Saturday, February 27, 2010

s.u.k.a. h.a.t.i. a.k.u. l.a.h

(excerpt dari blog lamaku )
-------------------------------------------------------------------------------------

ah..

baru sekejap selesai menonton drama baru di ntv7

lie to me

wah wah wah

sangat tekun aku menonton

sampai tiba iklan pun masih aku tercangak depan tv

isi ceritanya lain dari yang lain

kalau seperti CSI, BONES atau yang lain lain

kebanyakkannya bergantung pada bukti fizikal

physical evidence

tapi kisah lie to me ini

bergantung pada bahasa tubuh a.k.a body language

tak mahulah aku ulas cerita pilotnya

tapi cara olahan drama ini buat aku terfikir

apa rasanya jika kita tahu bila setiap kali orang berbohong pada kita

mahukah kita tahu?

seakan boleh membaca pemikiran orang pula

dan hebatkah jika kita dapat membaca pemikiran orang lain?

mahukah?

mula mula tentunya mahu

tapi lama kelamaan?

benar sekali kita tak akan pernah mahu di bohongi

tak mahu di tipu

apa lagi di bohong atau ditipu oleh orang yang rapat atau tersayang pada kita

tapi benarkah kebenaran ini semuanya baik?

dan siapa pula yang tak pernah berbohong seumur hidupnya?

nabi lainlah.. baginda maksum

maksud aku

selain dari mereka yang maksum dan di pelihara dari kesilapan

siapa yang tak pernah bohong?

aku?

aku pernah bohong

pernah tipu

terkadang untuk kebaikkan diri

terkadang untuk menjaga hati yang lain

iyalah kan

jika ada teman kita yang gemok gedempol tanya kita

cantik tak kalau dia pakai baju ketat?

tentu tak tergamak kita kata dia macam pembalut buah nangka ya

maka kita iyakan saja dan angguk angguk walau hati tersengih

dan jika seorang isteri yang hamil bertanya pada suaminya

cantikkah dia?

tentu suami akan kata cantik walau hakikatnya isteri macam ikan paus besarnya

apakah ini di kira bohong berniat jahat?

eh eh?

bohong ada kategori ya?

tentunya ada

jika ada teman minta berhutang dan kita pula tahu dia liat bila tiba masa untuk membayar balik

dan jika kita ini sopan dan tak mahu sakitkan hatinya

tentu saja kita kata kita ini tak berduit walhal kita baru dapat gaji

kita bohong untuk kebaikkan diri..

salahkah?

tambahan lagi di alam siber

oh oh

bohong itu sinonim sangat dengan alam siber

siapa yang lurus bendul nanti tentunya tak lama di alam ini

aku berbohong?

tentunya

tapi taklah semua

dan tak pula aku kata aku ini bohong bulat bulat

cuma cakap kurang tepat saja

iyalahkan

bila orang tanya aku ini apa kerjanya

maka aku jawab saja aku kerja di ofis

kerja apa di ofis?

eh eh..

tak memadai ya jawabanku tadi?

ingin tahu apa kerja sebenarku berapa gajiku?

aku lunch pukul berapa dan bersama siapa aku lunch?

wah wah wah..

yang bertanya itupun aku taklah kenal batang hidungnya

sekadar teman internet yang aku taklah pernah jumpa

dan kalau ada fotonya pun cuma aku kenal di foto saja

itupun belum tentu foto siempunya diri

ingin aku ceritakan hal hal peribadiku?

i think not... duh..

mungkin bagi sesetengah orang pertanyaan sebegitu adalah biasa

trivial

tapi bagi aku inikan peribadi?

aku kerja di ofis

apa jawatanku?... bukan hal kamu ya

status aku single.. dah ada teman istimewa?.... bukan hal kamu ya

aku turun makan tengahari..makan apa?...bukan hal kamu ya

aku tinggal di mana..rumah sendiri atau sewa? bukan hal kamu ya

apa tidak boleh memahami batasan soalan peribadi?

hairan aku

aku kalau bertanya orang lain

memadai soalan umum

tak mahu terlalu peribadi

aku tak mahu sibuk nak ambil tahu apa orang lain makan di waktu tengahari

aku tak kisah orang tinggal rumah batu atau kayu atau sewa atau setinggan

aku tak hairan orang ada kekasih sampai keliling pinggang atau menduda berbelas tahun

eh eh..

bukan masalahku lah

nak cakap aku dengar

tak cakap taklah aku tanya

bila aku seakan tak mahu menjawab soalan berbaur peribadi ini

sering pula aku di perlekeh

di kata ortodoks

tak open minded

oh iya?

macamlah aku perduli

kenalkah kamu akan aku ini untuk kamu nilaikan sebegitu?

dan bagaimana pula dengan fotoku di ym dan site site teman teman internet

apa itu fotoku?

sering aku di tanya

geram ingin aku jawab

'taklah, itu bukan foto aku, itu foto aku jumpa tengah jalan'

atau

'taklah, itu foto nenek aku masa dia muda muda dulu'

kenapa ya asyik ditanya di persoal foto siapa?

dan kenapa?

lynn kata sebab aku comel ( ahahaha )

maka dipersoalkan kebenaran fotoku

andai kata aku ini gemuk hitam ketot hodoh bergigi mancung

tentu tak ada yang tanya panjang panjang

silap silap ym yang di add pun di delete kembali

inilah manusia

rupa tetap di pandang

walau mulut kata lain

tapi kebenaran yang manusia memilih rupa adalah universal

pernah aku cakap di web

aku suka lelaki berkulit cerah dan chinese look

ada pula teman internet menempelakku

'habis, orang hitam tak boleh bercintalah?'

aku terdiam sebentar

wah wah..

dalam hati aku berkata

'tentu yang berkata itu hitam orangnya'

eh?

itukan preference aku?

adakah aku ini perempuan terakhir dalam dunia?

sampai jika aku kata ingin lelaki berkulit cerah maka jadi macam orang berkulit gelap tak ada harapan?

orang kulit hitam bolehlah bercinta dengan yang lain

aku tak minta pun yang berkulit hitam bercinta dengan aku..

maka aku jawablah balik tempelakkannya

'itu preference aku, kenapa nak dipersoal? kalau aku tak makan ikan apa orang yang jual ikan tutup kedai?'

orang lain yang makan ikan ramai lagi kan?

samalah dengan orang yang tiada chinese look atau berkulit gelap

tentu ramai lagi yang mahu

apalah

mentaliti sebegini pun ada ya

lynn yang membaca tempelakkan itu berkata

'agaknya dia nakkan engkau, bila kau cakap macam tu, dia rasa dia takde can so sebab tu dia marah marah, dia frust la tu'

tercermin sedikit kebenaran kata kata lynn

tapi..

sekadar aku berangan ya

manalah tahu nanti suami aku gelap gelita macam arang batu

jodoh ketentuan bukan di tangan aku

boleh berfantasi tapi tak pula tahu apa akhirannya

terkadang aku malas add kan teman teman baru di internet

bosan menjawab soalan sama berulang kali

sekarang kalau bukan aku menambah entri di blogku

aku main kuiz saja di irc

hati senang tak ada orang ganggu

aku ini..

simple saja orangnya

tapi jadi complicated

bila bertemu dengan yang aku tak berkenan

sampai terkadang

aku pun pening

No comments:

Post a Comment