Saturday, February 27, 2010

persamaan dan perbezaan?

erm..

hari ini aku mendapat komen dari seorang teman irc.

katanya aku, taklah perlu untuk buat double spacing bila menulis. dan hiaslah sedikit blog ku ini, dan penuhkan detail page tentang diriku dan font biarlah kecil sedikit.

malah diberi pula pada aku ini satu link ke satu blog seorang gadis yang kiranya agak popular di laman maya ini.

benar benar sekali setelah aku tatapi blognya, memang ramai peminatnya.

tapi..

bila aku katakan aku ingin membina blog ini dengan caraku sendiri, aku pula dikata defensif.

agak hairan juga aku

tapi tak apalah pula

jika dia memerhati blogku, sepatutnya kelihatan dan nampak pula tajuk blogku ini :

.....................................................................................................................................................................

Bukan katamu

ini kata kata ku. jika pendapat kita tak sama. taklah perlu marah. bukankah lebih baik berbeza pendapat?

......................................................................................................................................................................

bagi aku, taklah perlu untuk mencari persamaan dengan yang lain

jika aku lakukan pada blogku ini sepertimana blog gadis yang popular itu

bukankah aku telah menirunya?

dan jika iya

dimana pula kelebihan blogku nanti

untuk apa mencari persamaan jika perbezaanlah yang membuat kita istimewa?

apapun, terima kasih aku ucapkan pada temanku itu

sekurang kurangnya dia memberi komen, tunjuk ajar dan pendapatnya

walau tak aku ikuti, harap tak pula dia terasa hati

dan tentang details diri aku

aku ini lebih seclusive

biarlah dikatakan ortodoks

aku taklah akan kata apa apa

tiap seseorang punya pendapatnya sendiri

aku begini dan ini caraku

tak akan ku ubah demi untuk memuaskan hati yang lain

lagipun aku..

menulis bukan mencari nama..

sekadar ada ada saja..

masih kisah cuti ku

(excerpt dari blogku dulu)
-------------------------------------------------------------------------------------------------

ya ya..

hari ini hari cuti lah

berkulat pula rasanya asyik duduk di rumah saja

jadi bila mak saudara mengajakku pergi jalan jalan

cepat cepat aku iyakan tanda setuju ingin mengikut

dan dia ke rumah seorang saudaranya

katanya...

oh?

pakcik dan makcik itu sangatlah tua

rasanya dalam 80an saja

jalan dalam rumah pun mengesot ngesot saja

wah wah

panasnya rumah dia

aku hampir saja pitam

pakai tudung dan baju kurung

panas bagai dalam oven

siling rumahnya sangat rendah dan beratap zink pula

menambahkan lagi panasnya

berpinar pinar mata aku

lama mereka berbual bual

aku diam saja

menyesal ikut

ingatkan dapat pergi ke taman ke apa ke

ku lihat pakcik itu

sangatlah kurang upaya

anaknya pula

kurang upaya juga

tinggal tiga beranak

anaknya yang seorang itulah yang ambil berat

cacat pula anaknya itu

tangannya mengkerekot

susah payah dia bukakan bungkusan nasi air untuk ayahnya

dan pakcik itu pula

perlahan lahan makan nasi air

oh...

sayunya aku lihat

sepertinya yang aku lihat dalam slot bersamamu tv3 pula

'panas ke dik? nanti pakcik lajukan kipas ya'

oh oh oh

jangan jangan!

tapi mulut aku bagai terkunci pula

di lajukan putaran kipas siling

makinlah aku panas

peluh sampai kabur mata

lamalah di sana

separuh masak rasanya aku

akhirnya kami pulang

aku diam saja

mak saudaraku tanya

kenapa asyik diam

apa yang boleh aku kata ya?

aku panas?

ahaha

aku senyum senyum jawab tiada apa apa

dalam perjalanan pulang

kami singgah ke salor

nak makan pula

jam hampir pukul 4 petang

masuk saja

eh?

lauk semua dah habis?

apa yang ada?

sup kaki ada..

okelah ..sup kaki pun baik juga

daging bakar pun ada

boleh boleh

'tiga sup dan daging bakar ya'

tunggu dan tunggu

'maaf cik, sup dapat satu mangkuk saja'

geramnya...

pak saudaraku dah buat mata julingnya

'apa yang ada lagi ya?'

'gulai ayam kampung ada'

uh..

aku tak mahulah ayam kampung

keras

tak apalah

satu mangkuk sup kami kongsi bertiga

bila bayar

rm 17..

RM17?!!

apa mahal sangat ni?

sup semangkuk daging bakar sepiring teh 'o' ais dua teh ais satu RM 17?

merompak ke apa ya?

aku bayar saja walau tak puas hati

bengkak hati

bukan pula aku berkira duit sebanyak itu

tapi ..

iyalah kan

makanan tak seberapa

sedap pun ada ada saja

cas pula mahal mahal

dahlah hari panas membakar

aku senyum sambil bayar

di sebalik senyum aku bengang sangat

membebel mak saudara dan pak saudaraku

memang itulah kali pertama aku masuk ke kedai itu dan itulah kali terakhir

pulang sampai jam 5 lebih

masih panas lagi

mandi mandi mandi

lama aku berendam dalam tub

sampai tubuh rasa macam bengkak baru aku keluar

eh eh?

hujan ya?

aku senyum sendiri

paling damai bila hujan

sejuklah pula

termangu aku di anjung

menghayati hujan

ah...

hari cutiku

habis begini saja

hari cutiku

(excerpt dari blogku dulu)
-------------------------------------------------------------------------------------------------

oh..

hari ini hari ibu ya?

dan sambutan hari wesak yang tertunda

jadinya aku bercuti

hurei!

pukul 10.30 lynn masih berselimut katup

siapa suruh main internet sampai pagi?

apalah

susah betul nak kejutkan dia

asyik :

'kejap la, kejap la'

dah tahu susah nak bangun suka lagi tidur lewat.

nanti aku simbahkan air satu baldi baru tahu.

pukul 11 aku dan lynn ke billion

wah wah wah

ramainya orang

mana datangnya ni

oh?

rupanya orang bercutilah

iyalahkan

hari ahad negeri lain cuti

kl johor selangor etc etc

jadinya lamalah mereka cuti

patutlah no plate kereta semua B W J saja

sesak bandar

bengang aku

jalan jem macam sardin roll tak laku

sudahlah panas

masuk dalam billion ronda ronda

tak ingin beli apa apa

lynn macam biasa

sale ke tak sale ke

nak membeli saja kerjanya

dua tiga pasang baju seluar di borongnya

entah bila dia nak pakai semua tu aku pun taklah tahu

pukul 1 kami pulang

aduuuh

panasnya

masuk dalam rumah terus pasang aircon

alangkah bertuahnya aku hidup di zaman ini

ada aircon lagi

kalau di zaman pendekar dulu

alamat mandi sungailah jawabnya

panas sangat

tapi kalau zaman pendekar dulu

manalah ada global warming ini kan kan?

ahaha

petang ingat ingat nak pergi meronda dengan motor egoku

tapi pukul 3 ribut badai menggila datangnya

wah wah

kuatnya angin

pokok pokok sepertinya seakan mahu menyembah bumi

nasiblah aku rumah batu

kalau rumah kayu beratap zink

tentu dengan aku sekali di terbangkan

tingkap ku buka sedikit

oh oh oh

dalam badai yang menggila aku temui kedamaian

senangnya hati

mendengar angin menderu

lama aku diam di tepi tingkap

tiba tiba

terdengar lagi suara sumbang menegur

'oi orang gila, dah lah tu dengar hujan, bukan hujan dah tu, ribut tu. tutup tingkap! karang masuk batang kayu dalam rumah baru tahu'

huh

si lynn memang dengkikan aku

biarlah aku nikmati damai hujan

damai ribut

dalam gila angin ribut

ada damainya ya

wah wah wah

sejuknya

agak lama aku menongkah muka di tingkap

leka sangat tak tersedar dingin sudah meresap ke tulang hitam

oh oh

sejuk sangatlah

cepat cepat aku tutup tingkap

masuk ke bilik

aduuhhh

aircon aku lupa tutuplah

macam ais saja dalam bilik

aircon ku tutup

pasang kipas

masuk ke dalam comforter

diam diam

tersenyum keseorangan macam orang tak betul

ah

hangat comforter memang menyenangkan

tak sedar aku lena

oh hujan

datanglah setiap hari

aku senang dengan hadirmu

kisah dibelanja makan yang ada makna

(excerpt dari blog lamaku)
-------------------------------------------------------------------------------------------------

oh?

'ris, jom kluar makan. aku belanja'

yeh?

kenapa?

tiba tiba saja.

seorang teman seofisku yang selama ini paling liat nak belanja orang makan ajak nak belanja aku pula?

'oh? boleh saja..kat mana?'

'ikut je lah'

jadinya aku ikutlah dia

wah wah

rupanya...

nak menunjuk kereta baru dia beli rupanya

alahai

kalau cakap dia beli kereta baru terus kan senang saja ya?

hairanlah aku

macam ini pun ada jenis orangnya

perodua viva 1000cc

aku buat bodoh bodoh alang

pura pura kagum

'wah..kereta baru ya..mahal ni. berapa ribu?'

'adalah sikit. 40k lebih'

'ooooo' aku buat muka melopong macamlah kagum

layankan saja

asal senang hati dia

oh?

viva pun 40k kah?

mahalnya.

itulah kereta malaysia

bukan memperlekeh

tapi hakikatnya

dipasang dibuat secara tempatan

masih tak dapat nak jual murah murah?

panas sungguh cuaca

berdesing telinga masuk dalam kereta

kenapalah dia parking tengah panas

oh iya..

nak suruh orang nampak kereta dia

pasang aircon paling kuat no 4

aduhai

tak sejuk mana pun

bila kereta di pandu saja barulah aircon terasa

tapi bila berhenti di traffic lights

panas balik

eh eh?

inikan kereta baru?

takkan dah meragam airconnya?

rupanya memang begitu kereta viva

aircon sejuk bila di pandu landa angin

kalau berhenti aircon bukan tak sejuk

cuma kurang sejuk

apalah

dia makan nasi goreng aku makan roti bakar

aku suka roti

kurang suka nasi

kalau makan nasi nanti jadi kenyang sangat

malas kerja nanti

asyik ingat nak tidur pula

sesudah makan sesudah sampai ke ofis kembali

terima kasih aku ucapkan tersengih sengih dia

banggalah dapat beli kereta baru

biarlah dia

sekurang kurangnya dia ada sesuatu untuk di bangga

aku pun senyum senyum saja

petang langit gelap seantero alam

gelap sangat

wah wah

jaranglah gelap sebegini

dalam pukul 5.30

ribut tiba

membadai menggila

oh oh oh

aku tersenyum senyum dalam kereta

nasib baiklah aku tinted kereta aku gelap gelap

kalau tidak orang nampak tentu di fikir aku gila

walau ribut

hujan tetap hujan

dan aku senang hujan

perlahan amat ku pandu

atas highway ku susuri jalan di tepi saja

macam kereta rosak pula

ahaha

aku menikmati hujan

deraian titis kasar menghentam cermin keretaku

oh

titisan airnya kelihatan berpusing tak tentu arah dek angin yang kuat menderu

cuma dapat aku bayangkan saja betapa dingin kalau diluar sana

ingin saja rasanya aku hentikan kereta kemudian buat gila pergi main hujan

macam filem hindustan

ahahaha

kalau dulu masa kecil kecil tentu aku buat

sekarang tak boleh

adab sopan susila harus di jaga

lagipun apa orang akan fikir jika nampak aku hentikan kereta di tepi jalan kemudian berlari berpusing dalam hujan macam aishwarya rai?

tentu aku kena tangkap di sumbat hospital gila

tak mahulah

lamalah hujan

sampai ke malam

senangnya hati

pulang ke rumah aku tersenyum senyum

lynn mencebik

'sukalah tu kalau hujan. minah mentel'

ah...!

tak kisah apa lynn nak kata

aku senang hati

hujan dan dinginnya

menutup deria aku dari segala sesuatu yang menyusahkan hati

aku senang sangat

di mana ya negara yang hujan 365 hari setahun?

kalau boleh aku ingin ke sana.

haha

make up solek hiasan diri aduyai

(excerpt dari blogku dulu)
-------------------------------------------------------------------------------------------------

malam tadi lynn bising bising minta aku temankan dia ke pantai timur ( shopping ya )

malasnya aku

paling tak suka keluar malam malam

apa lagi hari ini sudah seharian hujan

dingin amat lah

puas dia merayu aku pula jatuh kasihan

oh oh oh

ramainya orang

apa yang ada ya?

rupanya ada dikir di stadiumlah

ramainya orang

jalan sesak pula

geram

sampai ke pantai timur..

'lynn, aku tunggu dalam kereta boleh tak? ramailah orang. tak mahulah aku turun'

'eh, engkau ni, supermarket memanglah ramai orang. dah dah. dah sampai dah pun. cepat turun. karang aku kunci dalam kereta baru tahu'

aduh...

aku palinglah tak gemar tempat ramai orang

tak tahulah kenapa

bising saja

sejak dulu memang aku taklah suka tempat yang bising

aku turun

ikut saja

oh oh

salesgirls dan promoter disini cantik cantik semuanya

berhias bersolek bukan main

seluar ketat ketat menampakkan lurah dan celah punggung

aku yang melihat inipun naik malu

terasa kecil saja aku

iyalah

aku tak berhias sepertinya mereka mereka ini

mata seperti lampu traffic light disoleknya

tutup warna merah buka warna hijau

kalau biasa biasa aku bersolek

pakai saja mascara dan eyeliner gelap gelap

bedak sikit gincu sikit

itupun aku dah rasakan melebih lebih

tak faham pula aku apa perlunya bersolek macam nak gila

oh?

terlihat seorang makcik

wah wah

bukan main ketat baju

tapi pototngan badan taklah padan dengan pemakaiannya

macam pembalut buah nangka saja

ai ai ai

mukanya putih berkilat bersinar

agaknya pakai bedak natasha

entah

rimas aku melihatnya

bersolek terlalu melampau sampai hilang seri pula

kening nipis entahkan ada entahkan tidak

entahkan di lukis saja

kenapa di cukur kening ya?

apa tak tahu hukumnya haram?

lepas mandi muka jadi macam ikan haruan

iyalah

sehelai bulu muka pun tak ada

pakai blusher merah menyala

eeeeeeee...

aku diam diam saja memerhati

tak ku ceritakan pada lynn atau siapa siapa

nanti jadinya mengumpat

tapi aku cerita di sini tak apalah pula

tak ku sebutkan nama memadai kisahnya saja

jadi contoh tauladan atau sempadan pada yang membaca blogku ini

entah siapa ya yang paling layak menilai kecantikan seorang perempuan

lelakikah?

atau perempuan yang lain?

bagi aku

kecantikan yang ada

taklah perlu di lebih lebihkan

asal kejadian tuhan dan jadikan yang terbaik

kenapa perlu di tokok tambah sedemikian rupa?

nabi pun pesan orang perempuan yang berhias untuk orang lain dapat dosa

aku?

aku berhias juga

tapi taklah berlebih dan tak pula untuk tatapan orang lain

iyalah kan

kalau aku pergi bekerja dengan muka tak berhias sepertinya muka baru bangun tidur

nanti orang yang nak berurusan dengan aku pun boleh lari

mak pontianak mana terlepas

pakai bedak gincu dan celak sudah memadai apa?

bedak untuk ceriakan muka sepanjang hari

gincu ( taklah merah macam mak nenek ) untuk ceriakan wajah

dan celak atau eyeliner untuk..iyalah...ceriakan wajah

shadow shadow aku tak pernah pakai

buat apa pula?

nak buat mata jadi macam traffic light?

tak mahulah

tuhan dah jadikan aku begini saja

dan aku terima zahirnya aku begini saja

cantik pada setengah orang

tak cantik pada setengah orang

tak perdulilah

asal saja aku senang hati

aku bukan nak puaskan hati orang lain

lama aku berfikir fikir sendiri

lynn dah habis membeli belah

yeh?

kata sedikit

sampai dekat lima beg dia membeli belah

apa di borongnya taklah aku tahu

alih alih aku juga yang terpaksa jadi pencacai angkut barangnya

geram

pulanglah aku ke rumah

oh..

malam semakin dingin

terima kasih hujan

dingin malam ini pastinya menjemput lenaku datang beradu awal

aku senang hari hujan

ikutan kita..

(excerpt dari blog lamaku)
-------------------------------------------------------------------------------------------------

oh?

ku belek belek utusan mingguan hari ini

jaranglah aku baca

tapi ku baca hari ini kerana ada gangguan elektrikal di ofis

pc ku tak boleh di buka takut takut nanti elektrik di padam

kalau rosak pc kan tak berbaloi pula

macam biasa saja berita yang ada

perihal politik masih jadi topik utama

PAS nak lawan presiden

najib jadi pm

menteri menteri hendak 'berbakti' pada rakyat dan negara

bla bla bla

lemau saja berita

belek belek pancaindera pula

yeh?

kisah nabil dan teman wanitanya pula ya

kata nabil

dia peluk teman wanitanya sebab dia sayangkan teman wanitanya

ah...

cuma nabil kata, cuma tempatnya saja tidak kena

iyalahkan

di tempat ribuan mata memandang live dan jutaan mata memandang secara langsung

aku terkesima sebentar

sepertinya sedikitpun tiada nada kesal dalam ucapan nabil

salah tempat?

kalau di depan ribuan mata dia boleh memeluk

kalau berdua saja dengan teman wanitanya...

bagaimana?

setakat peluk saja kah?

taklah aku tahu

baru kenal dua tiga empat bulan sudah sayang bukan main

tapi memeluk seperti tiada agama kenapa pula ya?

matlamat tidak menghalalkan cara

apakah di fikir orang lain perduli jika matlamat nabil adalah untuk

sehidup semati dengan teman wanitanya?

untuk memperisterikannya?

tapi betulkah cara nabil itu?

bukan aku menghentam kata itu ini

bukan pula mengatakan aku alim lebai tak buat dosa

tapi kalau sampai begitu sekali perlakuan

dan tak pula rasa bersalah

tidak hairankah?

kalaupun nabil rasa bersalah

cuma pada masyarakat dan mata mata yang memandang

tapi rasa bersalah pada diri?

pada agama?

tak sepertinya kelihatan

belek lagi

kisah nabila pula yang berkemban dalam filem

katanya itu tuntutan skrip

oh?

bagaimana pula dengan tuntutan agama?

yang menuntut aurat ditutup?

apa tuntutan skrip lebih bermakna dari tuntutan agama?

lama aku baca

walau bukan niat mereka

tapi seakan memperlekehkan agama pula jadinya

tanda akhir zaman

makin ramai yang sudah hilang takut pada janji azab Allah

makin ramai hilang malu

sopan dan susila sudah tinggal nama

cuma ada pada rukun negara

sila tanya

kalau artis yang jadi ikutan muda mudi berkelakuan sebegitu

apa lagi yang jadi peminatnya?

mereka ini role model

tapi kalau role model hancur

rosaklah pengikut

yang rata ratanya anak muda mentah

yang kurang fasih halal haram dosa pahala

lupakah?

jika perlakuan sumbang kita

pertuturan tak baik kita

perangai jahat kita

jadi ikutan dan turutan orang lain

maka kita akan turut sama menanggung dosanya?

apa dosa? apa pahala?

ek eleeee..

kerek lah lu minah...

ikut suka aku la. dosa lain lain . kubur lain lain.

engkau tu alim sangat ke?

engkau tak buat dosa ke?

engkau tu hipokrit macam tak pernah buat salah

jawapan biasa akan kedengaran

maka akan diamlah aku

melihat lihat saja

sudahpun aku menegur

tak mahu terima?

jawablah nanti di depan mungkar dan nakir

itu yang pasti tak dapatlah lari

mulut terkunci anggota pula berbicara menari nari

beranikah lagi bersoal menjawab memperlekeh?

andai di depan mungkar nakir dengan tongkat siap di angkat untuk menghentam?

tujuh lapis langit tujuh lapis bumi di pukul

hancur isi relai tulang di cungkil kembali untuk dihentam lagi

tak akan henti hingga israfil meniup sangkakala

Rasulullah pernah bersabda

andai manusia dapat mendengar azab kubur

tidak akan ada orang yang berbuat dosa

itu baru azab kubur ya

bukan lagi janji siksaan maha pedih yang di janji Allah di akhirat kelak

kalau kisah siksaan kubur sudah perit kita mendengar

apa terdaya untuk mendengar siksaan hari akhirat?

apa lagi untuk mengharunginya?

pada nabil di kasihi

mampukah menjawab depan mungkar dan nakir

'aku peluk dia sebab aku sayang dia walau baru tiga empat bulan kenal'

beranikah?

dan nabila

beranikah jawab depan mungkar dan nakir

'sebab director suruh aku berkemban, takkan aku nak tolak kut'

apakah alasan yang boleh di terima di alam fana ini akan turut sama di terima di alam barzakh?

dan kalau di alam fana ini, paling teruk cuma di keji di pandang serong paling hebat di gam oleh media

tapi kalau di alam barzakh apakah cuma akan di pandang serong di keji oleh mungkar dan nakir?

tidak ya...

tahu tahu sendiri saja apa jadinya

aku bukan baik

tak pula jahat

bukan membuka aib yang sudah terdedah oleh si pelaku sendiri

cuma sekadar mengingatkan

untuk teman teman dan diri sendiri

yang salah tetaplah salah

walau di bahas tak akan jadinya betul

insaflah ketika hayat masih ada

walau hidayah sinarnya pun tiada

kerana...

jika mati seorang muslim walau cuma imannya tinggal sebesar biji sawi

ke syurga juga akhirnya setelah di basuh dosa di neraka

mahukah kekal di neraka sedang peluang untuk ke syurga masih ada?

ingin tunggu sampai seru?

sampai hidayah?

tahukah bila pula akan mati?

dan akan matikah kita dalam iman walau sekelumit?

siapa tahu?

ingat ingatlah selalu

mati itu pasti datang

cepat dan lambat dan bagaimana cara

tak mungkin kita tahu

sesal yang terlewatkan

(excerpt dari blog lamaku_
-------------------------------------------------------------------------------------------------

ah...

hari ahad lepas dalam pukul 5.15 petang aku dapat panggilan telefon dari mak saudara lynn

dia di hospital besar

menantunya sudah ingin bersalin

dan ini bakal cucunya yang pertama

jadi aku pergilah ke hospital

yeh?

dia seorang saja?

mana saudara mara yang lain?

ku tanya perihalnya

katanya menantunya kekeringan air ketuban

masih di dalam labour room doktor sedang memeriksa

ku tanya, di mana besannya? kan ini anaknya yang ingin melahirkan?

katanya besannya dalam perjalan ke hospital

naik bas

yeh?

naik bas?

bukankah besan lelakinya ada kereta?

kenapa pula ya naik bas

tiba tiba mak saudara lynn bergenang air mata

alahai

nasib baiklah di hospital

tempat orang menangis

tersedu sedu dia

katanya, besan lelakinya tak tahu yang anaknya itu dah mengandung

iyalahkan

baru enam bulan berkahwin sudah ingin bersalin?

besan perempuannye cerita

si ayah jatuh terduduk bila dapat tahu anaknya sudah nak bersalin

manalah si ayah tahu

lepas kahwin saja terus anak dan menantunya turun ke kl bekerja

terkejut betullah orang tua itu

cukuplah dia marah

dia itu orang kampung semua kenal

memang lebai

madrasah pun depan tangga saja

manalah nak diletakkan muka anaknya kahwin 6 bulan sudah nak dapat cucu

jadinya dia tak mahu datang ke hospital

isterinya saja yang datang

terpaksalah naik bas

inilah bahananya bila bertunang lama lama

hampir setahun lebih anaknya bertunang

bekerja di kl bersama sama

siapa yang jaga dan perduli ya?

rupanya mereka tinggal bersama sebelum berkahwin lagi

entah bagaimana terlanjur terlajak

tak hairanlah kan

kucing kalau tak makan ikan, paling kurang akan di ciumnya

patutlah sewaktu nak berkahwin dulu bukan main tergesa gesa

sampai tak sempat nak edar kad undangan pun

majlis pun ala kadar saja

inilah remaja sekarang

bila di harap..jatuh tertiarap

lebih kurang pukul 6 lebih barulah besan mak saudara lynn datang

merah padam mukanya dek terlalu panas petang itu

iyalah

bas tentu berhenti di stesennya

berjalan kakilah dia ke hospital

tak sampai 10 minit besannya sampai

terdengar di pembesar suara mengumumkan nama anaknya dan waris di minta masuk

masuklah besannya bertanyakan hal dan khabar

lama dia masuk

kemudian di keluar

mata merah pula

anaknya terpaksa di bedah

caeserean section

mak saudara lynn terus menangis

berpeluk peluklah besan sesama besan

aku yang di sebelah terkebil kebil tak tahu apa nak di buat pula

aku sabarkan saja mereka

maklumlah orang tua

apa itu caeserean haramlah mereka tak tahu

aku cakap C section itu memang prosedur biasa kalau ada komplikasi

dan kadar iyanya berjaya dan selamat adalah tinggi

kelakar juga

bila aku yang belum kahwin ini menerangkan tentang itu ini pasal bedah bersalin

oleh kerana di bedah, maka taklah dapat siapa siapa masuk menemankan

dan aku pula sudah makin kelewatan

hampir pukul 7

aku minta diri untuk pulang

kesal juga jadinya begitu

bersalin anak sulung terpaksa di bedah pula

agaknya kerana menyakitkan hati orang tua

di balas pula dengan begitu

bukan mengatakan aku ini terlampau alim

tak pernah buat dosa

tapi kalau sampai hamil tanpa nikah

na'uzubillah minta di jauhkan

jatuh maruah keluarga nanti

sedang aku ini dari keturunan baik baik

tak ada penjahat pun dalam keluarga

dan memang papa jaga aku bukan main

kerana aku seorang saja perempuan dalam adik beradik

susah ya

malam itu dalam pukul sepuluh

mak saudara lynn telefon

katanya sudah selamat

dapat anak lelaki

tapi ada sedikit komplikasi

jantungnya terlalu lemah

ah..

kasihannya si kecil yang tak tahu apa apa

lahirnya sesuci kain putih tapi tercemar angkara nafsu ibu dan bapa

sekarang di ICU di tahan kerana tak dapat bernafas

aku doakan agar selamat

amin amin

kisah di petang sabtui

(excerpt dari blog lamaku_
-------------------------------------------------------------------------------------------------

oh...

hari sabtu aku rehat rehat saja di rumah

pasang DVD cerita Wall-E , kungfu panda dan kartun kartun saja.

petang pula aku kerumah mama.

mama ajak pergi ke rumah temannya makcik zakiah.

aku yang sedang bosan ikut ikut saja.

yeh?

rupanya anak makcik zakiah sakitlah.

aku kenal anaknya.

hazmi.

orangnya tinggi kulit putih hidung mancung sangat kacak.

ahaha.

tahu sangat ramai anak anak gadis di kampung yang tergilakan dia

tapi dia pula langsung tak pernah layan mana mana perempuan

taklah aku tahu kenapa

nanti kalau aku katakan dia gay

sia sia saja aku dapat dosa kering

tak mahulah

si hazmi kena stroke

eh?

umur 24 tahun sudah kena strok kah?

hairan

kahwin pun belum

kasihan melihatnya

mulutnya jadi herot dan mata kirinya tak dapat ditutup

katanya, dia kena stroke itu sewaktu tidur

bangun pagi untuk ambil air sembahyang subuh

matanya pedih

rupanya mata tak dapat ditutup

masuk air maka pedihlah matanya

kemudian barulah dia perasan mulutnya herot

pergi ke klinik doktor kata sakit saraf

paling hairan kenapa tak pergi pula ke hospital ya?

takut kena pegang ek?

lelaki..

kuatlah macam mana pun bila nampak jarum ramai yang menikus

malu malu si hazmi bercerita kisah tentang dia di serang stroke padaku

aku buat muka simpati

iyalahkan

takkanlah pula aku hendak senyum senyum pula

kasihan padanya

katanya dia sedang sedang menjalani rawatan kampung saja

urut mengurut

kalaulah tak sembuh juga herot mulutnya

sia sialah saja nanti kacaknya itu

iyalah

siapa mahu si kacak bermulut herot kan?

tak lama kami di rumah makcik zakiah

sepulangnya ke rumah

aku kisahkan hal hazmi pada lynn

'eeeeeeehhhh..betul ke ris? rugi je orang handsome macam tu kena stroke lah'

lemau betul si lynn ini

apa orang hodoh dan tak handsome sajakah yang boleh di serang stroke ?

lama lama tak perlu fikir sakitnya orang

ku pasang DVD ku tonton ninja turtles.

payahnya mencari rezeki

(excerpt dari blog lamaku)
------------------------------------------------------------------------------------------------

oh..

hari jumaat lepas aku ke rumah teman sekampung aku dila

pagi pagi lagi aku dah sampai

ahaha

menyibuk saja

sesampai di rumahnya

aku terlihat pula seorang pakcik sedang sibuk menggali telaga di tepi rumahnya.

oh?

walau pagi pukul sembilan

cuaca sudah sangat panaslah

lama aku terpacak memerhati

kasihannya

habislah selut sampai atas kepalanya pun ada

aku di bawah anjung ini pun terasa bahang panasnya matahari

bagaimana pula dia ya yang sedang sibuk menggali lubang itu?

dila keluar membawa sedulang air

ku tanya dila untuk apa telaga di gali

katanya :

'ayah aku yang nakkan telaga tu. air dari syarikat air perlahan sangat.bulan depan akak aku nak kahwin. susah pula nanti kalau buat majlis. macam mana nak basuh pinggan?'

oh?

betul juga ya.

'sedalam mana telaga tu?' aku tanyakan dila

'dalam 6 kaki rasanya'

uh...

walau taklah dalam sangat

tapi cara menggalinya bukanlah seperti menggali kubur ya

sangat sempit

simen bulat ( di sini kami panggil kerek, entahlah apa orang luar panggil ) di letak atas tanah

dan masuklah dia di tengah kerek itu dan mula menggali

dan kerek itu akan tenggelam perlahan lahan bila lubang semakin dalam

tiba tiba pakcik itu keluar

yeh?

aku kenallah

pakcik hamid tukang rumah rupanya

walau kulitnya gelap

tapi di sebabkan panas sangat

nampak merah padam juga mukanya

sangat kasihan

tersengih dia melihat kami

'dila, minta air sedikit, aku hauslah' pintanya

terkocoh kocoh dila ke dapur ambilkan air sejuk dalam peti

apalah dila

di minta dulu baru nak sediakan

kasihan pakcik hamid

'pakcik, berapa upah pakcik ambil gali telaga ni ya?'

'tengoklah sedalam mana, biasanya harga sama dengan kerek telaga ni. kalau satu kerek rm30, upahnya rm30 lah juga'

katanya sambil mengesat ngesat peluh.

badannya habis berselut

macam arnold schwarzenegger dalam cerita predator pula

dila tiba bawa air sejuk satu jag

pakcik hamid meneguk air sepertinya macam esok sudah tiada

setengah jag habis sekejap saja

'kamu berdua duduklah dulu, aku nak sambung kerja ni, tak boleh buat sampai petang, nanti kena pergi sembahyang jumaat pula'

'baik pakcik' serentak aku dan dila jawab macam burung kakak tua.

ah ah ah

kasihannya

langsunglah tak memadai aku rasa

dengan penat lelahnya cuma rm30 saja satu kerek?

tinggi satu kerek memanglah tak tinggi sangat

dalam dua kaki lebih saja

tapi cara dan kerja yang di buat untuk menenggelamkan walau sati kerek pun

terlalu susah dan payah aku lihat

apa lagi dalam cuaca panas terik begini

susahnya cari rezeki

mujur aku ini tak melalui kesusahan sebegitu

matilah aku kalau kena gali telaga

ahaha

aku di rumah dila sampai tengahari

sepulangnya aku

pakcik hamid masih belum selesai lagi

sudah dua kerek ditanam

air dalam telaga sudah sampai paras pinggang

masih belum berhenti dia

sayu saja aku lihat

tubuh tuanya

terbongkok bongkok dalam telaga

dia datang ke rumah dila pun naik basikal buruk saja

ermm

kalau tiga kerek

maknanya upahnya cuma rm90

aku ini

kalau di bayar rm1000 pun tentu tak mahu gali telaga

oh oh oh

aku kena kerja rajin rajin dan sungguh sungguh

walau keluargaku sudah senang sekarang ini

aku tak mahu keluargaku sendiri nanti susah begitu

papa sudah pencen

hari hari dia bersungut bosan tak ada kerja nak di buat

minum minum di kedai kopi pun bosan juga katanya

nak berkebun mamaku pula tak izinkan

kasihan juga melihat papa

tapi lebihlah baik dia dirumah berehat rehat

masa mudanya sudah penat dia bekerja keras

menyara aku adik beradik

sekarang tiba pula masa

aku dan abang abangku pula yang menyara papa dan mama

walau rasanya tak akan terbalas

tapi tak salah aku mencuba

tandanya akhir zaman?

(excerpt dari blog lamaku)
-------------------------------------------------------------------------------------------------

oh?

surf surf blogs terjumpa satu blog yang sangat simple

tapi sangatlah menarik

kalaulah aku mampu menulis sepertinya

karya ini aku copy dan paste dari blognya ya. harap dia taklah marah

niat aku taklah jahat

ingin berkongsi pengetahuan dengan teman yang lain saja ya

----------------------------------------------------------------------------------------------

Meh sini aku nak cerita sikit pasal apa yang aku discover malam-malam buta ni. Apa yang aku nak cakap sekarang ni, There are some things in this world that we cannot play around with. So, let's get serious.

Kali ni aku rase macam nak speaking lak. YEAY! Tapi, campur-campur la sikit.
Here goes.

Have you heard about Astora Jabat?

Well if you don't, let me tell you this - dia ni ala-ala macam orang kata 'penceramah' or 'ustaz' laa. Dia buat satu Bicara Agama kat majalah Al-Islam. Wellll, no offense but ..

From Minda Rakyat :

"Bagi pembaca yang mahir tentang perundangan Islam sudah tentu akan dapat mengesan titik-titik yang menyerlahkan pendustaan Astora Jabat atas nama Islam. Namun bagi pembaca biasa yang tidak berkecimpung dalam pengajian syari’ah Islamiyyah secara talaqqi sudah tentu terpegun dengan ‘kehebatan’ Astora mengulas pandangannya dengan sebegitu ‘detail’, terpaku dengan ‘kealiman’ Astora –yang dapat mengalahkan tokoh-tokoh lain yang dikenali sebagai ulama selama ini- dalam membicarakan isu-isu agama masa kini disertakan rujukan-rujukan yang muktabar dan tak boleh dicabar oleh ulama ‘kecilan’ yang lain.

Penulis merasakan elok kiranya kolum Astora itu ditukar nama sedikit daripada Bicara Agama kepada Dusta Agama."

I don't think he's really that famous. So I'm guessing, maybe some of you might think that an unfamous person like him won't do any harm. But famous or not, there ARE stupid people in this world. They can believe in anything even if it's false.

Actually all this discovery stuff started when I surfed on a small forum with a title "kenapa wanita xsuka memakai tudung ?" and I saw someone wrote something about hijab is not an obligation. It startled me, so I kept on reading. Lahh, Astora Jabat rupanya rujukan kau! Mhm, ada gak orang yang terpedaya dengan pendusta agama tu.



Sanggup dia kata orang bertudung ibarat kuih koci.



Memang dah Allah suruh. Rujuk Surah An-Nur:31 (pastikan Quran betul)



Salah sumber pun susah gakk ye.

Entahlah. Kalau dia salah sumber & memang tak tahu apa-apa & kalau ada orang nasihat dia, aku tak kisah. Tapi masalahnya dia tarik sekali orang-orang yang memang dah faham Islam. Bodoh sombong je.

Dia try tarik sorang ..



Kaji la balik pasal Isra' Mi'raj.

Actually to be honest, kalau kes macam ni aku tak la geram sangat sebab disebabkan pendusta agama tu la orang ni jadi gini. Yang aku tersangat geraaaam sangat ni kat orang yang memang dah faham, tapi saja-saja buat bodoh. Orang ni lagi lah bodoh.



Dia ingat dosa tu macam saman biasa-biasa je. Hish.

Bukan sorang je yang dapat sumber yang salah anyway. Ramai sesgt. Malas lak rasenye nak letak semua kat sini. Memang kefahaman islam liberal dah ambil tempat di kalangan umat islam sekarang. (Terutamanya Indonesia!)

Apa yang aku nak simpulkan kat sini, belajar agama tu penting. Penting sangat-sangat. Aku selalu sangat ingat apa yang aku belajar dalam subjek Tauhid Form 2 dulu. Kita kena betul-betul beriman dengan keenam-enam rukun iman supaya takla tertipu dengan dusta yang berlambak kat zaman ni. Boleh dikatakan Medan Jihad Alaf Baru.

Suntikan pemikiran zaman ni bukan terdiri dari benda yang lagha je, tapi perkara yang tak zahir pun ada gak. For example, macam kes pendusta agama ni la.
















Raudhah.com

(Astora Jabat is now having his own blog, launching a new health campaign. Kira ok la tu kan. He's not doing any harm now .. I think.)

* Aku bukan nak kutuk sesape dekat sini, aku cuma nak tunjuk yang agama kita ni dah lemah gilegile.
* Kalau ada apa-apa yang perlu dibetulkan, cakap je! Aku ni baru 14 tahun, banyak lagi yang aku tak tau :D

------------------------------------------------------------------------------------------------

wah wah wah

aku sangat kagumlah dengan caranya

susunan ayatnya buat aku makin ingin membaca dan terus membaca

apa betul beliau umurnya 14 tahun saja?

malulah aku sedang aku lebih tua darinya

tak pula mampu menulis dengan ayat ayat yang sangat berkesan sebegitu

apapun

merujuk kepada entriku sebelum ini

inikan contoh terbaik yang semakin ramai sudah rosak akidahnya..

na'uzubillah


link ke blog beliau - dear diary

mengomel ngomel

(excerpt dari blog lamaku)
-------------------------------------------------------------------------------------

erm...

membelek belek blogs teman teman di sini aku jadinya..

tertanya tanya

kenapa ya

selalu saja dibicarakan tentang soalnya cinta?

cinta itu ini begitu begini

bohonglah aku kalau aku ini mengatakan aku tak pernah menulis tentang cinta

tapi taklah pula sampai dua tiga entri hanya berkisar tentang cinta

cinta itu universal

dan pandangan tiap tiap seseorang tentu saja lain

ah..

biarlah

...................

semalam aku perang dalam forum

ahaha

berbahas tentang agama

mulanya geram juga atas kebebalan si anu itu untuk menerima kebenaran

sudah jelas terang lagi bersuluh

masih di tanya tanya lagaknya seperti orang buta di malam gelap

kalau bulan itu bulat masakan ada cara lain untuk mengatakannya tiga segi?

tapi aku tidaklah marah

geram cuma sedikit

kesal pun ada

malu lagilah pula

iyalahkan

si anu itu bukan orang bodoh bodoh

terpelajar juga

kan boleh main internet boleh access itu ini

tapi bila cakap tentang soal agama bebalnya mengalahkan sang kelembai

inilah jadinya bila islam hanya sekadar pada nama

bukti sahih sudah aku berikan

siap dengan nas hadith dan sahih

masih lagi tak puas hati

kalau quran bukan rujukan

hadith bukan ikutan

apa lagi perlu di kata ya?

minta lagi bukti?

yeh?

carilah hadith yang di sebut itu

rujuklah balik

ini malas..

semuanya mahu di sediakan di depan muka

dan kalau pun sudah jelas di mata

masih tidak mahu terima

teman teman yang melihat

bolehlah menilai sendiri

siapa yang bermulut longkang

siapa yang hitam hatinya

aku taklah baik seperti wali

ustazah pun bukan

tapi tahu tahu saja aku

bila aku ini berada

di jalan kebenaran atau kesesatan

dan aku

boleh saja terima teguran

andai aku salah tak pula aku malu

untuk mengubah cara aku yang salah

seandainya ada

tapi hairan

tak semua orang begitu

walau dia sendiri tahu dia salah

namun kerana egoistikalnya

di butakan mata dan hati

di tegak kan benang yang basah

dan kemudian

aku dan yang lain

yang tahu berfikir

tersenyum senyum di tepi

melihat si anu

membangga bangga kebodohannya sendiri

betullah kita ini sekarang di akhir zaman

yang jahil pandai berbahas

walau fakta dan sahih tiada

berdebat atas logik fikiran

agama hadis sunnah di campur dengan pemikiran logik mereka

kononnya untuk sesuai dengan peredaran zaman

iyalahkan

zaman nabi dulu manalah ada paip besi

api gas

kereta motor?

maka timbullah akidah akidah dan hukum hakam baru

oh?

apa hukumnya menambah bacaan dalam solat?

batallah solat

apa hukumnya menambah hukum dalam agama?

rosaklah akidah batallah iman

islam itu agama untuk sepanjang zaman

Allah sudah tentukan yang terbaik

dan tentulah Allah sudah mengambil kira

agama terakhhirnya adalah sempurna untuk sepanjang zaman

mula dari Nabi Muhammad S.A.W hingga tibanya akhirat

siapa pula kita untuk menokok tambah agama yang sudah sempurna ini?

dengan alasan supaya ianya sesuai dengan kemajuan dan peredaran zaman

ulama kini di perlekeh dihina di perkotak katikkan

pemimpin yang tidak cukup syarat pula di agung agungkan melebihi segala

quran hanya jadi hiasan di dinding tak lagi di baca

hukum Allah diubah ubah di ketawakan sewenang wenang

kejahilan dan kebatilan ada di mana mana

dosa dan pahala tak lagi boleh di beza

takutlah aku melihat semua ini

apakah aku akan mati dalam dunia sebegini?

apakah akan tergoyah iman ku nanti?

na'uzubillahiminzalik

jauhilah aku dari mungkar dan perdaya syaitan

aku berlindung darinya padamu ya Allah

mengkarate lipan dikala senja

(excerpt dari blog lamaku)
-------------------------------------------------------------------------------------

ah..

aku ini jarang ya baca akhbar

tapi kalau aku baca

tentu aku baca sampailah habis

hingga iklan pun aku baca satu satu

juga kalau tengok berita di tv

aku cuma tengok 15 minit pertama saja

tentu kerana dalam 15 minit itu saja berita yang sebenarnya

selebihnya?

kemalangan, jenayah,politik,berita luar negara yang tak penting kerana aku dah tengok di internet dan lain lain yang merepek,politik

tadi aku baca apa ya?

rasanya kosmo

aku tertarik pula dengan tajuk drama baru di tv2

dari mata arisa

yeh?

nama aku ek?

ahaha.

hairan juga ramai tak percaya itu nama aku

agaknya nama arisa kurang sinonim dengan rasa kemelayuan

entahlah

aku taklah tahu

kemudian belek belek

iya iya

aku suka baca akhbar dari belakang kemudian ansur ansur ke depan

dari muka sukan dulu barulah sampai berita utama

yeh?

politik tak habis habis ya

kedah dan perak

hairan juga aku

akhbar katanya tak memihak pada mana mana parti

impartial

tapi kandungan beritanya sepertilah berat sebelah

asyik calon bn saja yang keluar berita

buat itu lawat sini jenguk sana

apa calon parti lain tak buat apa apa?

dok nganga tunggu hari mengundi?

tak berkempen?

aku tersenyum sendiri bila

melihat berita

ahli pkr beramai ramai masuk bn

oh?

siap ada gambar lagi tanda sokongan

kenapa ya aku senyum sendiri?

kerana aku pernah lihat di depan mata senario sebegini

di PRU12 dulu

ada kru tv dan akhbar buat liputan seorang calon bn

dan dalam pada itu sempat mewawancara seorang makcik

katanya makcik ini dulu memilih parti pembangkang

tapi sudah berubah arah menyokong bn pula

katanya parti pembangkang tak ada pembaharuan ya

asyik pula di tapuk lama

tiada kemajuan pula

itu ini serbalah tak baik

apa yang peliknya tentang hal ini?

biasalah lompat parti kan?

sedangkan yb yb pun ada lompat parti

inikan pula anak anak bilis orang kebanyakkan

yang melucukan disini

makcik yang mengaku berasal dari parti pembangkang itu

memang orang tahu sangat pula

turun temurun entah sudah berapa keturunan

haramlah tak pernah pangkah parti lain melainkan bn

bila pula dia masuk parti pembangkang?

tak pula dia malu membebel bebel dengan pemberita kononnya sewaktu berada di bawah parti pembangkang

bermacam kemunduran dan kesusahan dia alami

ah..

tak malukah?

tak terasa salahkah?

tak beretika kah?

kalau parti yang di sokongnya itu cukup gagah

menepati segala janji

benar benar berbakti membantu rakyat

apa perlu dia gunakan cara kotor ini?

( aku terfikir juga, takkan makcik separuh umur ini sepandai itu, tentu ada orang yang ajar ya )

dan tuan guru pernah kata

kalau umno boleh berdiri dengan diri sendiri

tanpa perlu gabungan dari parti lain untuk kuat dan untuk menang

tentu pas tak relevan lagi

tuan guru sendiri akan sertai umno

tapi lihat saja realiti sekarang ini

umno bercakaran sesama sendiri

orang kebesaran tuduh menuduh tuding menuding

yang kena tikam di belakang tak sempat mengelak maka jatuhlah tersembam

yang anak bilis ahli kecil kecil terkebil kebil

di suruh sorak mereka sorak

disuruh diam mereka diam

temanku seorang ahli kuat umno

tapi dia sendiri pula mengaku

sudah muak dengan karenah pemimpin yang asyik berbalah tak bersepakat

lalu ku tanya

kenapa tak tukar parti

dia pula tersengih sengih

TST

tahu sama tahu saja

periuk nasi kena di jaga ya

ah...

apa ini autokrasi?

taklah aku tahu mahupun aku perduli

aku ini orang kecil kecil saja

memerhati cumanya di tepi

sekalipun aku bersuara tidak akan pula merubah apa apa

salah cakap nanti ISA

dan aku lebih senanglah diam saja memerhati

nanti pilihanraya

pangkahlah yang mana berkenan

tak perlu bising

bukan tak pernah aku berdebat tentang politik

dengan teman teman

atau siapa siapa

tapi taklah lama

apa perlunya?

sekalipun kebenaran jelas ternyata

sepertinya aku cakapkan tadi

takkan merubah apa apa

aku bukan menteri

bukan orang kebesaran pun

cuma anak bilis saja

dan anak bilis

bila berkumpulanlah baru boleh membuat gelombang

kalau seekor saja

air laut pun tak berolak

iya iya

entri ini tak ada kena mengena langsung dengan tajuknya di atas

cuma aku suka ayat itu

kenapa?

kerana ini entri ku

perihal rempit

(excerpt dari blog lamaku)
-------------------------------------------------------------------------------------

ah..

melihat akhbar tiap tiap hari ada saha ya kisah kemalangan

teruk teruk pula

sedang kita ini negara membangun

antara paling maju di asia tenggara

masih lagi tak dapat turunkan kadar kemalangan ini

kisah kemalangan pula kalau tak ngeri

menyayat hati

hairan hairan

kerajaan minta rakyat berhati hati

minta belia jangan merempit

tapi motosikal yang baru baru di keluarkan

semakin lama semakin laju

semakin tinggi cc nya

sampai skuter pun boleh ada 150cc

lagikan motor honda cub 70cc boleh di ubahsuai oleh

jurutera tak bertauliah kita

jadinya laju macam pelesit

70cc boleh bawa sampai ratus ratus kmh

kalaulah kebolehan mengubahsuai ini

di pupuk baik baik

rasanya boleh saja buat duit kan?

tentu saja pernah lihat ya

motor dengan kelajuan cc kecil

di rempit macam pelesit

kalah superbike lajunya

bila kemalangan terus mati

habis berterabur kalau bernasib baik

dapatlah kutip gigi

darah melayu darah pendekar

mati sakit?

apa hebatnya?

mati rempit?

that's the way to go

mentaliti sebegini

walau salah di pandangan mata yang normal

tapi itulah kebanggaan rempit

agaknya di fikir fikir

jalan tar itu selembut tilam vono

sebut kisah rempit

ingin pula aku cerita

kisah seorang budak dekat rumahku

orangnya pendiam tak pernah bising

aku kenal pun sebab selalu sangat lalu depan rumahku

dan lalunya pula

tak pernah perlahan

motornya bukan motor rempit

motor manja demak saja

tapi di bawanya sepertilah

ada langsuir bertenggek di belakang

ribut nargis pun ada ketikanya perlahan

tapi si budak ini

walau tak jahat

laju sangat bawa motor

paling aku hairan

dia tak pula rempit beramai ramai

selalunya

dia keseorangan saja aku lihat

kesana kemari

lajulah sangat

dan petang khamis lepas

makcik sebelah rumahku bercerita

tentang budak ini

kemalangan

di langgar lari katanya

jatuh tersembam di atas batu jalan

bibir atas rabak hidung patah

doktor di HUSM minta rm 16 ribu

untuk ambil isi paha dan tampal pada bibir yang rabak

RM16 ribu?

ah..

ayahnya cuma tukang rumah

ibunya sakit tak bekerja

kakak sudah tidak bersekolah

susahnya hidup maka dia jadi pembantu di kedai kuih sahaja

manalah nak cari rm16 ribu

rm1600 pun kelu nak cari lah

taklah aku tanya panjang kisahnya

kasihan juga mendengarnya

rabak mulut tentunya cacat seumur hidup

apa kalau dia tahu akan jadi begitu

mahukah dia bawa motor laju laju?

kisah mat mat rempit

sememangnya sadis

mati putus itu ini

bercerai berai badan

di lenyek lori

menggelupur di atas jalan

tapi orang tak perduli

taklah salah kalau ingin berlumba

litarkan ada

tapi kurang mencabar kan?

sebab di litar tak ada kereta lain

tak syok kalau tak mencelah celah

tak boleh tunjuk skill

skill yang sedikit pun tak membantu

untuk dapat kerja baik baik

paling bagus skill rempit

boleh dapat apply minta kerja mat despatch

kalau tak pun hantar pizza

nak kerja hebat hebat?

besar besar?

manalah skill rempit di perlukan?

lainlah kalau nak sertai sarkas

aku tahu

tak semua rempit jahat

ada yang saja saja

tak kacau orang

tapi itulah orang kata ya

seekor kerbau membawa lumpur

semua yang lain habis terpalit

segelintir rempit yang jahat

habis semua rempit di label

teringat PRU12 dulu

abang khairy kita

kumpulkan mat mat rempit

untuk 'majukan belia'

untuk berkhidmat pada masyarakat

di mintanya mat mat rempit

membonceng para pengundi yang tak ada kenaikkan

tak ada motor atau motokar

bonceng ke tempat buang undi

aku tergelak keseorangan baca kisah itu ya

dalam akhbar mana lupa pula aku

cuba fikir fikir

pakcik umur 50 tahun inginkah naik yamaha RXZ dan ikut sama di rempit ke tempat buang undi?

silap silap di wheelienya di tengah jalan

pakcik jatuh terduduk atas tar

sampai di tempat dituju bila berpaling ke belakang

'eh? mana pakcik tadi? terjun ke?'

ahaha.

apa makcik umur 60 ingin naik yamaha 125?

entahlah

aku pun pening melihat senario orang kita sekarang

yang muda dengan cara mudanya

ingat enjoy saja

yang tua pula

kalau berjawatan berpangkat berpengaruh

asyik bertelagah sesama sendiri

yang tiada pangkat apa apa

berperang di kedai kopi

yang senangnya siapa?

tuan punya kedai kopi

iyalahkan

bila bergaduh bertekak

keringlah air liur

dahaga pula

'boss! teh tarik satu lagi'

tuan kedai tersengih

apalah nak jadi

teringat lagu pak pandir moden

'yang remeh dan yang temeh'

sepetang di pantai

(excerpt dari blog lamaku)
-------------------------------------------------------------------------------------

oh..

aku bercuti dua hari ya

sultan kami puja umurnya

jadi dapatlah cuti dua hari

yang geramnya

cuti jatuh hari isnin dan selasa

kalaulah jatuh hari ahad dan isnin kan lebih baik

panjang dapat cuti nanti

ahaha.

hari isnin abang long ajak famili pergi ke pantai bachok

buat barbeque

oh oh oh

aku paling malas pergi ke pantai

tak sukalah

kering dan panas

tapi semua famili pergi

takkan pula aku terkulat kulat keseorangan di rumah?

pergi saja

sampai di sana lebih kurang pukul 10 pagi

ah..

dah panas lah

lemaunya

abang chik cakap :

'kitaorang angkat barang barang, kak long dan geng pompuan lain tukang bakar ek? haaa'

oh?

lemau.

hitam aku nanti

tapi mama pula suruh aku dan lynn dan sepupu sepupuku yang lain jadi tukang bakar

sedang yang lelaki pergi mandi manda main bola atas pantai

eeeeeee

geram aku

aku nak juga duduk duduk bawah pokok ambil angin

tengok tengok orang

alih alih jadi tukang barbeque

kalau aku tahu

tak mahu aku datang

asyik kena buli

jadi kami pun mulalah operasi bakar membakar

ayam udang sotong ketam semua ada

hampir satu jam baru habis

penatnya

panas lagi

yang geng lelaki datang tersengih sengih

aku buat muka poyo

diaorang gelakkan aku pula

geram geram

lepas makan makan

kena mengemas pula

aku cuma makan chicken gaijour

nugget ayam tak best lah

ayam bakar ikan bakar semua yang berbeque aku tak sentuh

berminyak sangat

tak mahu aku

ah...

makin panaslah

rupanya dah makin tengahari

bengang rasa kepala dek panas membara

tapi aku lihat abang abang dan sepupu sepupuku yang lelaki macam tak kisah panas

siap boleh mandi boleh main boleh atas pantai

'oi, puteri lilin, tak mahu mandi ke?'

terdengar sepupuku zudin menjerit.

kemudian mereka pakat pakat gelak.

aku tarik muka poyo lagi.

makinlah mereka gelak.

biar dia.

aku nak ambil angin saja.

kalau main panas nanti demam.

kulit hitam terbakar siapa nak jawab?

tak mahulah.

lama aku di bawah pokok

pasang sony mp3 kemudian tengok orang di pantai

damai juga

walau panas sampai terasa kering bibir

petang baru kami bertolak pulang

dan kini sampai masa geng perempuan yang gelakkan geng lelaki

aku dan sepupu sepupuku pakat pakat gelakkan abang abang dan sepupu sepupu lelakiku

hitam legam macam arang jadinya

itulah

main panas lagi

abang chik kena heat stroke rasanya

merah habis muka dan badan

padan muka dia

haha

katanya mukanya macam merekah rasanya

aku dan lynn gelak sampai sakit perut

marah dia

aku gelak lagi

penatnya sampai ke rumah

panas seharian

sampai pening aku

telan activefast dua biji

tidur

penatnya

renungan pada yang bercinta

(excerpt dari blog lamaku)
-------------------------------------------------------------------------------------

ah...



hari ini aku ke majlis hantar menantu pula

iyalah

selepas majlis bersanding

kenalah ada majlis hantar menantu kan?

janji janji pukul 3 patut sudah bertolak

tapi sampailah hampir pukul 4 masih lagi terkebil kebil

menunggu orang yang tak cukup kuorum

yang ini call suruh tunggu

yang itu call suruh wait

alahai

berapa inci makeup nak pakai ya?

5 minit sebelum pukul 4 barulah kami dapat bertolak

pak saudara lynn membebel panjang

'inilah janji melayu.petang petang lagi aku dah cakap orang nak bertolak pukul 3, ini dah dekat pukul 4 dah'

aku dan lynn diam saja

salah menyampuk nanti sia sia kena marah

wah wah wah

cuaca sangatlah panas

nasib baiklah keretaku ada air con laju laju

sengaja aku ikut dari belakang sekali

iyalah kan

aku sayang kereta aku

bukanlah aku kedekut

tapi tak mahu pula kereta aku di sumbat di asak asak oleh makcik makcik

yang turut sama nak pergi ke majlis

tapi tak ada kenaikkan

jadi, dalam keretaku

cuma aku dan lynn saja yang ada

aku tersenyum sendiri

sampai ke rumah pengantin lelaki

masih lagi sangat panas

pukul 4.30

sudahlah kena berkumpul di tengah panas

iyalah kan

kawasan perumahan manalah ada pokok pokok besar dan rimbun

terpacak kami di tengah jalan di bakar matahari

berpinar mata kepanasan

geramnya ada melihat ada makcik makcik yang jalan meleret leret ke tempat kami berhimpun

apa tidak nampak atau rasa cuaca panas ya?

bila semua dah sampai

kami perlahan lahan mengatur langkah ke rumah pengantin lelaki

oh?

satu khemah saja?

yang perempuan makan dalam garaj kereta?

tak pernah di buat dek orang lah

tapi taklah ada pilihan

masuk saja

kasihan juga melihat tetamu lelaki

khemah di letak betul betul mengadap matahari jatuh

hampir pukul 5 hampir separuh dalam khemah di pancar cahaya matahari

aku lihat pakcik pakcik yang makan di dalam khemah berpeluh peluh

kami yang di bahagian perempuan pun tak kurang bahangnya

iyalah

duduk dalam garaj

mengadap matahari pula tu

panasnya tuhan saja tahu

aku yang pakai baju kurung ini pun rasanya seperti nak pitam

apa lagi pengantin yang pakai songket

sewaktu majlis makan beradap

ibu pengantin lelaki tak turut sama di meja makan

(ayah pengantin lelaki dah lama meninggal)

maka makanlah si pasangan pengantin dengan orang tua pengantin perempuan saja

sangat janggal melihat

patutnya makan beradap besan bersama besan makan bersama pengantin

sedang aku makan makan

terdengar pula ayah pengantin perempuan bersungut

'panas betul ni, satu kipas pun tak ada ke? halus sangat tuan rumah'

aku lihat air muka pengantin lelaki berubah

tak aku salahkan ayah pengantin perempuan

satu kipas pun tak ada

sudahlah cuaca panas membara

angin sedikitpun tak bertiup

dan bukan gulai pula yang di hidang

ayam masak pedas dengan sup daging jadi menunya

aduhai..

makinlah panas bila makan makanan berempah ini

aku lihat lynn makan macam orang bosnia

cepat sangat

nasib baik aku ambil nasi sesenduk saja

cepatlah habis

tak sempat aku lap tangan selepas membasuhnya

lynn heret aku

'riss, aku nak balik, tak tahan gile.panasssss'

di tariknya tangan aku

terkocoh kocoh aku di heret

tanpa berpesan pada pasangan pengantin atau siapa siapa

kami pulang

dalam perjalanan pulang

lynn membebel merungut

'punyalah kedekut tuan rumah,kipas satu pun tak ambil keluar, dahlah muka si mentua bengis macam singa,orang datang bertandang ada ke nak senyum sikit?'

'kau tahu tak riss,duit *hangus dia kasi rm100 je.kesian pakcik aku.tak pernah di buat dek orang.dahlah diaorang masa datang ke majlis bersanding 50 orang.satu kepala dua ringgit je? kedekut nak mampus'

'eh? takkanlah cuma rm100 je.mana kau tahu ni?' aku pula bertanya

tak logiklah ada lagi yang buat sebegitu

sekarang ini paling kurang pun orang beri rm6 satu kepala

'mana aku tahu? makcik akulah yang cakap.bertuah punya besan.sia sia tanya harga duit hangus.dikasinya rm100 je.halus macam hantu'

aku tergelak kecil

bersungguh betul lynn

marah marah dia

tapi taklah aku salahkan dia

kalau benar itu yang terjadi

maka kasihanlah pakcik dan makcik lynn

sedang sekarang orang membayar rm6 hingga rm7 untuk satu kepala, besannya cuma beri rm2 sahaja.

ah...memanglah berkira

memang kedekut

sewaktu majlis tadipun

ibu pengantin lelaki

keluar dari rumah dengan muka mencuka

taklah masam

tapi sepertinya tak gembira saja

hairan hairan

orang dapat menantu muka macam tu ya?

macam dapat hantu saja

apalah nasib sepupu lynn itu

dapat mentua berkira dan kedekut

tambah lagi sepertinya si mentua tak berkenan saja dengan menantu

tapi benarlah pesan Nabi

'tak akan bertemu lelaki baik dengan perempuan jahat dan sebaliknya, melainkan bertemu dengan perangai yang setara dengannya'

sepupu lynn aku kenal sangat

bukan sombong tapi tak pernah nak tegur orang

yeh?

sombonglah tu kan?

duit memang berkira sakan

dengan adik beradik pun sampai habis berkira

abang si pengantin perempuan aku kenal

bercerita padaku tentang kesalnya dia

terasa hatinya pada adik perempuannya

'dulu masa aku kerja, dia mintak lima ringgit sepuluh ringgit senang senang aku kasi, sekarang aku menganggur, minta duit lima ringgit nak beli rokok pun bising bising,tak beri pun.'

dan aku tahu kisahnya di hari majlis persandingan

si abang pergi tidur di rumah jiran sampailah tengah hari

sedikitpun tak membantu dengan majlis yang cukup sibuk

tapi marah si abang tak kemana

kasih pada adik tetap ada

petang itu abangnya membasuh pinggan

dari tengah hari sampai petang abangnya membasuh pinggan

tapi sayang

adiknya ucap terima kasih pun tidak

kisah si pengantin perempuan pula

sebelum kahwin dulu

bila kekasihnya datang bertandang malam malam

tersengih sengih melayan

bila saja kekasihnya pulang

terus masuk bilik kunci pintu

kalau kekasihnya tak bertandang

pukul 8.30 dah masuk bilik tak keluar keluar

dan kekasihnya pula macam orang tak ada budaya tak ada adab

bertandang rumah orang tengahmalam pun masih tak mahu balik

bagaimana aku tahu?

yeh?

mulut orang kampung manalah boleh di tutup

lagipun aku ini biasa duduk duduk di anjung rumahku waktu tengah malam

selalu saja nampak kereta si lelaki ini melintas dari arah rumah si perempuan

agaknya mereka kahwin sebab orang tua siperempuan tak tahan umpatan orang kampung

itupun setelah setahun lebih bertunang

si lelakinya pula

aku sangatlah kenal

kerja bukan hebat hebat

jadi pemandu saja

tapi bila bercakap tak boleh kalah pada orang

berdegar degar berbual besar

aku selalunya diam saja

orang kata

makin banyak cakap makin banyak dosa makin banyak tipu

entahlah

terlalu banyak yang negatif aku dengar dan aku lihat tentang pasangan yang dua orang ini

padanlah mereka

kisah ini aku cerita

bukan menghina atau mencaci

tak pula aku sebut nama atau tempat

sekadar renungan untuk aku sendiri dan teman teman

kalau bercinta

jangan pula cuma cintakan pasangan

cintailah keluarga mereka juga

kerana jika ada jodoh dan panjang rezeki

keluarganya akan jadi keluarga kita

kalau dari mula dan janggalkan diri dengan keluarga kekasih

nanti jika benar benar kahwin

terus akan janggal lagi

melihat apa yang terjadi pada sepupu lynn

meninggal kesan pada aku

bagaimana aku nanti?

sedang aku ini segalanya kurang

segala tidak sempurna

apa kisah dan nasib aku nanti

minta minta dijauhkan dari hal sebegini

aku taklah mahu

minta minta dapat mentua baik hati

dapat suami baik budi

sebab itu aku

jaga sangat budi bahasa

cara bercakap cara bergaul

sampai ada yang kata aku ini poyo

mengada ngada

budget baik

konon bagus

hipokrit itu ini

tak pernah aku jawab

aku diam diam saja

tak pertahankan apa apa

kerana aku tahu

mereka mereka yang mengata pada aku

taklah kenal hati dan budi aku

bukan membangga diri

tapi aku tahu adab dan sopan

hormat menghormati

cukup ajaran adab oleh orang tuaku

cukup didikan agama oleh guruku

aku cuba jadi yang terbaik

setakat yang aku mampu

dengan harapan satu ketika nanti

aku ditemukan dengan yang baik.

minta minta lah

kenduri kenduri kenduri...

(excerpt dari blog lamaku)
-------------------------------------------------------------------------------------

oh?

'riss, hari ni kau temankan aku pergi kenduri kat pcb ya.boleh tak?'

tiba tiba saja mak usuku bersuara

'yeh? rumah siapa mak su?'

'rumah kawan aku.kau bawak kereta engkaulah ya'

tiba tiba saja dalam benakku terkeluar ayat skrip filem 80an

'banyak cantik muka engkau'

tapi setakat dalam benaklah saja

'kalau saya tak pergi boleh ke mak su? jauhlah pcb tu'

'kalau bukan dengan kau, dengan siapa lagi aku nak pergi? aku tak pandai kereta. takkan aku nak naik kereta sewa pergi majlis kawin'

amboi amboi amboi...

sedapnya dia

apa aku seorang ini saja anak saudaranya yang ada kereta?

yang pandai bawa kereta?

'yang lain tak ada ke mak su? eiman ke, shahrin ke'

'semua yang lain dah keluar lah. pagi pagi lagi. lagipun kau kan anak buah favourite mak usu. jadi aku kena pergi dengan kaulah'

uh uh

tiba tiba aku naik pangkat pula jadi anak buah favourite?

alangkah bahagianya kalau naik gaji sesenang nak pangkat macam ini

aku pula memang lemau kalau nak buat alasan

tak di ajar berbohong sejak kecil

apa lagi nak berbohong pada orang tua

sudahnya aku terpaksalah jadi pemandu bidan terjun walhal dalam hati separuh rela

bertolak pukul 2 petang

masuk saja ke highway salor aku mengalami sindrom bengang secara rawak

manalah tak bengang

deretan kereta menghiasi jalan berkilometer jauhnya

aduh

jem jalan taklah boleh makan

tak ada perasa pula

cuma rasa nak marah dan panas saja

kalau jem buah bolehlah aku sapu atas roti

ini jem jalan

sapu atas kepala mak usu aku best juga rasanya ya

geram aku melihat jem sebegitu

ini...anak kelantan yang bekerja di luar negerilah ampunya kerja

semua balik nak bawa kereta sendiri

tahulah duit banyak

tahulah nak ronda ronda

bawa anak tengok kerbau tengah padang

tengok ayam tepi jalan

tengok lembu tengah jalan

tapi kalau semua balik bawa kereta sendiri

buatlah highway dalam bandar sekalipun

hasilnya terus sesak juga

dua jam setengah masa ku ambil untuk sampai ke pcb

perjalanan yang biasanya ambil masa 45 minit kalau pandu secara bertomakninah dan berhemat

minyak kereta menyusut sepertinya belon pasar malam yang bocor

aduhai

bila sampai ke majlis

sudahlah dalam kampung

sempit pula jalannya

tempat parking tak ada pula

yang lelaki semberono saja parking di bahu jalan

macamlah jalan itu uwan dia yang punya

selut lagi...

muka ku kelat kelat

paling tak suka keretaku kena selut

susah nak basuh nanti

kalau hantar kedai pun

mereka basuh biasa biasa saja

kalau mahu basuh di dalam mud guard tayar

biasanya kenalah cari snow wash

kalau kedai basuh kereta biasa

mereka sembur sembur saja

iyalahkan

dah nama pun kedai basuh kereta yang biasa

alih alih jumpa juga parking spot

masuk saja

susah payah aku

sempit sangat

kereta aku bukan saiz kancil

nasib baik ada power steering

kalau tak

habislah bahu aku berotot otot sepertinya anna kournikova

melangkah kaki keluar kereta

terbahang muka terbakar rasa hangus macam sekelip mata

panasnya...

panas sangat

keluar dari kereta yang ber air con ke luar yang panas membara

samalah seperti duduk di london kemudian pindah ke rajashtan

merah padam muka dek panas sangat

perlahan aku ekori mak usu ke khemah jamuan

selepas bersalam dengan tuan rumah

terus kami masuk khemah jamuan

wah wah

jamuan buffet ya?

aku taklah suka majlis seperti ini

kalau lauk sedap

suasana tak sedap

kalau suasana seronok

lauk tak sedap

silap silap dapat cirit birit percuma saja on the house

aku ambil lauk serba sedikit

duduk makan

ayam percik masin

gulai rasa halia

air manis macam di sira

nasib tak baik nanti tentu aku dapat cirit birit

kalau betul kena

aku nak mak usu bayar bil klinik

ah..

tak kira

semasa makan aku tunduk

malas nak tengok orang

tahu tahu saja

tentu ada gelagat mami jarum

nak tunjuk rantai emas banyak sampai bongkok sabut empunya diri

gelang berat sampai nak ceduk lauk tak larat

cincin penuh jari sampai nak makan nasi kena pakai sudu

aku makan cepat cepat

air ku teguk sekadar menghilang rasa kering dalam mulut

manisnya...

tak kecap dulu ke apa?

agaknya mak usu pun rasa tak sedap

berkerut muka makan ayam percik

aku di tepi nak tergelak melihatnya berpura pura macamlah lauk yang di hidang itu sedap

padanlah mukanya

ambil lagi ayam percik banyak banyak

mentang mentang makan secara buffet

di sambarnya ayam percik lima enam ketul

sekarang nak habiskan pun siksa

tuan rumah tersengih sengih bila dia tanya

'sedap tak?'

mak usu dengan muka macam tauke roti tak cukup gandum tersenyum payau kelat masam mengangguk angguk konon tanda sedap

aku tersenyum di tepi

makan banyaklah lagi

kan dah kena?

pulang ke rumah jam 5.15

jem lagi...

sampai kerumah dah malam

dalam hati tak habis aku membebel pada diri sendiri

tak pandai langsung nak beri alasan

konon tak mahu orang bermasam muka berkecil hati

alih alih aku sendiri yang susah

minyak kereta pun mak usu tak usul nak beri

sudahlah kena beri angpau pada tuan rumah tadi

rm 10 untuk nasi ayam percik masin gulai tawar

yang jika nasib aku tak baik

boleh mendatangkan musibah aktiviti cirit dalam jamban secara bersiri

mandi mandi

masuk isyak solat

tidur

sangat penat..

aduh..

kenapa ramai sangat yang kahwin ini?

sikit sikit sudahlah

buatkan aku penat saja

kisah majlis kahwin (2)

(excerpt dari blog lamaku)
-------------------------------------------------------------------------------------

dan...

pergilah aku ke majlis akad nikah

konon katanya selepas isya'

tunggu tunggu sampailah 9.30 barulah bertolak ke masjid

geram aku lama menunggu

tapi sabarkan saja hati

biasalah janji melayu

lewat hampir satu jam

tiba di masjid sudah ada pasangan yang lain yang ingin bernikah

sepupu lynn dapatlah pula giliran ke tiga

oh oh oh

lamanya satu satu majlis

iman baca khutbah nikah

baca doa

baca itu ini

kemudian akad nikah

kemudian lafaz taklik

kemudian doa lagi

kemudian pengantin kena bayar duit

taklah aku tahu duit apa

agaknya duit untuki daftar nikah mereka

sampai giliran sepupu lynn

dah hampir pukul 11 malam

bengkak hati aku

terkulat kulat menunggu

agaknya lynn perasan

tapi dia diam saja

manalah tak penat ya

duduk bersimpuh diam diam saja hampir dua jam

yang lelaki tak apalah pula

berpakat pakat mereka duduk diluar masjid sambil hisap rokok

aku yang perempuan ini

apa pula hendak buat ya?

nak berbual?

inikan dalam masjid?

dan lagi ada majlis akad nikah sedang dijalankan

nak picict picit telefon main main message?

pada siapa pula aku nak message malam malam begini?

maka tertinggallah aku terkebil kebil macam cicak berak kapur

taubat rasanya tak mahu lagi

tak mahu lagi ikut ke majlis nikah

11.30 barulah majlis selesai

ke rumah pengantin perempuan pula kami

makan makan

makan malam di hidang pukul 11.45

ini dah bukan dinner ya

ini dah supper

perut dari tadi menjerit lagu pop rock balada irama malaysia semuanya ada

makanlah aku

sedikit saja

sudah hilang selera

dah tengah malamlah

sampai ke rumah pukul 12.30

aku diam saja

lynn pun tak bercakap banyak

penat sangat

bukan penat buat kerja

tapi penat menunggu

sudahlah pengantin lelaki tergagap gagap

tiga kali lafaz baru boleh di sahkan

hairan juga aku

apa yang hendak di takutkan ya?

kenapa perlu gugup perlu darah gemuruh?

cuma akad nikah saja

apalah

bila dah pulang lebih pukul 12

mulalah mata tak mahu pejam

geram geram geramlah aku

terkulat kulat tidak tahu apa hendak buat

nak tidur mata tak mahu pejam

nak makan sudah tak lapar pula

nak tengok dvd tak ada mood

alih alih ku buka pc tengok madagascar penguins di youtube

terhibur juga

sekarang aku menulis

pukul 4.30 pagi

esok majlis persandingan pula bengkaklah mata nanti nasib baik ada ubat titis mata

pakailah esok kalau tak mahu mata bengkak

tapi esok

tentu mengantuk tak boleh cerita

silap silap ceduk sambal di fikir gulai

aduh aduh

tak mahu lagi

menyesal aku tak bersuara tadi

kalau saja aku kata aku tak mahu pergi

tentu sekarang ini aku sedang lena dibuai mimpi

sekarang padanlah muka aku

sepertinya burung hantu tak jumpa sarang

sepertinya musang pulut hilang anak

tercangak depan pc menaip blog yang entah apa apa

oh...

penatnya....

kisah majlis kahwin (1)

(excerpt dari blog lamaku)
-------------------------------------------------------------------------------------

oh...



malam ini sepupu lynn berkahwin

bukan main sibuk rumahnya bila aku hadir petang tadi sepulangnya aku dari kerja

'riss, malam ni kau temankan aku ke masjid, majlis akad nikah buat kat sanalah' lynn mengajakku

'yeh? buat apa? tak mahulah.bukan aku yang nak kawin'

'apelah kau ni, ikut saja lah. sapa pulak cakap yang kau nak kawin? merepek je minah ni'

aku terkebil kebil

buat apa aku kemajlis akad nikah?

di masjid pula tu

buat sibuk saja.

sangat malaslah

tapi kalau tak pergi nanti panjang pula muncung lynn

entah.

tengoklah malam ini

kalau dah ramai yang ikut ke majlis itu

aku taklah mahu pergi

apa lynn nak kata, katalah

aku lebih senang duduk di rumah

tengok dvd ke atau main internet

tempat bising bising malasnya aku pergi

mak saudara lynn suruh aku dan lynn makan malam di rumahnya

oh oh

makan berhidang pula tu

bukan aku anti sosial

tapi aku taklah suka makan berjemaah

nanti kalau ada yang makan tak serupa orang

tak pasal pasal pula aku yang loya

pernah dulu aku ke majlis kahwin

ada makcik mana entah

tangan penuh nasi di capainya ayam masak merah dalam pinggan

habislah nasi yang melekat di pinggannya terjatuh dalam mangkuk lauk

loyanya aku....

terus aku tak jamah lauk yang itu

bila nampak orang lain dah tak menjamah lauk ayam itu

selambanya dia tanya

'eh? tak mahu makan ke ayam ni? kalau tak mahu biar makcik habiskan'

di capainya ayam belah empat itu masuk terus dalam pinggannya

kami yang makan bersama terkulat kulat melihat perangai makcik itu

wah wah

tak senonohnya

sudahlah cara dia makan membuat aku hilang selera

di jelirnya lidah masa menyuap nasi

nasi yang tak habis di kunyah penuh atas lidah

oh oh oh

mati selera aku

tak sopannya

macamlah dia makan keseorangan

kalau dia makan keseorangan tak apalah juga

makanlah sambil baring ke sambil berguling ke sambil lari setempat ke

tak ada siapa perduli

tapi ini majlis lah

inilah yang orang kata

tak boleh bawa masuk majlis

iya iya

ini bukan mengumpat ya

aku tak pula sebutkan nama makcik itu

cuma sekadar renungan

tentu ada antara para teman teman yang pernah jumpa orang yang sebegini

malam ini makan di rumah makcik lynn

aku sangatlah serba salah

nak di tolak apa pula alasanku

terima saja

harap tiada nanti yang buat perangai tak senonoh

mengomel ngomel

(excerpt dari blog lamaku)
-------------------------------------------------------------------------------------

erm..



sedang aku berfikir fikir di mana hari ini ingin aku pergi untuk makan tengahari

tiba tiba urmila mathondkar masuk ke bilik aku

eh..bukan bukan..

umi..teman aku masuk ke bilik aku

'riss, jom pi makan, HOD sales belanja'

'oh? makan kat mana? kenapa dia belanja lak?'

'ler, banyak songeh pulak, ikut dah la'

maka aku pun ikutlah

dua buah kereta

tujuh orang

kemana hala pula ya nak pergi?

aku sangat malas nak bawa kereta

apa lagi bila panas panas merening sebegini

ikut ikut ikut maka sampailah ke rhong sree

di perkampungan kraftangan kta bharu

oh oh

disini ya

masuk masuk saja

waaah

ramainya orang

mana nak cari tempat duduk ya

lama kami tercegat menunggu

akhirnya dapat juga satu meja

aku pula yang di tugaskan jaga meja

yang lain ramai ramai pergi ambil nasi dan lauk

'cik, tempat ni ada orang ke?'

terkebil kebil aku

'ada ada' perlahan saja aku jawab

adalah sampai dua tiga kali aku di tanya tanya

hairan juga

apa mereka tidak nampak aku duduk tercangak di sana?

apa di fikir aku duduk di situ sekadar mengambil angin ke apa?

oh..

makan nasi ulam pula

aku taklah suka nasi ulam

eh eh apa tu?

besarnya ikan keli goreng

geli tekak aku melihatnya

aku tak boleh makan ikan darat

selepas semuanya sampai

aku pula yang bangun

pergi ambil lauk

apa yang ada?

ayam goreng dan telur dadar saja yang ada

yang dapat aku makan

ikan aku taklah makan

sewaktu makan

aku tunduk saja

tak boleh angkat muka

nanti nampak ikan keli goreng

hilang selera nanti

aku makan diam diam

yang lain bising bising

berbual bual sewaktu makan

nasi penuh mulut masih nak bercakap

malaslah layan

En Azmi HOD menegurku

'eh riss, kenapa tak jamah lauk lain? tak apa tak apa, hari ni saya belanja'

aku tersenyum senyum kambing

'tak apalah cik azmi, saya makan ini pun dah cukup. saya taklah makan banyak'

'ooo, jaga bodi ya'

terdengar suara siapa entah mencelah

kemudian mereka ramai ramai gelak

umi pun gelakkan aku

aku buat muka sepuluh sen

geram aku

ah..

perdulikan

aku makan saja

bila sampai bil aku terkejut juga

RM48

makan tujuh orang

air sirap satu jug

air bandung satu jug

lauk banyak bukan main

ada keli goreng dua tiga ekor ( rasanya dua ekor seorang mereka mereka ini makan, hantu keli ke apa aku pun taklah tahu )

ada ikan patin masak asam

ada gulai ikan

ada tempoyak

ada budu dua mangkuk besar

ada ulam ulaman dua tiga pinggan

RM48 saja?

wah wah

kalau makan sebegini di kuala lumpur

senang senang habis ratus ratus

aku makan taklah habis

bukan kebiasaan aku makan tak habis

sayang rezeki

tapi suasana bising sangat

tambah lagi tempatnya sempit berasak asak

selera taklah hilang tapi kuranglah pula

sesudah makan pergi ke kereta

aduuuhh

panasnya

masuk kereta terus pasang air con maksimum

umi tersengih sengih

kenyang dia tersengihlah

tak mahu lagi aku ikut mereka mereka ini

bukan aku anti sosial

tapi bila waktu makan aku amat senang kalau suasana damai

tak bising

bilalah nak hujan kembali

dah lama tak hujan

masuk ofis air lagi

dingin air con tak sama dingin hujan

laparlah pula

maklumlah tadi makan sedikit saja

bukan kontrol atau apa apa

tak selera sangat

nasib baik ada roti dalam drawer aku

aku tersenyum sendiri mengenangkan perangai aku yang suka beringat

tak pernah tiada roti dalam drawer aku

diam diam aku makan roti dalam bilik

senangnya hati...

suatu petang di chicken rice shop

(excerpt dari blog lamaku)
-------------------------------------------------------------------------------------

uh..



waktu rehat sepertinya biasa aku turun

jaranglah aku turun dan biasa kalau turun aku keseorangan saja

tak rasa ingin berteman sebab bagi aku waktu makan adalah waktu privasi

senang saja aku makan seorang diri sambil mengelamun

kalau makan berdua atau bertiga atau ramai ramai

nanti bisinglah

paling tak suka bising sewaktu makan

hilang rasa nanti

...........................................................................

aku drive ke kb mall

iya iya

chicken rice shop

aku suka makan di sana

entah

taklah sedap sangat

tapi tak ramai orang di sana

kalau kfc mcdonalds

jenuh menunggu beratur nak beli

buang masa saja

sedang aku asyik makan makan

terlihat pula satu pasangan kekasih

bukan penting sangat tapi ada yang menarik perhatian ku pula

yang lelakinya

wah wah

rambut punk lah

yang perempuan pula bertudung sopan

eh eh

sepertinya tak kena pula pasangan sebegini

apa yang si perempuan lihat pada lelaki sebegitu ya?.

dan kenapa rambutnya di cacakkan sebegitu rupa?

cantikkah?

eeeeeeeee.

macam red indian

tapi kalau red indian tak apalah pula

padan dengan tak berbaju bertattoo dan pakai seluar kulit haiwan

ini orang melayu kita

hidung pesek kulit hitam tapi rambut macam orang asli amerika

apa kata orang tua si perempuan kalau melihat anaknya berjalan jalan

berpimpin tangan dengan lelaki sebegitu

iya iya aku tahu

taklah boleh menilai siapa siapa dari pandangan luaran saja

tapi kalau begitu lagaknya si lelaki

apa boleh di bawa pulang di kenalkan pada orang tua?

nanti sia sia kena parang dek si ayah

entahlah

aku tak nampak apa relevannya buat rambut sebegitu

bukan cantik dan tentu di pandang tak baik

kitakan orang melayu

kaya ada dan budi bahasa

kenapa ya di tiru orang barat yang tiada tamadun?

malah di bangga bangga lagi

skinheads?

makan sampah boleh di banggakah?

melepak merewang sana sini

bukan mengata semua skinheads jahat

tapi kebanyakkan mereka

iyalah

punk dan skinheads

sebut saja pun dah timbul imej negatif dalam fikiran

ku lihat si perempuan macam tak malu saja berjalan dengan lelaki sebegitu

bangga lagilah ada

kasihan aku lihat

aku tengok ada satu famili yang makan di depan ku

si ayah dan ibu tergeleng geleng kepala melihat pasangan dua orang itu

aku diam

tak tahu

apa sebab apa musabab

dan malas aku untuk memikirkan untuk orang lain

asal saja aku tidak begitu

ku sambung makan

tapi kesal juga dalam hati

patutlah orang mencebik kata

perempuan pakai tudung sekarang ini

melampau murahnya

macam tiada harga

tudung di pakai tak langsung mencegah dari buat dosa

tudung cuma jadi hiasan

cuma jadi pakaian

bukan atas tuntutan agama

pakai tudung lurah dada terlihat

pakai tudung baju ketat macam seluar jeans rock uuuu

seluar ketat macam nak terbelah dua punggung

di tangan semua gelang ada

macam orang iban dari pedalaman sarawak

yang lelaki semua jari ada cincin

macam tok bomoh

kat leher rantai entah apa apa semua nak di sangkutnya

kepala tengkorak pun di fikirkannya comel

orang memandang di fikir orang kagum

walhal orang meluat tak boleh nak cakap

balik rumah buka saji makan nasi

nak kerja malas sebab kalau kerja tak boleh lagi rambut punk

umur dah tua tapi masih di tanggung keluarga

syukurlah tiada dalam keluargaku sebegitu

kalau lah ada

tentu dah kena parang dek papa

minta di jauhkan aku

dari bertemu jodoh dengan orang sebegitu

tak sanggup aku

suara yang tak pernah didengari

(excerpt dari blog lamaku)_
-------------------------------------------------------------------------------------

ermm..

petang semalam aku sepertinya biasa

berehat rehat di anjung rumah

damainya saja

angin petang sepoi sepoi

cuaca redup tanda tentu tak hujan

kepingin sangat aku

kalaulah hujan tentu aku senang hati

tiba tiba terlihat seorang budak berpakaian sekolah

sedang berjalan di depan rumahku

oh?

muzammir rupanya

panggilnya saja amir

berpeluh peluh dia

'eh? hari sabtu pun sekolah ke?'

dia tersengih

'bukan setakat hari sabtu kak ris, hari jumaat pun saya sekolah'

wah wah

kasihannya

walau cuaca tidak membahang

tapi cukup untuk membuat mereka yang berjalan terasa panas bahang dari tar

kasihan aku melihat

'mana basikal? kenapa jalan kaki?'

'basikal pancit kak' pendek dia jawab

terdiam aku

tak mahu tanya lagi

tahu sangat dia orang susah

ayahnya cuma kerja ambil upah tolak tong ikan di pasar

ibunya pula cuma makcik cleaner di tadika mana entah aku pun lupa

'amir, mari sini sekejap'

'saya nak baliklah kak ris, panas ni'

'marilah kejap. tunggu ya'

aku masuk dalam rumah

sentiasa ada air oren twister dalam peti sejuk aku

entah

aku suka air jenama ini

sedap juga

ku ambil sebotol

'nah, minum'

dia tersengih

'wah, kak ris belanja ek. kalau saja tahu tentu hari hari saya jalan kaki balik ikut depan rumah kak ris'

alahai

loyar buruk pula budak ini

jentik telinga baru tahu

cepat dia teguk air oren

sekejap saja dah separuh botol habis

kasihan aku lihat

berpeluh peluh

'betullah leman cakap kak ris baik. patutlah dia kata kalau nak cari bini dia nak perempuan macam kak ris'

'yeh? apa? leman cakap macam tu?'

'tak tau tak tau tak tau. saya balik dulu. terima kasih kak ris. babai'

cepat cepat dia beredar

wah wah wah

sedapnya mulut

kecil kecil lagi dah pandai

aku tersenyum melihatnya

mengheret begnya di atas jalan tar

kasihannya

..............................



apa yang tak kena ya?

murid sekarang belajar lebih dari orang kerja ofis

iyalahkan

masuk belajar pukul 7 lagi

habis belajar pukul 3-4 petang

sedang kita yang bekerja di ofis

cuma 8 jam

mereka yang masih bersekolah rendah

belajar sampai hampir sama masa orang dewasa habiskan di ofis

sekurang kurangnya

yang bekerja cuti dua hari seminggu

yang belajar ini?

hari cuti pun ke sekolah

belum lagi yang masuk kelas malam

sampailah pukul 10 malam baru selesai kelas

yeh?

bila pula masa mereka rehat ya?

masa bermain?

cukupkah dengan masa pendidikan jasmani yang cuma setengah jam di pagi hari?

dan hampir seharian pula masa dihabiskan dengan..

belajar belajar belajar

sedang orang dewasa

orang yang berpangkat

berperang tentang perlu atau tidak PPSMI

( pelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris )

siapa yang perduli tentang masalah yang lebih besar ini?

eh eh?

bising tentang efektif atau tidak PPSMI?

apa tak nampak?

tak lihat?

tak jelas?

tak kelihatan?

yang anak anak ini keletihan amat?

belajar macam nak gila

tapi siapa perduli kisah mereka?

aku dulu belajar

tak ada pun sampai malam

tak ada pun kelas tambahan tiap hari sampai petang

kalau dulu cuti

maka cutilah

anak anak sekarang

nama saja cuti

tapi tetap ke sekolah

apakah pembelajaran yang mereka pelajari di waktu sekolah tidak memadai?

maka terpaksa pula diadakan kelas tambahan?

dulu aku belajar taklah terus sebegini

pandai juga aku

iyalah

taklah dapat berpuluh A

tapi dapat juga masuk universiti

dan dapat juga kerja yang menjamin hidup

kasihanlah mereka ini

all work and no play makes jack a dull boy

peribahasa inggeris ini

patutnya ada makna yang perlu di fahami semua

sayanglah kalau tak faham

kasihan anak anak sekolah sekarang............