan bertemu dengan perangai yang setara dengannya'

sepupu lynn aku kenal sangat

bukan sombong tapi tak pernah nak tegur orang

yeh?

sombonglah tu kan?

duit memang berkira sakan

dengan adik beradik pun sampai habis berkira

abang si pengantin perempuan aku kenal

bercerita padaku tentang kesalnya dia

terasa hatinya pada adik perempuannya

'dulu masa aku kerja, dia mintak lima ringgit sepuluh ringgit senang senang aku kasi, sekarang aku menganggur, minta duit lima ringgit nak beli rokok pun bising bising,tak beri pun.'

dan aku tahu kisahnya di hari majlis persandingan

si abang pergi tidur di rumah jiran sampailah tengah hari

sedikitpun tak membantu dengan majlis yang cukup sibuk

tapi marah si abang tak kemana

kasih pada adik tetap ada

petang itu abangnya membasuh pinggan

dari tengah hari sampai petang abangnya membasuh pinggan

tapi sayang

adiknya ucap terima kasih pun tidak

kisah si pengantin perempuan pula

sebelum kahwin dulu

bila kekasihnya datang bertandang malam malam

tersengih sengih melayan

bila saja kekasihnya pulang

terus masuk bilik kunci pintu

kalau kekasihnya tak bertandang

pukul 8.30 dah masuk bilik tak keluar keluar

dan kekasihnya pula macam orang tak ada budaya tak ada adab

bertandang rumah orang tengahmalam pun masih tak mahu balik

bagaimana aku tahu?

yeh?

mulut orang kampung manalah boleh di tutup

lagipun aku ini biasa duduk duduk di anjung rumahku waktu tengah malam

selalu saja nampak kereta si lelaki ini melintas dari arah rumah si perempuan

agaknya mereka kahwin sebab orang tua siperempuan tak tahan umpatan orang kampung

itupun setelah setahun lebih bertunang

si lelakinya pula

aku sangatlah kenal

kerja bukan hebat hebat

jadi pemandu saja

tapi bila bercakap tak boleh kalah pada orang

berdegar degar berbual besar

aku selalunya diam saja

orang kata

makin banyak cakap makin banyak dosa makin banyak tipu

entahlah

terlalu banyak yang negatif aku dengar dan aku lihat tentang pasangan yang dua orang ini

padanlah mereka

kisah ini aku cerita

bukan menghina atau mencaci

tak pula aku sebut nama atau tempat

sekadar renungan untuk aku sendiri dan teman teman

kalau bercinta

jangan pula cuma cintakan pasangan

cintailah keluarga mereka juga

kerana jika ada jodoh dan panjang rezeki

keluarganya akan jadi keluarga kita

kalau dari mula dan janggalkan diri dengan keluarga kekasih

nanti jika benar benar kahwin

terus akan janggal lagi

melihat apa yang terjadi pada sepupu lynn

meninggal kesan pada aku

bagaimana aku nanti?

sedang aku ini segalanya kurang

segala tidak sempurna

apa kisah dan nasib aku nanti

minta minta dijauhkan dari hal sebegini

aku taklah mahu

minta minta dapat mentua baik hati

dapat suami baik budi

sebab itu aku

jaga sangat budi bahasa

cara bercakap cara bergaul

sampai ada yang kata aku ini poyo

mengada ngada

budget baik

konon bagus

hipokrit itu ini

tak pernah aku jawab

aku diam diam saja

tak pertahankan apa apa

kerana aku tahu

mereka mereka yang mengata pada aku

taklah kenal hati dan budi aku

bukan membangga diri

tapi aku tahu adab dan sopan

hormat menghormati

cukup ajaran adab oleh orang tuaku

cukup didikan agama oleh guruku

aku cuba jadi yang terbaik

setakat yang aku mampu

dengan harapan satu ketika nanti

aku ditemukan dengan yang baik.

minta minta lah

No comments:

Post a Comment