Sunday, December 13, 2009

fikir lebih sedikit saja

oh?

perkara perkara yang tak terfikir atau tak mahu di fikir tapi kita rasa memang ah betul



1.untuk mendapatkan apa apa pinjaman ( kereta rumah dll )...mula mula kita kena buktikan pada peminjam yang kita ini macam tak perlukan pinjaman itu

2.perkara perkara yang kita inginkan dalam hidup semuanya adalah haram,mahal atau menggemukkan.

3.apa apa yang terjatuh dan tergolek atas lantai akan bergolek ke sudut almari atau mana mana tempat yang paling kita susah nak capai

4.kalau kita awal, bas yang lewat, kalau kita lewat, bas pun tetap lewat lagi

5.sebaik saja kita selesai membeli apa apa, kita akan jumpa barang yang sama kita beli tapi lebih murah di kedai lain

6.bila beratur untuk apa apa, barisan sebelah biasanya lebih cepat dari barisan kita dan orang yang di depan kita tentu buat transaksi paling banyak dan susah

7.kalau kita ada kertas, kita tak ada pen, kalau kita ada pen, kita tak ada kertas, bila kita ada keduanya, tak ada siapa pula yang telefon

8.untuk pelajar-hari yang kita ponteng itulah hari spot check atau guru ambil kedatangan

9.semua bas kita naik penuh dan sesak, tapi bas yang datang dari arah bertentangan biasanya kosong pula

10.loceng rumah atau telefon biasanya akan berbunyi semasa kita dalam tandas atau bilik air



dan paling pelik ya, tak kira apa arah angin, asap rokok tentu akan menghala kepada orang yang tak hisap rokok.

haha.

hairan hairan.

betul? salah? entah

oh...


geramnya aku..

penat penat aku taip entry untuk hari ini

hilang saja sebegitu kerana page lambat load

puas aku refresh aku back aku itu aku ini

aduh

geram geram
....................

jadi ku tulis kembali

kisah si farhan di rumah leman

malam itu tatkala hujan

aku di anjung rumah ku

terlihat sebuah kenari memecut laju dan membrek hingga mencicit bunyi tayar di depan rumah leman

keluar pula seseorang dan di tariknya seorang budak yang sedang lepak di rumah leman

di pukul pukul di hentak hentak sepertinya tak ada belas kasihan

aku terkesima tersentak

apa pula ya?

bergaduh?

tapi kulihat yang di pukul tak pula melawan dan budak budak lain di rumah leman diam saja

tak ada yang membantu?

oh oh oh

apa apa apa pula?

petang keesokkannya aku aku telefon leman, tak berjawab

ku sms tak juga berjawab

petang baru aku nampak kelibatnya

ku gamit leman ke pagar rumahku

kutanya hal kenapa telefonnya tak di jawab

dia pula menjawab malu malu

'alaaa kak ris, telefon 3310 bateri pun kondem.semalam lupa cas lah.nak balas sms akak kredit pula tak ada'

aku senyum saja.

kasihan pula.

seakan aku lupa leman ini orang susah

lalu aku tanya tentang hal semalam

leman siap gelak gelak

'itu si farhan kak ris.yang pukul dia pula ayahnya lah.sebab tu kami tak campur'

oh iya?

ku tanya pula kenapa.

'si farhan lompat tingkap keluar rumah datang lepak rumah saya.kan ayah dia tak kasi dia bergaul dengan kami.ayahnya kata kami ni orang jahat.budak dadah , muka pecah rumah, anak dia je yang baik'

'takkanlah sebab itu saja man, teruklah dia kena pukul saya tengok semalam'

'memang pun kak , kena lutut bangkok, kena siku ong bak kena penampar siam, hahaha'

merepek pula leman ni.apalah.

'kenapa ayahnya sampai macam tu sekali?'

'entahlah kak ris, saya tak tahu. alaaa.farhan tu bukan baik sangat.lepa je hilanglah apa apa.suka mencuri tak kira kawan ke tak. anak manja memang macam tu'

'anak manja? kalau anak manja takkan kena pukul macam tu pula' tanya aku lagi, makinlah aku hairan.

'dia dulu mana ada adik kak ris.semua dia nak dia dapat, duit mewah gila.sekarang dah dapat adik baru.dah tak jadi anak kepujianlah lagi.duit pun dah kurang dapat.dia kan biasa mewah.bila dah kena macam tu, dia mencuri le sebab nak duit. kami bukan suka pada dia pun kak. siap dah pulau apa? tapi dia yang terhegeh hegeh datang kat kami, takkan saya nak halau pula'

panjang cerita leman.

'umur 17 baru dapat adik baru, mana tak haru kak, terer juga ayahnya, dah tua pun menjadi lagi'

gelak lagi leman.

'kami sendiri pun bebulu gila dengan ayah dan mak farhan tu , habis di jaja kat orang kampung kami ni jahat. kami mana ada jahat. malam malam kami tolong ronda dengan rukun tetangga lagi jaga kampung.kalau kami jahat, buat apa kami ronda sama?'

macam kecewa saja leman bunyinya.tak pula aku salahkannya.

aku juga tentu marah dan kecewa

andai dituduh buruk buruk dan tak berasas

'padanlah muka farhan tu. duit saya dia pinjam 30 ringgit pun tak bayar lagi tapi boleh pula beli handphone baru.saya bukan berduit kak.30 ringgit tu banyak bagi saya'

ah...

walau benar perangai si farhan sebegitu

tak pula aku rasa patut ayahnya pukul dia di depan orang lain

dah besar budak tu

dah tahu malu lah

rosak mental si farhan nanti

tapi aku ini siapa?

nak betulkan apa?

itu ayahnya

walau cara didikannya tak aku berkenan

tak dapat pula aku buat apa apa

cuma rasa kasihan sahaja dapat aku beri.

panjanglah leman bercerita tentang farhan

aku dengar saja tak pula menilai

'eh, dah lamalah saya kat sini, saya balik dululah kak' leman meminta diri

'oh? dah nak balik ya? tunggu kejap boleh? kejap je ya'

aku masuk ke dalam rumah.

ku belek belek koleksi telefon bimbitku

akhirnya aku pilih nokia N-Gage QD kerana aku ada tiga

'nah, ambil ni. baik lagi ni ya.jangan pula kasi alasan telefon tak ada bateri kalau saya call'

ku hulur telefon itu pada leman.

terkebil kebil dia.

'saya mana ada duit kak. 3310 pun ni pun 3 kali bayar. saya tak mampulah nak pakai n-gage ni'

'siapa kata saya jual pada kamu pula? ambil saja.tak perlu bayar.cuma saya minta, jaga baik baik telefon ni ya'

terkesit kesit leman.

serba salah dia.

'tak mahulah saya kak ris. mahal telefon ni.tak usahlah kak'

'ambil saja.saya beri ambilah.nanti saya buat kedekut baru tahu,nak ke tak nak ni?'

'nak nak nak! '

perlahan dia hulur tangan sambut telefon itu dari tanganku.

dan dengan suara perlahan dia berkata :

'terima kasih kak ris. kak ris banyak tolong saya, malu pula rasanya. selalu dapat itu ini dari kak ris'

aku senyum saja.

'tak apalah man, saya beri apa yang saya ada saja.tak susah pun'

'terima kasih kak ris, terima kasih.saya balik dulu ya'

'ya ya, baik baik naik basikal tu'

leman pecut basikal buruknya bukan main lagi.

aku dengar dia terjerit jerit pada budak budak yang sedang lepak di rumahnya.

di kerumuni pula dia oleh teman temannya.

aku senyum sendiri

tentu leman..

sedang bangga dengan telefon barunya...

kita leka siapa yang mengingatkan?

ah...

semalam aku menonton tv

jaranglah aku tengok tv ni

tapi kadang kadang saja mahu aku buang buang masa

oh?

mystarzlg?

ah..

terlihat pula anak anak muda terlompat lompat terkinja kinja terpekik terlalak di atas pentas

aku taklah hairan sangat

kan dah biasa

orang kita terlalu leka dengan hiburan

tapi yang membuat aku hairan

bilamana kamera di halakan kepada para penonton

terlihat kelibat dua tiga orang pak haji pak lebai berketayap

turut sama ada di sana

eh?

pakai ketayap pergi ke tempat orang menyanyi buat maksiat?

nak bertabligh di sana ke apa ya?

atau saja mereka ini keluarga si penyanyi di atas pentas itu?

malulah sedikit pada ketayap di atas kepala tu ya

aku lihat penyanyi dan penari di atas pentas sangat gedik tergeliang geliut

macamlah ulat beluncas

lagu entah kemana

suara entah kemana

pitching entah kemana

yang kuat dan hebatnya?

terkinja kinja terlompat lompat macam maskot malaysia

iya iya

aku tak bermulut jahat ya

tanya diri sendiri yang terlompat lompat itu apa?

kalau kata katak

katak lompat sekejap sekejap saja ya

yang lompat lama?

peribahasa kan ada

kera kena belacan

penyanyi penyanyi dulu manalah ada pertandingan sebegini

paling hebat pun bintang RTM

tapi kualiti mereka memang tak dapat di sangkal kan

zaiton sameon

amy search

awie wings

jamal abdillah

francessca peters

ramai lagi

suara merdu dan lagu pun sempoi

artis sekarang?

belum pun keluar album

kontroversi dan gossip sudah penuh majalah hiburan

nama naik menjulang dua minit kemudian hilang terus orang lupa

oh?

tak percaya?

sila sila lihat kembali

AF 1234

mawi saja yang ada masih orang ingat kan?

itupun kerana asyik gossip

yang lain?

vince?

zahid?

faizal?

mana ya?

dan OIAM pula

jaclynn victor?

jarang ada pula di kaca tv

ayu?

selain dari artis yang lahir dari bintang RTM

aku rasa yang lain semuanya tak mampu bertahan lama

siti nurhaliza nora dan lain lain dari bintang RTM

lama kan mereka bertahan di persada seni

masih lagi program program hiburan picisan ini

bersepah sepah di adakan

konon untuk mencungkil bakat bakat baru

menjadi pelapis pada insan seni negara

tak cukup dengan remaja

bintang kecil kanak kanak pun di adakan

iya iya

memang comel melihat kanak kanak ini menyanyi

bermacam gaya

tapi..

masa depan?

cerahkah?

ah..

sendirilah mahu ingat ya

kisah waktu makan petang

ah...

petang kelmarin sepulangnya aku dari kerja

berehat rehatlah aku di anjung dengan lynn

dan sepertinya kebiasaanku

nescafe satu mug dan pisang goreng

melihat lihat orang yang lalu lalang di jalan ( iya iya rumahku di tepi jalan saja )

dalam lebih kurang pukul 6.30 petang datanglah dengan tiba tiba sekumpulan budak budak rempit

sangat bising dengan motor mereka memulas mulas picu minyak sampai berdengung dengung telingaku

geramnya

''budak budak mana pula ini?

mana mak bapaknya?

macamnya kambing terlepas kandang

apa kejadahnya ni? '' ( wan kamaruddin-edisi siasat )

kemudian mereka berlumba

macamlah ada langsuir bertenggek di belakang motor

laju semacam saja mereka pulas minyak motor

terfikir pula aku

tak terlintaskah di kepala otak mereka yang benak itu

betapa perit dah penat dan susahnya

ibu dan ayah cari duit pagi petang siang dan malam

untuk belikan dan bayarkan motor itu untuk mereka

tapi senang senang pula mereka naik macam toyol jumpa kacang hijau?

iya iya

tidaklah aku menilai

tapi

umur umur kebanyakkan mereka aku lihat

sekadar belasan tahun sahaja

tentu saja belum bekerja

dan tentu pula motor motor di ibu dan ayah yang belikan

perit ayah membayar

belum habis lagi

motor sudah hampir nak jahanam

di modified sana sini

tayar macamlah tayar basikal kecilnya

stickers penuh motor macamlah motor sarkis saja lagaknya

naik pula macam monyet dapat bunga

terkinja kinja terlompat lompat atas motor

belum lagi yang terbaring terlungkup atas kusyen walhal kusyen itu untuk duduk sahaja

tiba tiba

salah seorang dari mat mat rempit junior itu

buat wheelie dengan motornya

wah wah wah

sudahlah naik membonceng

di wheelienya pula motor tu

yang pemboncengnya pula

sampai berapi api helmet konon konon nak balance temannya yang sedang wheelie

kemudian..kun fayakun...jadilah..maka jadilah..

motornya terlepas dari pegangannya

jatuhlah dua orang itu gedebab sepertinya nangka busuk dan tergolek golek pula sepertinya kelapa kontang

terguling guling atas jalan tar

habislah

matilah

lynn terjerit melihat kemalangan itu

aku pula terkesima tak sempat nak jerit apa apa

tengok tengok saja motornya pula macam ada hantu saja yang naik

tak terus jatuh tapi masih wheelie sampailah terbabas masuk ke atas padang

dari atas jalan tar ke atas padang itu, dalam jugalah tebingnya

dan rempit dua orang itu

ku fikir fikir kalau tak mati, tentulah parah

yeh?

silap pula dugaan aku

habis saja terguling guling macam pelakon stunt tak di bayar gaji

terus kedua duanya bangun

eh eh eh?

seakan tak percaya pula aku

tapi teruk juga keadaan keduanya

habislah baju koyak robak

dahi luka siku luka seluar koyak lutut luka

uh

teruk juga

dengan tertempang tempang keduanya cepat cepat lari ke arah teman teman mereka yang sedang lepak di tepi jalan

maka datanglah mereka berbondong bondong ke tempat motor yang terbabas itu

wah wah

dalamlah jatuhnya

si tuan empunya motor itu turunlah ke dalam padang untuk ambil motornya

oh

habis dia basah kuyup kerana padang itu basah

dan pula motornya entah macam mana pula terbelit terkusut antara ranting dan akar pokok senduduk di tepi jalan

sangat susah nampaknya mereka nak naikkan motor itu

terkial kial macam kucing tercekik tulang pula aku lihat

dan kelihatan semangat setiakawan mat mat rempit ini

sangat menyentuh hati kerana hebatnya semangat setiakawan mereka

yang datang beramai ramai dan berbondong bondong tadi semuanya menolong

tak seorang pun yang tidak menolong

tolong tengok....

uh..

si empunya motor terkial kial ingin angkat motornya

teman temannya yang lain terjerit jerit ajar nak naikkan macam mana

yang itu suruh tarik kiri yang ini suruh tarik kanan

yang itu suruh pulas atas yang ini suruh pulas bawah

tapi tak pula turun bersama tolong angkatkan motor itu

ai ai ai

yang lain semata mata tolong tengokkan saja

kesal juga aku lihat

setakat itu saja semangat setiakawannya?

rempit bersama

rewang bersama

merendek bersama

bila kemalangan

kau engkau aku aku

biarlah

lama juga nak di naikkan motor itu

bila dapat di naikkan ke atas jalan

tak hidup pula motornya

dan kembalilah dia terkial kial cuba untuk hidupkan motornya

tiba tiba

terdengar bunyi yang tahu sangat apa bendanya

'woooop woooop'

wah wah wah

sebuah kereta peronda datanglah

ribut ribut si mat mat rempit ini lari

macam bangla indon di kejar imigresen

sampai di tinggalkan teman mereka yang sedang berhempas pulas nak hidupkan motor yang kemalangan tadi

tak pula si peronda itu kejar atau apa

perlahan saja jalannya

aku pula tergelak gelak dengan lynn melihat si empunya motor panik dan cuba hidupkan motornya yang mati itu

macam nak gila di tendang tendangnya kick start motornya

entah apa rezekinya

hampir saja peronda itu padanya

motornya hidup

berdesup dia memecut motornya berkabus kabus asap ekzosnya

lagaknya macam di kejar anjing gila

sangat laju

makinlah aku dan lynn tambah gelak

hai hai hai

tak sangka pula

di petang petang begini boleh tengok drama dan lawak jenaka

sampai pagi ini pun aku masih senyum sendiri teringat kisah semalam

cinta kopi masin

ah..

satu kisah cinta manis yang aku temui dalam internet

ingin aku kongsi bersama teman teman sekalian
..........................................................

cinta kopi masin

dia seorang yang cantik

ramai yang tergilakannya

suatu hari di sebuah majlis dia di tegur dan di pelawa untuk minum kopi bersama

si penegur cuma seorang jejaka biasa yang kelihatan tiada apa apa yang istimewa

walau terkejut jejakai yang nampaknya biasa saja itu berani menegurnya dan memperlawanya minum kopi

dia setuju kerana hairan akan keberanian jejaka itu

lama mereka duduk untuk minum kopi

terkebil kebil tanpa kata

dalam hati si gadis berkata

'cepatlah balik aku nak balik'

tiba tiba si jejaka memanggil pelayan dan meminta garam untuk kopinya

terkejutlah si gadis dan semua yang mendengar

si jejaka terus saja minum kopi bergaram itu walau mukanya menjadi merah padam

dan gadis bertanya:

'kenapa awak minum kopi tambah garam?'

jawab si jejaka dengar mata penuh berair :

'saya dulu tinggal di tepi pantai, saya suka mandi di pantai, rasa air laut samalah seperti kopi garam ini.bila minum kopi garam, saya teringat pada zaman kanak kanak saya, ingat pada kampung saya dan ingat pada orang tua saya yang masih tinggal di sana'

cukup tersentuh hati si gadis.ini seorang lelaki yang tidak malu menceritakan tentang betapa dia rindu pada kampungnya,rumahnya. lelaki begini tentu menghargai rumahnya, dan tentu bertanggungjawab.

kemudian gadis itu bercerita tentang dirinya pula.si jejaka itu mendengar dengan setia.dan lama mereka berbual, si gadis mendapati yang jejaka ini menepati semua kehendaknya dari seorang lelaki.hampir saja dia terlepas pandang akan jejaka ini, mujurlah ada kopi masin.

akhirnya kisah mereka seperti dalam cerita dongeng.bertemu dan berkahwin dan hidup dengan bahagia untuk sangat lama.setiap kali menghidang kopi untuk suaminya, tentu dia masukkan garam kerana dia tahu suaminya suka kopi bergaram.

40 tahun berlalu akhirnya suaminya meninggal dunia.dan di tinggalkan sepucuk surat untuk isterinya yang tercinta :

'sayang,maafkan papa.maafkan bohong papa sepanjang umur ini.inilah satu satunya bohong papa pada mama.kopi masin itu, hari pertemuan kita dulu, papa sebenarnya nak minta gula tapi kerana terlalu gugup bersama mama, papa minta garam pula.

malulah papa sebab terlajak kata tapi kerana itulah kita dapat mula berbicara.papa dah cuba untuk memberitahu hal sebenarnya pada mama cukup lama, tapi papa takut kerana papa telah berjanji tak akan berbohong pada mama selama lamanya.

dan kini pada telah tiada, papa tak takut lagi.papa tak suka kopi masin.rasanya tak sedap payau dan pahit.tapi sepanjang umur papa bersama mama, itulah kopi yang papa minum.sejak papa hidup bersama mama, papa tak pernah merasa kesal,papa bahagia sentiasa bersama mama.kalau papa mampu hidup kembali, papa akan menyayangi mama lebih lagi walaupun papa terpaksa minum kopi masin lagi.'

kata kata dalam surat suaminya membuatnya menangis nangis terharu , betapa cintanya suaminya padanya.

lalu bila lain kali di tanya oleh siapa siapa:

'apa rasanya kopi bergaram?'

si isteri akan senyum dan menjawab:

'sangat manis'

.....................

oh oh oh .

aku mengalir air mata ya membacanya.

sangat cantik ceritanya.

siapa dan dimana pula akan ku temui lelaki yang minum kopi masin.

cinta burung kertas

ah...

kisah ini membuat aku mengalir air mata..

sedih tapi ada pengajaran..

lelaki ini amat mencintai kekasihnya. sangat romantik hingga sanggup melipat 1000 burung kertas hanya untuk kekasihnya.

lelaki ini hanya pekerja kecil tanpa kelihatan apa apa masa depan yang cerah untuknya.namun begitu mereka bahagia hinggalah suatu hari, kekasihnya memberitahunya, akan meninggalkan lelaki ini untuk ke kota dan tak mungkin kembali lagi.kata kekasihnya, dia tidak nampak masa depan untuk bersama lelaki itu lagi dan biarlah hubungan mereka berakhir di situ saja.

walau patah hati walau kecewa, lelaki itu merelakan saja.bangun dia dari kekecewaannya, dia bekerja siang dan malam untuk membuktikan dirinya.

akhirnya, berkat usaha gigihnya, dia berjaya membuka perniagaan sendiri dan hidup senang pula.

hinggalah di suatu hari yang hujan, dia ternampak sepasang pasangan tua berpayung didalam hujan. basah kuyup walau ada payung kerana payung itu kecil saja.sebentar saja cam lah dia yang itu adalah orang tua kekasihnya dulu.

dengan rasa ingin membuktikan dirinya. dia memandu perlahan di sebelah pasangan tua yang berjalan kaki itu, ingin memperlihatkan kereta besarnya, yang dia bukan seperti yang dulu lagi, yang kini dia telah berjaya dan menikmati kesenangan hidup.

apa yang di lihatnya kemudian membuatnya keliru, pasangan itu berjalan terus masuk ke kawasan perkuburan.

dia keluar dari keretanya dan mengikuti pasangan orang tua bekas kekasihnya itu masuk ke perkarangan kubur.

dan dia lihat mereka berdua sedang bertangisan di depan sebuah kubur. dan di kubur itu, ada burung kertas yang dia buatkan untuk kekasihnya dulu.

dia mendekati orang tua bekas kekasihnya.apa semua ini?

ibu bekas kekasihnya pun menjelaskan segalanya.

kekasihnya dulu tak pernah pergi ke kota seperti kata katanya.kekasihnya dulu mengidap kanser.walau dia percaya lelaki itu akan berjaya dalam hidupnya, tak mahu pula dia jadi penghalang.lalu dia pilih untuk meninggalkan lelaki itu.

hanya kerana seseorang itu tidak menyintai kamu seperti yang kamu mahukan, tidak pula bermaksud dia tidak menyintai kamu dengan sepenuh hatinya.

kekasihnya mahu ibubapanya meletakkan burung kertas di atas kuburnya, kerana andai takdir menemukannya dengan lelaki itu kembali, lelaki itu boleh mengambil burung kertas itu kembali. sekalipun di atas kuburnya.

sekali menyintai, selamanya menyintai.walau di fikiran boleh lupa tapi di hati akan kekal selamanya.

merataplah lelaki itu.cara paling pedih untuk merindui seseorang adalah berada di sebelahnya dengan tahu yang kamu tak mungkin lagi melihatnya, menyentuhnya dan bersamanya selama lamanya........

salah siapa... sendiri lah

ermm..

dua tiga hari lepas sedang aku lihat lihat berita buletin utama

keluar pula isu tali pinggang belakang dan betapa ianya tak relevan

atau adil bagi pengguna

seorang penonton tv3 siap hantar email untuk komen tentang hal ini

katanya jangan asyik hendak buat undang undang baru kerana ingin menutup kelemahan

JKJR dan JPJ

punca sebenar kemalangan maut bukan tidak memakai tali pinggang keledar belakang ( atau depan )

tapi kerana bawa kenderaan laju macam pelesit

langgar lampu merah

potong double line

macam macam lagi

tali pinggang keledar belakang ini kan isu kecil saja?

tapi seorang menteri tu taklah setuju

macam macam alasan dia beri untuk membenarkan isu tali pinggang keledar belakang ini

ah...

macam ini pun boleh jadi menteri ya?

kalau pemikiran sebegitu boleh jadi menteri

agaknya aku layak jadi PM ya?

isu penting disini adalah memandu laju dan cuai

itu pokok pangkalnya

kalau kemalangan berlaku pada 40kms tak pakai tali pinggang keledar belakang pun tak matilah ( percentage untuk survive tinggi kan? )

tapi kalau kemalangan berlaku pada 140kms..pakailah baju angkasawan pun duduk di belakang tu.pakailah tali pinggang keledar 18 lapis pun

kadar untuk survive hampir kosong juga

tak percaya?

cuba lihat kes kemalangan di gua musang hari itu

kenari kancil dan nissan murano

isi kereta kenari semua meninggal

tengok tak kereta kenari itu macam mana jadinya?

hancur luluh relai cerai berai

apa relevan tali pinggang keledar belakang dalam kemalangan sebegitu?

( aku tak mahu sentuh isu kualiti kereta buatan malaysia yang macam tin milo, itu isu lain pula nantilah aku cakapkan )

menteri itu kata dari kajian yang di buat, kadar kematian pemandu atau penumpang bahagian depan lebih tinggi jika penumpang belakang tidak memakai tali pinggang keledar.

oh oh oh?

itu budak taska pun tahulah

siapa pula yang gila habiskan duit buat kajian sebegitu?

gunalah ilmu mantiq sedikit

tapi inilah malaysiaku

hantar muzaffar 10 hari naik roket untuk cari ubat kanser

si muzaffar naik main gasing main bola saja di atas sana

kanser?

apa kanser?

muzaffar tak tahu

saintis negara maju lain berpuluh tahun atas bumi tak dapat ubat sembuhkan kanser

si muzaffar pergi 10 hari nak cari cure?

ironis sekali bila pemberita tv3 me-war-warkan muzaffar naik ke langit buat kajian sedang suara latar misi itu ( kalau aku tak silap, orang australia ya ) mengatakan muzaffar hanya pergi untuk lawatan selama 10 hari sahaja dalam kapal angkasa tersebut.

lawatan?

undang undang tak masuk akal atau tak penting banyak ada kan?

beras tak boleh seludup sebab nanti beras malaysia jatuh harga

siapa yang mahu kalau beli beras hancur layak untuk ayam itik sahaja?

rokok tak boleh seludup nanti rokok halal kerajaan tak boleh naikkan harga macam roket

arak haram minum tapi cukai kerajaan mahu

itu belum lagi kempen yang seakan memperlekehkan mentaliti rakyat

pernah lihat iklan seorang businessman/dato'/orang kaya naik basikal di bonceng oleh drivernya kerana nak berjimat?

oh?

nak suruh rakyat ya naik basikal?

menterilah buat dulu.

kan kepimpinan melalui tauladan?

masuk pula isu debat parlimen

macam tadika kemas saja aku lihat

isu yang di debatkan bukan penting pun

kadang kadang saja yang penting

macam tengok wayang kulit saja bila tengok debat parlimen

wak dogol dan seri rama

isu minyak?

kan dah turun banyak?

kenapa harga barang makin naik?

nak turun harga?

tak ada pun

makin naik adalah

gomen pantau seminggu dua saja

itu pun tempat tempat tertentu saja

isu babi?

isu minyak?

isu barangan pengguna?

isu jenayah?

isu kemalangan?

isu politik?

isu itu ini?

naik pening makin loya aku

tak habis habis

salah siapa pula

masing masing tuding jari

rakyat kata polis

polis kata rakyat

gomen kena marah

gomen dolak dalih

pendatang masuk melimpah

kalau kena tangkap kita kena bela sebulan dua lepas itu kena hantar balik

pakai duit siapa ya?

majikan komplen kata orang malaysia tak mahu gaji murah

indon bangla tak kisah gaji murah

eh?

pendapatan per kapita negara mereka berapa ya?

sama kah dengan negara kita?

rm600 boleh ke hidup di malaysia?

kalau di indonesia agaknya dah jadi jutawan tak pun hartawan

kalau di bangladesh rm600 sebulan dah tak payah masuk who wants to be a millionaire dah.

tapi di malaysia masakan mencukupi rm 600 sebulan?

kemudian timbul isu polis rasuah sebab gaji kecil

bukan setakat polis, imigresen kastam dan lain lain pun sama di tuduh rasuah sebab gaji kecil

gomen kata gaji mereka ini dah mahallah

dah lebih rm1000

kalau bujang dan tinggal di pantai timur

memang ok sangatlah kalau gaji rm1+++ itu

tapi kalau tinggal di pantai barat dan berkeluarga pula

masih mencukupikah rm1+++ itu?

aku kasihan juga pada abang abang polis kita ya

pagi petang siang malam cuti tak cuti kena bertugas

malam berembun siang berpanas hujan tak berteduh

berbaloikah gaji?

berbaloikah dengan khidmat yang di beri?

menteri pula pakai kereta gomen beri

kerusi empuk bilik air con goyang kaki

bulan bulan dapat gaji ribu riban

minyak boleh claim makan minum orang jamu

pergi mana mana ada driver patutlah menteri makin buncit

apa salahnya gaji gaji pak pak menteri ini

di potong barang 20% 30 % dan di beri pada mereka mereka yang betul betul berkhidmat untuk rakyat dan negara?

eh?

kata polis rasuah sebab gaji kecil

menteri rasuah sebab apa pula?

aku tengok tengok diam diam saja

realiti yang hilang

ah...

kisah ini

dah lama ya ingin aku kongsi bersama teman teman

apa yang perlu di buat apa perlu di fikirkan

kisah rumah tangga teman temanku

yang sudi mengorbankan masa remaja yang panjang

terus ke alam dewasa yang kononnya menjanjikan seribu kemanisan

mereka mereka ini

kahwin muda ya

selepas saja spm

terus kahwin

tidak menunggu pun apa keputusan peperiksaan

tak aku nilaikan apa yang mereka buat itu sebagai tidak baik

tapi tak juga aku rasa ianya berbaloi

..................................................

kisah 1 - azah ( apa perlu aku tulis yang aku ini tidak menggunakan namanya yang sebenar? tahu tahu sajalah ya )

berkahwin selepas saja spm

kini sudah mempunyai dua orang anak

masalah :-

suami tidak bekerja tetap

seludup beras seludup pendatang asing

sudah lali keluar masuk penjara

ingin minta fasakh tapi di ugut akan di simbah asid oleh suami

jika minta fasakh

tinggal sendirian di rumah bersama anak anak kerana

suami selalu out station ( keluar hantar beras, tarik kereta, hantar PATI ke keluar negeri )

kini dia menjeruk rasa

katanya walau sekali hasil kerja suaminya memang lumayan

tak pula padan dengan kesunyian hatinya

......................................

kisah 2 - ani

kini mempunyai seorang anak

suami bekerja di kedai makan

tapi di berhentikan kerja kerana selalu ponteng

suami menjual barangan curi yang di beli dari penagih

keluar pagi pulang pun pagi ( keesokkan harinya lah, bukan hari sama ya )

suami makan pil kuda

anak tak pernah di perduli

suami kalau tak tidur, keluar, kalau tak keluar, tidur

sekarang sudah tinggal berasingan

ani sudah pulang ke rumah ibunya

tak berpisah lagi ( cerai )

tapi ani berkata, sudah sebu hati ingin bersama

................................

kisah 3 - zura

dia cantik suaminya tampan

tapi suami cemburu tak serupa orang

bila zura kerja

tak boleh rehat bersama lelaki lain

naik supermarket tak boleh kalau tak ada suami

takut takut di kacau oleh orang lain

aku yang dengar ceritanya pun jadi lemas ya

tapi akhirnya pecah pula rahsia

suaminya main gila dengan perempuan lain

patutlah kongkong sangat isteri

takut tersempak di tengah jalan

kini sudah bercerai

anak zura yang jaga

kasihan pula si anak kecil

jadi mangsa keadaan sekarang ini

.............................

bukan aku menilai bagaimana kehidupan mereka

tak aku kata berkahwin muda itu tak baik

tapi ...

kalau bersama masih mentah befikir

kan begini pula jadinya?

yang lelaki tak tahu apa makna tanggungjawab

sudah kahwin baru nampak perempuan lain lebih lawa lebih cantik lebih baik dari isteri

nak kahwin dua tak mampu sebab tak berduit

akhirnya main gila sahaja dengan perempuan lain

isteri di rumah ternganga nganga tidak tahu apa apa

institusi perkawinan bagi aku sangat mulia

kenapa di perkotak katik seakan tiada harga?

sekian lama bersama

tidur makan minum bersama

begitu mudah berpaling kasih?

mungkin tidak silap suami sahaja

mungkin isteri pun ada silap

membuat aku terfikir fikir

bagaimana pula aku nanti

aku tidak secantik model atau artis

tak sebaik ibu ibu mithali

tak sempurna segala gala

apa boleh menjadi suri yang di idam?

.............................

dengar dengar cerita rumahtangga teman teman

aku sendiri jadi kelu

bagaimana ingin di baiki

apa perlu di buat untuk kembali seperti dulu?

uh?

itu bukan masalah aku ya

kenapa perlu pening?

tapi...

kalau suatu hari nanti

terjadi pada aku

apa pula?

ah...

walau gerun di ingatkan

walau seakan tak mahu

aku ini tahu

tiada kesempurnaan di dunia ini

cuma kita

sebaik mungkin membaiki dan jika sudah habis daya

terima saja seadanya

........................

lelaki sejati?

lelaki sempurna?

memadai padaku

lelaki yang baik dan memahami saja

satu ketika dalam masa

ah....

petang semalam aku ke pasar

wah wah wah

banyaknya kereta ramailah orang

kemana semua petang petang ini

baliklah rumah barulah senang aku cari parking

berpusing pusing aku mencari parking

nanti kalau salah parking tayar di kunci padanlah mukaku

hampir setengah jam baru dapat parking

jenuhlah menunggu

masuk ke pasar mencari cari

nak masak apa malam ini

lynn kata nak makan tomyam lah

suruh memasak dia malas

tahu nak makan saja

kalau nanti dia dah kahwin

barulah tahu kalau tak pandai masak apa jadinya

sudah sudah cari bahan

aku keluarlah dari pasar

terlihat seorang makcik tua

tua sangatlah agaknya 70-80 tahun

jual pisau

oh?

jual pisau?

bermacam ada

tapi aku tak lihat pisau tu ya

aku lihat makcik itu

dengan tuanya

dengan perlahannya

aku memang selalu mudah simpati pada orang tua

teringat pakcik peminta sedekah yang selalu meminta sedekah dekat ofisku

dah lama ya tak nampak dia

kemana pula?

apa telah meninggal?

aku pula tertanya tanya

tak sedar pula aku berdiri di depannya

'nak beli pisau ke mek?'

yeh?

apalah aku

aku tak mahu beli pisau

kenapa aku berhenti di depannya pula?

terkebil kebil aku sekejap

'saya tengok tengok dulu makcik'

'tengoklah mek, ada pisau potong daging ada pisau kecil ada pisau besar semua ada'

tahu saja aku tak semua pisau ada di jualnya.

pisau steak ada kah?

haha.

aku buat buat sibuk pilih pisau.

dalam hati aku berkata :

'itulah..pandai sangat nak kasihankan orang.sekarang kena beli pisau pula'

akhirnya aku beli pisau saiz sederhana saja

'berapa ringgit pisau ni makcik?'

'lima ringgit saja mek.satu pisau je ke? banyak makcik jual ni'

'satu sajalah makcik, kat rumah dah ada'

ku hulur not 50

'mek, tak ada duit kecil ke, makcik tak ada duit nak pulang baki ni'

'tak adalah makcik, duit kecil dan buat beli barang lain tadi, makcik tukarlah dengan orang lain ya'

terkocoh kocoh dia berpaling ke belakang.

agaknya ingin tukar duit dengan peniaga beras di belakangnya.

cepat cepat dan diam diam aku berlalu pergi.

tak mahulah ambil baki.

kalau aku kata tak perlu pulang wang baki padanya nanti

tentu saja dia tak mahu

nanti aku pula malu

45 ringgit bukan banyak

bolehlah dia pulang awal sedikit

pisau tak banyak di jual pun tak mengapa wang dah ada

kasihannya aku melihat

tua tua sebegitu masih duduk seharian di pasar menjual pisau

kalaulah jual benda lain

tak apalah juga

siapa yang mahu beli pisau hari hari ya?

agaknya kalau dapat jual pisau 3 bilah sehari pun cukup payah

kalau itu ibu ku

tentu aku tak izinkan dia ke pasar menjual pisau lagi

duduk saja di rumah rehat rehat

apalah nasibnya

apa tidak ada anakkah dia?

dan kalau ada, kenapa tak boleh pula menjaga seorang ibu tua?

susahkah payahkah?

rela melihat ibu tercangak sepanjang hari di pasar menjual pisau?

aku tak menilai anaknya

mungkin ada masalah mereka sendiri

cuma aku simpati saja

syukurlah aku

tak di belenggu kemiskinan ketara

tak pula aku mewah

senang senang saja

papa selalu cakap :

'duit boleh di cari, bila dapat jangan berkira, Allah tak berkira dengan kita, jangan kita berkira dengan orang'

iya iya betul betul

aku bukan pemurah

tapi aku percaya pula

rezeki aku dapat dan perolehi

kalau aku panjangkan pada dan untuk orang lain

akan lebih lagi datang padaku

sebab itu aku tidak kedekut

papa marah sangat kalau kedekut

katanya harta dunia

tak kira kita usaha atau datang percuma

semua rezeki Allah beri

pinjaman dan sementara

jangan buat macam firaun

ke dalam kubur pun harta bersama

oh oh oh

aku tak mahu jadi macam firaunlah

boleh saja aku memberi

tapi tidak pada semua

pada yang aku rasa memerlukan saja

yang tersirat dari tersurat

uh...

geramnya

kenapa ramai sangat orang beli kereta?

tak tahu kah kereta itu mahal?

paling koman kena bayar pada bank 5 tahun

takkan tak tahu?

hairan hairanlah aku

duit kita makin murah ya

tapi orang beli kereta puluh ratus ribu makin ramai pula

mana dapat duit ini ya?

kereta yang menjalar di atas jalan bukan kereta murahan

honda toyota mercedes bmw yang hebat hebat

alih alih jalan jem

dan aku yang geram

yang mana pandai dan ada motor tu

tolonglah naik motor

haha

siapa pula aku nak minta itu ini

aku pun naik kereta apa?

tapi takkan pakai kebaya pun aku naik motor ah?

tak sopan langsung

semasa nak naik motor pun jadi kekok semacam sajalah kalau pakai kebaya

eeee

tak sanggup aku angkat kain sampai paha sebab nak naik motor

ah...

cerita sebenarnya

tadi aku ke banklah

bosan betul ke bank

sikit sikit minta sain sikit sikit minta sain

tak kisahlah

sepulangnya aku

di tangga bank

terdengar suara salam di beri padaku

oh?

siapa?

aku tak kenallah

budak lagi

minta derma rupanya

menjual cd al quran

menjual kalendar

takwim itu ini

yeh?

ku tanya

'adik ni tinggal kat mana?'

'saya tinggal kat kedah kak'

'oh? jauhnya.buat apa kat sini? tak sekolah ke?'

'sekolah kak, tapi sekarang saya jual benda benda ni sebab nak dapat duit kak'

'duit? siapa yang suruh ni? cikgu ke? atau mak dan ayah? mereka tahu ke apa yang adik buat ni?'

diam pula budak itu.

agaknya ibu bapanya tak tahu apa yang dibuatnya.

mungkin mereka ingat anak mereka ini sedang bersekolah.

jadi kalau ibu bapa tidak tahu...

apakah gurunya yang menyuruhnya menjual di tangga di tepi jalan?

kenapa pula?

budak ini sepatutnya ada di sekolah waktu ini

belajar

bukan menebalkan muka memberi salam pada orang yang tidak di kenali dan menjual barang barang

kenapa pula di suruh budak budak?

kalau betul derma untuk sekolah

kenapa tidak guru gurunya saja yang menjual?

inikan salah guna child labour?

bukan sekali ini aku tersempak keadaan sebegini

kalau makan di restoran

akan ada saja budak menjual kaset atau apa apa datang ke meja

di tanya mana ayah mana ibu mana cikgu

mereka diam saja

kasihanlah

sampai malam pun ada

mereka sepatutnya tidur

bukan kehulu kehilir menjaja

petang mereka patut bermain bersama teman

bukan berhujan berpanas menjual

bingung aku

memikirkan jenis apa pula guru..atau ibu..atau bapa..atau penjaga yang tergamak

merampas kesenangan waktu kecil kanak kanak ini

semata mata untuk keuntungan sendiri

tak ingatkah dosa?

tak kasihankah pada anak anak ini?

kita yang dewasa inipun tahu penat dan lelah bekerja

kenapa di beban pada anak anak yang masih terlalu mentah untuk mengenal erti hidup?

aku tak faham hati manusia

kalau gelap

terlalu gelap

ku beli serba satu dari budak tadi itu

cd hiasan kereta bertulis ayat suci

kalendar

buku agama entah apa tajuknya

dan ku beri sepuluh ringgit

'duit sepuluh ringgit ni akak beri pada adik ya.jangan beri pada yang suruh adik menjaja ni.adik buat beli makanan ya.'

senyum panjang budak itu.

'terima kasih kak. saya pun memang dah lapar ni.dari tadi saya tunggu cikgu saya datang ambil masih tak sampai sampai dia'

oh?

cikgunya ya yang suruh?

apalah punya cikgu

tak aku tunggu untuk melihat apa rupa cikgunya itu

gelap hati sungguh menyuruh kanak kanak sekecil itu menjaja ke hulu kehilir tak kira panas atau hujan

makan minum pun tak di ambil berat

aku tak perduli apa alasan kalau ada sekalipun

tak mungkin ada alasan yang masuk akal untuk menjelaskan kenapa perlu budak ini menjaja

apa lagi kalau dia menjaja bukan untuk diri sendiri

untuk sekolah?

oh oh oh

duinia semakin lama semakin membuat aku keliru

sudah kurangkah yang baik dan pandai berfikir?

tinggal yang rakus dan bodoh sajakah?

definisi rasa

oh?

apa pernah kamu berperang mulut dengan sesiapa yang kamu rasa tentunya keras kepala

degil tak boleh terima pendapat orang lain

bebal tak peduli apa orang rasa

bodoh tak pula boleh di ajar

apa ya yang kamu buat selepas itu?

aku ?

aku mula mula lah saja akan layan perang mulut

bila teringat balik pula yang dia itu kurang cerdik

teruslah aku diam diam saja

aku ini ingat pula pada kata mutiara yang aku temui dulu

dan kini ada pula di siggie GFX

''Never argue with stupid people, they will drag you down to their level and then beat you with experience''

''jangan berdebat dengan orang yang bodoh, mereka akan menarik kamu ke tahap mereka dan mengalahkan kamu dengan pengalaman ( selama mereka itu bodoh )''

ah..

kebenaran kata kata itu memanglah sangat aku tahu

jadi walau aku terasa geram

aku pendamkan saja

buat apa pula bising ya?

aku ini lebih baik dari itu

melayan karenah orang bodoh

nanti aku pula yang bodoh sama

tengok muka pun dah tahu tidak bercahaya

macam tak ada iman saja

solat ke tidak aku pun tak tahu

entah entah doa qunut pun tak pandai

tapi aku tak mahu menilai

selalu aku ingat

'lelaki baik untuk perempuan baik dan sebaliknya. tidak akan bertemu lelaki baik dengan perempuan tidak baik dan sebaliknya'

tidak mengatakan aku ini baik

tapi tak pula aku mahu ada apa apa hubungan dengan lelaki sebegitu

yang bahasa kasar sepertinya tiada adab

kononnya bergurau tapi seakan buta dan pekak gurauannya jadilah kurang ajar

bila di tegur terus melenting

apa di fikir aku ini tiada kerja selain menegurnya?

dan apa pula istimewanya dia hingga aku patut menegurnya?

aku tegur kerana nampak tidak kena

bukan kerana dia ada apa apa makna padaku

lelaki sebegitu

kalau tidak aku kenal buat seumur hidup aku pun tidak mengapa

mulut jahat perangai tuhan sajalah yang tahu

senang sekali aku ini tidak bersamanya

demi sesuap nasi

ah...

semalam sepulangnya aku dari ofis

aku kerumah seorang teman ofisku

ingin ambil baju kurung yang di jahit oleh tukang jahit yang tinggal dekat rumahnya

sedang aku menunggu nunggu baju ku

sempatlah aku berbual dengan orang gajinya

katanya dia dari lampung , jawa

di mana lampung?

taklah aku tahu

dari umurnya aku rasa dalam 30an

apa dah bersuami?

'iya bu, saya sudah ada suami, juga punya 3 anak anak kecil'

'oh? tak berat hati ke tinggalkan keluarga dan datang bekerja di sini?' aku tanya

'bukan ingin saya bu, tapi kalau di sana, susah hidupnya, saya kepingin keluarga saya hidupnya senang'

'suami kerja apa?'

'suaminya saya, cuma bertani bu, sekedar mencukupi upahnya'

'tak apa kah tinggalkan suami dan anak anak?'

'emangnya nggak pantas bu, tapi saya disini mencari rejki, teman teman yang pernah datang ke malaysia udah rame yang mampu beli tanah dan rumah sekembalinya ke kampung'

'sedih amat tinggalkan suami dan anak anak, tapi saya nggak ingin anak anak saya hidup susah sepertinya saya bu. dua tahun aja. nggak lama.kapan pulang tentu senang keluarga saya'

bahasa malaysia dan bahasa pekat indonesianya bercampur campur.

ah...

tak dapat aku bayangkan ya.

suami dan anak anak di tinggalkan

merantau jauh ke nagara orang demi mencari sesuap nasi sedikit rezeki

agar anak anak dapat hidup senang

bolehkah orang kita. orang malaysia buat sebegitu?

kerja bersepah gaji murah takkan mahu minta

bila indon dan bangla dapat marah pula pada gomen kata tak ada kerja

iya iya aku tahu

kos sara hidup di sini taklah sama dengan indonesia atau bangladesh

pekerja pekerja asing yang bekerja disini

bila pulang ke negara asal

jadinya orang kaya

walau di malaysia gajinya cuma rm600

salah siapa pula?

tak salah siapa siapa

inilah harga kemodenan dan kemajuan

bukankah itu yang di mahu?

bangladesh dan indonesia

masih rendah kos sara hidupnya

amat kasihan aku lihat orang gaji temanku itu

teringat pula kisah kisah orang gaji indonesia yang di dera

di pukul

di perkosa

di perhambakan

macamlah binatang majikan sebegini

mereka mereka ini

datang meredah badai menggadai nyawa

mencari sesuap rezeki

kenapa pula di aniaya?

patutlah orang indonesia kata orang malaysia jahat

walau tidak semua yang kata

dan walau tidak semua orang malaysia berhati binatang

tapi secara umumnya semua kenalah tempiasnya

apa rasanya jika diri sendiri pula

yang merantau ke negara orang mencari rezeki

tapi di layan layaknya seperti binatang?

tentu menderita

seakan terlupa

walau mereka pendatang asing

tapi mereka juga manusia sepertinya kita

dan aku juga tahu

tak semua datang cara halal

tak semua datang ingin mencari rezeki luhur

ada yang datang berniat jahat

merompak membunuh merogol

tapi kan bukan semua?

tapi fitrah manusia ya

menilai dari segolongan

bukan dari individu

walhal bukan semua dalam segolongan

yang jahat

yang baik

walau sama rumpun melayu

cara hidup dan perangai bermacam macam ada

orang melayu sendiri

ada jahat ada baik

yang baik macam malaikat ada

yang jahat kalah iblis pun ada

siapa jadi teman siapa

kan pilihan kita sendiri

aku tinggalkan rumah temanku

terkenang kenang apa rasa

orang gajinya

makan minum tidur

tentu teringat pada keluarga

apa perlu titisnya air mata

kerana jauh di tinggal beribu batu

ah...

alangkah beruntungnya aku

tak melalui hidup sebegitu

amin........

orang kelantan jahat.... ?

yeh?

'aku benci orang kelantan.yang jantan semua samseng yang pompuan semua ngada ngada. bahasa pulak kasar semacam je.kata alim tapi takde apa pun aku tengok'

panas juga cuping telinga aku.

ungkapan sepertinya budak tak bersekolah itu di ucapkan oleh seorang teman kepada teman seofisku.

orang kl.

cantik orangnya tapi tak pula berbudi bahasa atau sekurang kurangnya bersopan ketika bertutur.

langsung tak perduli sensitiviti orang.

kalau saja aku ini samseng, biasa biasa saja aku piat telinga si minah tu.

teman aku tu pula, terkulat kulat mendengar teman kl nya itu mengeluarkan pernyataan yang prejudis sebegitu.

jadilah aku bertanya pada si gadis comel tu :

'minta maaf, berapa orang kelantan yang yu dah jumpa dan yu kenal ya?'

'ramai le juga,nape' sombong dia jawab.

'dan kini yu pula berada di kelantan.apakah yang lelaki ini yu tengok sedang bertumbuk di tepi jalan? apakah pula yang perempuan pula sedang berpakaian menjolok mana berpeleseran di tepi jalan?

'ermmm...tak juga' perlahan dia jawab.

'tak juga ke atau tak ada? dan kalau bahasa kami kasar, adakah ai ini sedang kasar bercakap dengan yu? dan kalau ai cakap dalam bahasa pekat kelantan, apakah yu akan faham?' aku tanya lagi.

'takde pula tengok ada orang jahat.yu baik apa.and kalau yu cakap full kelantan tentulah ai tak faham'

tahu pula dia jawab sebegitu.

'minta maaf ya kalau ai cakap. kami orang kelantan sama saja dengan orang negeri lain.ada jahat ada baik. persepsi yu terhadap kami sinikal sangat sebab yu di pengaruhi oleh cerita dan khabar angin saja.yu sendiri cakap tak pula ada orang kelantan buat jahat pada yu tapi kenapa pula boleh yu menilai kami sebegitu?'

dia terkulat kulat.

'orang kelantan tak samseng tapi tak pula penakut ya. dan yang perempuan bukan mengada ngada cuma yang baik itu menjaga sopan santunnya saja. tak ai kata semuanya baik, ada juga yang betul samseng dan ada juga yang betul mengada ngada dan gatal'

'kami sama saja dengan orang negeri lain.so pleaselah jangan pula yu nilai orang kelantan macam macam yang negatif sebelum yu kenal kami secukupnya'

dia kemudian minta maaf dari aku.

dan aku kata padanya :

'yu taklah perlu minta maaf dari ai. yu tak salah. persepsi yu sebab dari pengetahuan yu yang terhad tentang orang kelantan.cuma ai minta, kenalilah apa apa atau siapa siapa dulu sebelum menilai. kalau kami jahat, jahatlah kami, kalau kami baik, baiklah kami'

'eh, yu tau tak, ai suka cara yu bercakap lah. sopan santun sungguh.jarang ai jumpa orang susun ayat bercakap macam yu' katanya.

oh?

adakah dia memuji atau menyindir?

'terima kasih ya ( walau aku tak tahu itu sindiran atau pujian ikhlas ).yang kurang dari ai dan yang lebih itu dari Allah s.w.t'

dia senyum.

ah..

orangnya cantik dan bila dia senyum lagilah cantik.

kemudian kami berpisah.


bukan sekali ini aku terjumpa, orang yang prejudis pada orang kelantan.

hairan ya.

apa kami orang kelantan tak boleh jahat?

tak boleh gatal?

tak boleh mengada ngada?

semua kena alim?

kena maksum?

semua kena jadi lebai?

semua kena jadi muslimah?

kami orang kelantan adalah komuniti ya.

dan bila sebut komuniti, tentunya ada bermacam ragam dan perangai.

jangan pula kerana seorang dua yang buat tak baik, semua kami jadi tak baik.

aku tak pernah pula kata semua orang kl suka buat maksiat kerana kl itu darul maksiat.

segelintir saja.

kan ada orang kl yang baik baik dan alim?

kenapa pula orang kelantan di label samseng?

kalau perempuan pula di label suka mengurat dan rampas teman lelaki orang?

iya iya.

orang kelantan ada sesuatu yang orang negeri lain tak ada.

apa ya?

semangat asabiyah.

apa tu?

kalau belek buku sejarah, tentu tahu apa itu asabiyah.

ada pada zaman nabi lagi.

semangat untuk menjaga kaum sendiri.

tak mengira kenal atau tidak.

pernah aku lihat sendiri dulu semasa aku sedang belajar di kl.

di sebuah pasaraya, sekumpulan budak budak hip hop ke apa sedang merewang rewang di sana.

buat bising macam monyet jumpa pisang tak dapat ambil.

tiba tiba salah seorangnya terlanggar bahu seorang mamat yang sedang berjalan di situ.

terus di tolaknya dada mamat itu sambil menjerit:

'lu apahal mamat langgar langgar gua? mata lu letak mana?'

sangat samseng walhal si mamat itu bukan sengaja.

mamat tu minta maaf tapi masih lagi si budak hip hop itu bising macam nak bergaduh.

akhirnya mamat tu bersuara :

'hey nate, mung ingat mung dok kl ni aku takot ko? mu nok maghi la so samo so' *hei celaka, kau ingat kau dok kl aku takut? kalau nak marile satu sama satu*

oh?

orang kelantan rupanya.

dengan tiba tiba saja entah dari mana ramailah lelaki lelaki lain datang mengerumuni di sana.

sambil pula bertanya pada mamat itu :

'guano gu? guano gu?' *apsal geng?apsal geng?*

'demo ni kuca demo ko?' *diaorang ni kacau kau ke*

'buke gapo, kawe tok puah ati nge pok pok ni, metto nok mapuh,'*takde apa, aku tak puas hati dengan mereka ni , samseng gile * jawab si mamat tu.

geng hip hop tadi aku lihat macam nak terkucil pula.

ramailah orang kelantan yang mengelilingi mereka.


alih alih si hip hop yang tadinya samseng bukan main lagi minta maaf dengan mamat yang terlanggar dengannya tadi.

aku yang melihat senario itu tersenyum pula di tepi.

senang aku melihat orang sendiri di jaga sebegitu rupa walhal tak pun kenal mereka itu antara satu sama lain.

memadai dengan bahasa yang di guna, sudah ramai yang sudi menolong.

iya iya.

kami orang kelantan memang tersohor dengan lebai dan alimnya.

tak pula tak ada yang jahat.

ramai juga orang kelantan jahat, jahil dan pelbagai lagi yang tak baik.

tak aku nafikan.

inikan persepsi yang di bentuk oleh media massa.

berbelas berpuluh tahun persepsi negatif terhadap orang kelantan di war war dan di gembar gemburkan, taklah boleh aku leraikan prejudis negatif ini dalam satu entri blog pula.

cuma kalau boleh.

kenalilah kami dulu.

tak kenal tak cinta kan?

yang jahat di dalam kami jangan di hina apa salahnya kalau di tegur.

yang baik di dalam kami tak perlu dipuji tapi andai di ambil jadi contoh alangkah baiknya.

segalanya yang kurang dan lemah dari aku, yang lebih itu dari Allah.

amin amin amin.


*= translasi.

cerita tentang situasi

oh..

kelmarin dua majlis ku hadiri.

kisahnya?

satu satu ya.

majlis pertama ku hadiri adalah majlis kematian ( yeh? boleh di panggil majlis ke? )

entah.

apa apa pun aku ikut mama semalam ke rumah temannya.

anak temannya telah meninggal. baru meninggal. mayat pun tak di mandikan lagi.

aku kenal arwah anaknya.

namanya rosli tapi orang panggil seli.

hitam manis tinggi lampai muka sedih.

sayang sekali orangnya lawa tapi jadi penagih.

anak sulung pula tu.

tapi walau dia penagih, suruh saja apa apa kerja tentunya dia buat sepenuh hati.

suruh menebas beri saja rm 10 licinlah semak larilah monyet biawak.

apa apa kerja semua dia sanggup buat asal saja ada upah.

tapi selalunya tak pula dia bekerja.

dan ibunya kerap ke rumah mamaku mengadu itu ini tentang anak lelakinya.

habis emas dicuri, habis periuk di jual, habis selimut di gadai, bermacam hal bermacam perkara yang dibuatnya.

dua kali masuk pusat serenti tiap tiap kali baru keluar dia jadi gemuk.

alim sekejap sembahayang tak tinggal siap jadi tukang azan lagi.

tapi cuma sekejap saja nanti jadilah balik perangai lama.

kereta remote control anak jiran pun di kebas di jual .

aku ini tahu kerana kerap aku dengar mama ku yang cerita pada ku.

dan akhirnya arwah mati kerana sakit.

sakit apa?

oh..

Angkara Iblis Dan Syaitan.

sayang seribu kali sayang orangnya muda lagi belum pun masuk 30 dan masih bujang.

lama juga aku di rumah arwah tak pula aku tengok ada usaha di buat untuk memandikan mayat.

hairan pula aku.

ku bisik ku tanya mama.

kata mama, kena tunggu orang dari hospital mandikan mayat sebab arwah mati sakit sebegitu.

tukang mandi mayat kampung tak pula berani nak mandikan.

maka tunggulah orang hospital.

bila orang hospital sampai barulah mayat di mandikan.

oh...

bau apa ni?

bau klorin penuh satu rumah sampai aku ingin nak muntah pening.

sangat busuk.

sesudah mandi mayat di kafankan.

ku intai celah tabir .

yeh?

plastik?

plastik apa?

dan apa pula ubat kuning tu?

oh.

mayatnya bukan setakat di kafan malah di bungkus plastik dan di lumur ubatan kuning yang aku sendiri tak tahu apa.

alangkah siksa mati sebegitu.

alangkah baik andai penagih penagih yang ada di beri kursus pengurusan mayat mati kena AIDS.

kalau tak seram tak kesal lagi setelah melihat semua tu, tak tahulah lagi apa nak di kata.

aku lihat mama asyik mengelengkan kepala.

dan kasihan pula lihat ibunya.

tak lama kemudian kami minta diri pulang.

ah...

bau klorin seakan melekat di tubuhku.

sepulangku ke rumah terus mandi.

nanti kena badi mayat susahlah aku.

............................................................

majlis kedua hari itu majlis kahwin pula.

malasnya aku pergi tapi mama bising suruh aku temankan.

kenapa aku?

mama cakap :

'papa ada kerja. lagipun takkan mama nak pergi dengan abang chik? kak long ikut je lah'

jadi aku pun pergi.

wah wah wah.

besarlah majlisnya.

yeh?

bukan setakat gulai yang ada.

mee kari dan laksa laksam pun ada.

ada dj lagi.

lagu kahwin di pasang sampai aku ini nak makan pun tak senang.

senak dan bingit anak telingaku.

bisingnya.

aku tak suka bising masa makan.

sebab tu aku tak suka majlis tempat ramai ramai makan.

eeeeee.

kemudian aku lihat seorang gadis cantik menghampiri si dj berbisik bisik.

oh?

dia nak menyanyi rupanya.

lagu apa dj tanya?

lagu dangdut bulan cinta.

alaaaahai.

siapa pula yang gila nak nyanyi lagu dangdut di majlis kahwin?

tapi si gadis tu tak kisah.

dia menyanyi.

wah wah wah.

wajahnya cantik bukan main tapi suara macam katak tersepit.

pitching haram hawau berterabur sampai aku hampir hilang selera.

terpekik pekik tergolek tergelek dia.

alangkah meluatnya aku.

yang tetamu lelaki pula ternganga melihat , rasanya lalat masuk mulut pun tak sedar.

aku cepat cepat makan dan ku cuit mama tanda minta mahu pulang.

tak tahan aku.

nanti aku kahwin, aku tak mahu berdj-dj.

tak perlu menyanyi nyanyi.

silat silat pun tak mahu.

kompang tak mahu.

aku mahu majlis yang tenang saja.

majlis itu ku tinggalkan tatkala si gadis itu masih terpekik terlolong 'menyumbangkan' lagu.

uh...

langit mendung petanda ribut bakal menjelang.

sangat ironis,

aku tergelak sendirian dalam hati.

agaknya nak ribut sebab nyanyian dan suara macam katak panggil hujan kut.

tak sampai separuh perjalanan aku pulang ke rumah hujan turun menggila lebatnya.

aku ketawa kecil dalam kereta sampai mama ku hairan.

'kenapa' tanyanya.

'katak comel tadi panggil hujan lah mama. tapi bukan hujan datang, ribut yang tiba' jawabku.

mama faham agaknya. dia senyum saja.

ah....

aku tenang bawa kereta dalam hujan.

sangat mendamaikan......

kisah leman

ah....

ingin aku bercerita.

tentang seorang budak dekat rumah ku.

namanya sulaiman. tapi lebih mesra di panggil leman.

dia anak yatim.

tinggal di rumah yang tak seberapa tak jauh dari rumahku bersama ibunya yang sudah tua.

ada tiga beradik dan dia yang bongsu.

seorang abangnya dah kahwin dan tinggal di pasir puteh.

kakaknya pula juga telah berkahwin dan tinggal pula di pulau pinang.

dan tinggallah dia dua beranak bersama ibunya.

umurnya aku rasa awal 17-18 kut.

tak bersekolah kerana dia orang susah.

selalu saja aku lihat ada di depan rumahnya. ibunya tua, taklah bekerja.

jadi untuk menampung kehidupan dia ambil upah gunting rambut di depan rumahnya.

aku tanya , kenapa tak buka kedai?

dia cakap 'saya nak buka kedai macam macam kak ris? duit tak ada, abang dengan kakak saya pun susah, kirim duit pun untuk ibu saya je.lagipun kalau saya buka kedai, takkan nak buka depan rumah ni. kalau saya buka kedai di bandar, siapa nak jaga ibu saya? '

terdiam aku.

'berapa ringgit leman ambil gunting rambut orang ni?' tanyaku lagi.

'orang tua, dua ringgit, budak seringgit je kak ris' tersenyum senyum dia jawab.

alahaaaaaaai.

murahnya.

kalau di bandar, satu kepala dewasa boleh saja sampai rm 7- rm 10.

mungkin sebab dia buat depan tangga dia je, taklah kena bayar sewa apa, dia boleh cas murah murah.

petang petang bila dia tak menggunting rambut, selalu sangat aku lihat dia ke tali air di hujung kampung.

tentunya lalu depan rumahku.

pantang tengok aku, terus dia senyum. manis juga budak ni.ahahaha.

dan selalu juga, bila dia dapat hasil, dia perlahankan basikal buruknya depan rumahku, terintai intai aku atau sepupuku ada ke tidak.

kalau aku ada, cepat cepat dia tanya ' kak ris, saya dapat ikan , nak ke?'

dan sentiasa aku tanya 'ikan apa?'

tersengih dia.

macam macam jenis ikan dia dapat. ada keli, haruan, baung, lampan,sebarau.

besar besar pula.

aku tak makan ikan darat atau ikan sungai. tapi aku beli juga.

'leman, tolong hantar ke rumah mak kak ris ya.' suruhku.

'baik kak. terima kasih kak.' kalaulah aku ada adik macam budak ni.


memang selalu aku bayar lebih padanya.

seekor haruan kalau dia dapat besar lengan, aku bayar rm 20.

puaslah suruh dia ambil duit. dan puaslah pula dia tolak.

akhirnya aku cakap' kalau leman tak mahu ambil, saya tak mahu beli dah lain kali.'

tapi jawabnya ' kalau kak ris tak beli dengan saya, kak ris nak beli dengan siapa lagi?'

bertuah punya budak, tahu je dia.

'dah dah, jangan degil, ambil duit ni, beli lauk makan malam ni.leman tak mahu ke mak makan sedap sedap?'

mendengar aku cakap begitu, barulah dia malu malu ambil duit.

ahahaha. lucu juga.

biasanya kalau dia dapat udang, sepupuku yang beli.

udang yang dia pancing, besar besarlah. hairan aku. apa ayat dia pakai. jarang sangat dia pulang dengan tangan kosong.

'berapa seekor ?' tanyaku.walaupun aku tak makan udang, tapi akulah yang selalu membayarnya.

'suka hati kak ris lah.saya tak kisah berapapun'..

alahai. ni yang lemah ni. manalah aku tahu harga pasaran udang?

besar pula tu udang.

hari tu dia bawa pulang 3 ekor.

wah wah wah.

hampir sebesar lengan budak setiap seekor.

'ha, hari ni berapa ringgit?' aku tanya.

'macam biasalah kak ris, tak kisah' dia cakap sentiasa tersenyum.

'nah, ambil ni' aku hulur rm 50.

'wah, banyak ni kak ris, tak mahulah saya. beri rm 5 pun dah cukuplah'

'eh? takkanlah 3 ekor udang besar ni saya nak bayar rm 5?' hairan aku.

'tak apa kak ris, saya dapat udang ni pun mancing je, bukan pakai modal pun'.

'tak apa, saya beri rm 50 ni, leman ambil saja.zakat saya' kataku sambil senyum.

terkebil kebil dia.

kemudian dia senyum, 'terima kasih kak ris, saya balik dulu ya'

laju gila dia kayuh basikal pulang ke rumahnya.

agaknya nak beritahu ibunya dia dapat duit pergi memancing.

ah....

tersedu hatiku.

lurusnya budak ni.

tak macam budak budak lain yang sebayanya. asyik fikir nak lepak nak enjoy.

aku senang tengok budak ni. orangnya lurus cakapnya sopan.

kalau budak budak lain, asyik nak mengurat saja. boringnya.

mak aku pun cakap, budak leman tu memang orang tua kat kampung suka. sopan dan suka tolong orang.

bertuah ibunya dapat anak yang boleh makan jasa.

malam malam dia selalu mundar mandir depan rumahnya.

dan bila aku tanya kenapa dia jawab :

' tak apa apa kak ris, saya bosan je'

'kalau bosan pergilah main badminton kat court depan balairaya tu. kan ramai budak budak main malam?'

'alaaa kak ris. kak ris nak jaga mak saya ke? kalau kak ris nak jaga, sekarang juga saya pergi main badminton' dia jawab sambil tersengih ke telinga.

oh..aku lupa.

dia tinggal bersama ibunya.

yang tua.

uh.

kalaulah anak muda lain, manalah peduli ibu tua di rumah. nak merewang. dia pergi rewang. nak berjalan, dia berjalan.

tapi si leman ni tak pernah tinggalkan ibunya keseorangan.

pilu aku.

teringat lagu jasa bonda.

ah..tak sangka.

zaman ni ada lagi anak yang tahu menghargai jasa ibu.membalas jasa, kalau dulu dia kecil ibunya yang menjaganya, sekarang dia membalas budi.

kalau hari cuti, aku rehat rehat depan rumahku, aku panggil dia. bila nampak dia duduk duduk tak menggunting rambut.

ku suruh dia macam macam. beli goreng pisang, beli kicap beli itu ini.

duit not besar ku beri dan aku cakap, 'leman, keep the change..faham tak?'

'faham kak..kip de cen kip de cen kip de cen' ulangnya.

dan drama payah nak ambil duit pula akan terjadi pula tiap tiap dia pulang dari membeli.

' saya kata keep the change, ambil je lah'

'banyak ni kak ris, tak mahulah saya, saya pergi kedai bukan jauh, kejap je, takkan upah banyak ni?'

biasanya sepupuku akan backing aku.

'ambil duit tu leman, kalau tak aku cubit pusat engkau..haaa' ugut sepupunya sambil gelak. ( ya..ayat cubit pusat tu ayat modal dari sepupuku.ahahaha ).

bila dah sepupuku kata macam tu, barulah dia ambil duit, tersenyum senyum sambil mengucapkan terima kasih. dia balik.


ibunya pernah juga melarang aku.

'buat apa kau beri duit banyak banyak pada leman tu arisa? tak payahlah beri banyak macam tu.'

dan aku jawab ' tak apa makcik, bukan selalu. lagipun biarlah dia rasa dan dia beli apa yang dia nak. kalau harapkan upah gunting rambut ni, berapa senlah dia dapat'

pernah pula ibunya menangis depan aku.

'kalaulah arwah ayahnya ada lagi, taklah kami hidup susah sebegini. si leman tu pun dapatlah masuk sekolah'

sebak aku.

........................


ah....

panjang ceritaku.

fiksyen ke?

ini kisah benar.

terpulanglah pada yang membacanya untuk percaya atau tidak.

sekadar secebis kisah hidup yang aku kongsi bersama.

bomoh oh bomoh

oh..

ini pula ceritaku hari ini.

tentang bomoh bomoh.

mak saudaraku yang seorang ni.

sangat sangat percayakan bomoh.

sebut saja apa sakitnya, rela tak pergi hospital atau klinik.

rela tunggu rumah tok bomoh.

nak tahu pula apa hantu yang kacau dia.

10 orang tok bomoh jumpa.

10 ekorlah hantu yang buat kacau.

wah wah.

ramainya hantu yang minat pada mak saudaraku yang seorang ni.

sakit perut hantu raya.

pening kepala hantu pelesit.

hilang sepuluh ringgit hantu toyol.

badan lemah hantu penunggu.

itu hantu ini hantu.

sana hantu sini hantu.

uh.

kalau betul ada hantu.

dan kalau pula hantu itu boleh menjelma di depan.

tentu saja hantu cakap :

'apa ingat aku takde keje ke selain nak kacau engkau?'

hairan hairan aku.

sekali jumpa bomoh, rm 10 tentu melayang.

di tiup ditiup di hembus hembus senang senang rm10.

ah..aku pun nak jadi bomohlah.

senangnya buat duit.

beri saja air paip.

tiup sikit sikit jadi pula air tawar.

pasir depan rumah ambil bubuh dalam plastic bag, suruh saja tabur depan rumah.

apa lah.

yang pergi berubat pula.

percaya bulat bulat.

macam tak ada iman langsung.

pernah aku cakap pada mak saudaraku itu.

percaya itu ini, percayakan bomoh terlampau, nanti syirik pula jadinya.

nasib aku kurang baik.

aku pula kena marah.

uh.

dia kata " ' kau budak budak , mana tahu benda camni. dah dok diam diam. tengok saja kat tepi'

hek eleh.

masa suruh aku hantar.

bukan main ayat berbunga.

aku pula macam bodoh.

jadi driver ke hulu ke hilir.

hairan aku.

kenapa pula rumah bomoh bomoh ni.

tak ada pula yang dekat dekat?

semua duduk jauh jauh.

tidakkah tahu ke minyak kereta walau sudah murah pun tetap kena di isi?

jalan sampai berpuluh km, mak saudaraku isi minyak sepuluh ringgit.

kereta ku 2500cc.

macam gajah minum secawan.

nak minta lebih nanti di kata berkira.

apa dia fikir aku menantu zetty akhbar?

cetak sendiri duit bila nak pakai?

alahai.

letih driving lagi bukan tak ada.

bomoh pula malam saja baru nak buat.

siang siang buat apa?

nak tolak permintaan , ini mak sauadara.

bila di tanya kenapa selalu aku yang kena?

'alaaaa.kau yang paling dekat.kau ada kereta.kau itu ini bla bla bla bla'

huh.

pening aku.

sepupuku ada tak pula disuruhnya.

walhal sepupuku tinggal bersamaku.

agaknya salahku sendiri.

tak pula pandai berdolak dalih.

lain pula dengan sepupuku.

dolak dalih kalah ibrahim pendek masa goncang dadu.

last last tentunya aku yang kena hantar.

aku letih ke, aku penat ke, aku mengantuk ke, manalah dia kira.

asyik nak berbomoh saja.

geram aku

pantang ada yang tak kena.

bomohlah saja yang dia cari.

kalau kena cirit birit pun, tentu bomoh dia cari.

sakit perut makan gulai basi pun, tak apa sebab bomoh ada.

sekali tiup boleh sembuh.

terkentut kentut sampai ke pagi.

kalau minat sangat berbomoh.

kenapa dulu tak kahwin dengan bomoh.

pelik aku zaman ini, ada lagi percaya bomoh.

kalau si gila bola makan bola tidur bola minum bola,

mak saudaraku ini makan bomoh minum bomoh tidur je tak boleh dengan bomoh.

kalau tidur dengan bomoh nanti kena parang kontot dek pak saudaraku.

sebut tentang pak saudaraku pula.

aku geram amat amat.

keretanya ada tapi selamba dia jawab.

'aku malas nak hantar makcik engkau.sikit sikit nak berbomoh,'

eeeeeee.

akulah selalu yang jadi mangsa.

ai ai ai apalah nasib.

nanti entry sekali lagi, boleh saja aku cerita,

perihal gelagat si tukang bomoh , terguling guling mata terbalik.

penat aku menaip ini, siapa pula yang ambil tahu?

apa yang difikirkan

sila tanya...

dimana ya letaknya kecantikan seseorang itu?

di rupanya kah?

di perangainya kah?

di pertuturannya kah?

( wah macam ahlil nujum kerajaan masai pula aku, ahaha )

ada yang memilih rupa.

tapi seperti yang orang kata, rupa tidaklah kekal.

sampai masa yang tegang jadi kecut.

yang gagah jadi lembik.

yang kuat jadi lemah.

yang bergetah jadi luyut.

................................................

ada yang memilih perangai.


tapi bila rupa kurang.

mulalah sayang tidak lama kekalnya.

bukan bosan bukan puas.

tapi bukankah fitrah manusia juga inginkan yang cantik?

bila di bawa berjalan tak pula boleh mengepak dada kena pasangan tak lawa atau tak henshem,

lama lama tentu jemu.

apa lagi bila melihat,

teman teman lain berpasangan yang lawa lawa atau henshem henshem.

mulalah nampak salah dan silap pasangan kita.

segala yang kurang semua terlihat.

asal ada saja salah silap walau sedikit, besarlah perang lambatlah sejuk lamalah bara.

berketap hati ingin putus.

cari pengganti lain yang lebih rupa.

sedikit sebanyak, rasa megah berpasangan dengan orang yang punya rupa ingin di rasa.

perangai tak lawa tak apa asal rupa macam model.

berfikir pendek memang cara kita.

pakai sekejap pun tak apa.

macam kereta pula boleh jual boleh refinance.

................................................

jim carrey kata, ' only ugly people say beauty is from within'.

ada juga betul katanya.

sudikah kamu berpasangan dengan yang jongang berkulit hitam berpunggung tonggek berperut buncit berkepala botak?

hatta perangainya baik tak pula penting.

rupa dulu jadi pilihan.

bukankah kalau ingin berkahwin, suara sanak saudara di ambil kira?

apa kata mereka tentang bakal pasangan hidup kita?

pass ke fail?


.......

kalau rupa sudah pass.

kena pula tengok perangai.

kalau lebai alim kucing.

senyum manis kentut masam.

depan baik belakang setan.

sudikah kita menjadi isteri?

layakkah dia menjadi suami?

kalau pakai tudung macam mak menteri.

apa boleh buat isteri?

pakai tudung dada buka.

baju ketat body macam buah nangka.

sakit jantung mak mentua.

di tanya orang, menantu ke ungka?

jawabnya mentua,

apa boleh aku pun tak sangka.

.........................

rupa sudah perangai sudah.

bagaimana dengan harta?

bukan kata gila besi gila pusaka.

tapi ingin saja hidup sejahtera.

tak ada duit hidup susah.

kurang duit mandi pun tak basah.

sebab air tak mampu nak bayar.

kalau yang perempuan tanyakan kerja.

tanyakan harta.

tuding jadi kata materialistik.

betul apa wahai pakcik.

ingat kami ini plastik?

masuk jamban pun 30 sen.

minang kami buat muka 10 sen?

harta boleh di cari lepas nikah.

itu kata yang sudah sudah.

akhirnya jadi tak lepas lelah.

hutang nikah dulu pun tak habis lagi faedah.

kami perempuan bukan gila harta.

cukup sekadar di janji hidup senang.

baru hidup hati tenang.

anak ramai pun masih boleh panggil 'ayang ayang'.

kalau kahwin hidup susah,

tentu hari hari perang sabil.

anak anak terkebil kebil.

gaduh sampai bengkak bengkil.

sebab rumah gelap tak bayar bil.

...................................

rupa sudah perangai sudah harta sudah.

ilmu agama pula di cari.

kalau kami jadi isteri.

suami pula kena bistari.

kalau suami macam setan.

macam mana isteri tak naik hantu?

anak keluar satu satu.

sekor sekor jadi doktor tak ada guru.

yang perempuan bunting melulu.

yang jantan macam benda dalam zoo.

salah siapa nak tuding jari pada siapa?

kalau bapa selalu alpa.

ilmu agama cap ali baba.

ajar anak setakat alif ba ta.

...................

rupa sudah perangai sudah harta sudah ilmu sudah.

tentunya nak tengok baka pasangan.

kalau baka sakit sakitan.

kalau baka orang kebesaran ( bukan pangkat tapi jisim )

tak guna slim lepas kahwin macam kapal stim.

yang laki perut boroi macam mat deris.

kepala botak tengah macam zaibo.

bawak pergi majlis member kata 'aiyoyo'

laki kau ke aku ingat toyol.

kalau dapat baka sakit sakitan.

tidur bangun makan minum dalam hospital.

sampai amah tukang sapu ward pun kenal.

duit habis, umur pendek,hutang tak sempat bayar dah gol.

salah siapa pula kita biul?

masa bercinta kata it's okay i don't care.

you sick i will take care.

body besar naik bas kena tempah dua tiket.

sebab bila duduk kena pakai dua seat.

turun bas jatuh longkang kena panggil kren.

nak angkat? nanti otot jadi krem.

belum lagi perangai anak beranak.

dapat pasangan keluarganya ada drug addict.

sampai bila kita nak spastik?

hari hari duit dia ketik.

nampak dia rasa macam nak lastik.

nak tegur tak boleh sebab anak beranak pasangan.

yang boleh tegur sampai kita berperang.

kalau tak percaya tengoklah drama.

cerita bodoh pun tapi benar.

duduk dengan mentua makan hati.

.....................

oh oh oh .

payah amat pilih pasangan.

bukan kata tengok dimata berkenan di hati teruslah jadi.

hidup bukan angan angan.

silap pilih merana diri.

bila fikir fikir balik.

patutlah aku tak rasa pelik.

sampai sekarang aku tak bermilik.

...................

jodoh pertemuan di tangan tuhan.

ku pohon bertemu dengan yang baik.

sempurna itu tak ku harapkan.

kerana aku sendiri banyak yang kurang.

ku jaga diri ku jaga perangai.

baru dapat suami tak serabai.

............


o hoh oh .


merepek lagi aku ini

kisah permulaan

ini excerpt dari blogku ya. sekadar cebisan cerita untuk aku kongsi bersama teman teman di sini.

........................................

em....

semalam mamaku meminta aku menemaninya ke kenduri dan tahlil di rumah temannya.

walau malas walau letih, aku turuti saja.

aku tiba di rumah temannya dalam 8.30 malam.

terkesima seketika aku.

oh..

rumahnya sangat kecil dan usang pula.

jalan ke rumahnya terpaksa melalui celahan tepi rumah orang lain.

eh? tak ada ke jalan menuju ke rumahnya?

hairan juga aku.

tangga kayunya nipis dan berdenyut denyut saja ketika aku melangkah.

sangat risau aku kalau kalau patah nanti tersembam aku kuranglah wang hantaran seribu.

kami ke dapur, di sambut oleh tuan rumah dengan sangat mesra.

di jemputnya kami duduk dan aku , ketika menunggu hidangan di sediakan,

terkebil kebil melihat keadaan rumahnya.

atap zink di paku ke alang, apa pula yang akan menghalangnya di terbangkan ribut?

dan kayu yang menjadi alang rumah, sudah habis di mamah usia, bubuk dan anai anai.

dinding berlubang sini dan sana.

tak pula tertutup habis dindingnya. sebelah atas terbuka luas, mengundang nyamuk dan kumbang malam.

di depan rumahnya tadipun ku lihat berselut selut.

aduhai, habislah kasut comelku.

tak pula aku tahu begini adanya rumah teman mamaku.

kalau saja aku tahu, tak mahu aku pakai kasut comelku, baik saja pakai kasut but papaku.

ku intai ke ruang tamunya.

pak pak lebai sudah mula memenuhi ruang tamu untuk majlis tahlil.

ah..

sangat sempit ruang tamunya, di banding dengan ruang tamu rumahku sendiri, seakan 1/3 sahaja.

bersesak sesaklah pak pak lebai bertahlil.

melimpah limpah sampai ke tangga depan.

tangga depan pula, tiada pula pagar musang untuk bersandar.

juga di buat dari kayu yang sudah usang.

ramai pula yang duduk di tangga, aku seakan akan menunggu bunyi tangga roboh pula.

sedang aku termangu mangu melihat lihat ,mamaku mengajakku makan.

ah..

sangat sempitlah.

sudahlah makan berhidang, aku duduk bersimpuh di lantai dengan siksa.

wah wah wah.

mana lagi aku nak makan, mana lagi nasi dan lauk pauk ingin di unjukkan kepada pak pak lebai yang selesai bertahlil di luar.

sangatlah kurang selesa aku makan.

jadi..sedikit saja ku jamah.

matilah selera bila dah bising dah belakangku asyik pula di rempuh rempuh dek makcik makcik yang ada kat dapur tu.

......................

dalam perjalanan pulang, ku tanya mamaku..tentang tuan rumah itu, temannya.

kata mamaku, suami temannya hanya tukang rumah.

berumur dah lebih 60 tahun.

tinggal berdua saja kerana 4 orang anak mereka sudah berkerja.

dan aku pula kenal juga suami teman mamaku.

pak hashim.

selalu saja ku temu, bila aku pulang dari kerja.

selalu ku senyum ada juga ku lambai tangan.

tak pernah pula dia membalas lambaianku.

apa lagi senyum balik.

terkadang aku malu sendiri.

sampai aku sudah malas nak tersenyum atau apa apa bila tersempak dengannya.

kata bapa saudaraku, bila ku adu kisahku, pak hashim tu rabun, tak nampak orang bila naik motor.

oh iya?

kalau iya, nampak pula dia keretaku, kalau tidak, tentu saja tertonggeng di atas bonet keretaku tiap kali berselisih jalan.

dan malam itu, barulah aku, tahu kisah sebenarnya.

kata mamaku, pak hashim itu sebenarnya rasa sangat rendah diri dengan kemiskinannya.

masuk ke kedai kopi hanya bila tiada orang.

sebab dia tak mahu di belanja minum oleh teman temannya. walau tentu dia tak diminta membelanja, kerana orang tahu dia orang susah.

tak bertegur dengan orang kampung, kerana segan dirinya sangat miskin.

sepulangnya dia dari kerja, tak pernah lepak lepak di kedai kopi macam orang tua lain.

di tegur sepatah, di jawabnya setengah patah.

naik motor selalu pandang bawah tak pandang depan.

berjalan pun selalu tunduk, malu bertentang mata dengan yang lain.

oh sangat kasihan.

tengok saja rumahnya, sangat usang dan tiada pula jalan masuk ke depan tangga.

andai anaknya yang berkereta pulang, parkinglah depan rumah jiran.

anak anaknya pula, kerja sekadar cukup cukup makan.

tiada mampu untuk menghulur pada ibu dan bapa yang daif, apa lagi mereka tinggal di metropolitan yang segala sesuatu itu tentunya mahal dan mencekik darah.

diam saja aku mendengar mamaku bercerita.

kata mamaku lagi, masa pilihanraya, adun ini datang adun itu ziarah, janji itu ini berdegar degar.

rumah mesra rakyat, rumah pprt, bantuan itu ini di janji, bila habis pilihanraya, bayang pun tak melintas.

tinggallah dia suami isteri di gubuk usangnya.

yang tak menjanjikan lindungan andai ribut.

yang memberi sedikit teduhan bila hujan.

yang menahani dingin angin malam seakan sehelai selimut nipis

tak aku sangka, masih ada lagi yang sedaif ini.

ada cerita di sebalik cerita.

dan kini tahulah pula aku kisah pak hashim.

kenallah aku kini rumahnya.

kalau masuk bersamamu tv3, tentunya lebih dari layak.

kesal pula aku, cepat saja aku menilainya sebagai sombong, sedang aku tak pula tahu kisah hidupnya.

ah..

aku ini di kira beruntung.

hidup senang walau tak mewah.

sayang sekali, senang aku tak pula mampu untuk menolong semua..

agar merasa sedikit kesenangan, seperti yang aku rasai.

ah...

biarlah.

sekurang kurangnya, dia sudah biasa dengan hidupnya.

tapi...

itu cuma kataku.