Sunday, December 13, 2009

satu ketika dalam masa

ah....

petang semalam aku ke pasar

wah wah wah

banyaknya kereta ramailah orang

kemana semua petang petang ini

baliklah rumah barulah senang aku cari parking

berpusing pusing aku mencari parking

nanti kalau salah parking tayar di kunci padanlah mukaku

hampir setengah jam baru dapat parking

jenuhlah menunggu

masuk ke pasar mencari cari

nak masak apa malam ini

lynn kata nak makan tomyam lah

suruh memasak dia malas

tahu nak makan saja

kalau nanti dia dah kahwin

barulah tahu kalau tak pandai masak apa jadinya

sudah sudah cari bahan

aku keluarlah dari pasar

terlihat seorang makcik tua

tua sangatlah agaknya 70-80 tahun

jual pisau

oh?

jual pisau?

bermacam ada

tapi aku tak lihat pisau tu ya

aku lihat makcik itu

dengan tuanya

dengan perlahannya

aku memang selalu mudah simpati pada orang tua

teringat pakcik peminta sedekah yang selalu meminta sedekah dekat ofisku

dah lama ya tak nampak dia

kemana pula?

apa telah meninggal?

aku pula tertanya tanya

tak sedar pula aku berdiri di depannya

'nak beli pisau ke mek?'

yeh?

apalah aku

aku tak mahu beli pisau

kenapa aku berhenti di depannya pula?

terkebil kebil aku sekejap

'saya tengok tengok dulu makcik'

'tengoklah mek, ada pisau potong daging ada pisau kecil ada pisau besar semua ada'

tahu saja aku tak semua pisau ada di jualnya.

pisau steak ada kah?

haha.

aku buat buat sibuk pilih pisau.

dalam hati aku berkata :

'itulah..pandai sangat nak kasihankan orang.sekarang kena beli pisau pula'

akhirnya aku beli pisau saiz sederhana saja

'berapa ringgit pisau ni makcik?'

'lima ringgit saja mek.satu pisau je ke? banyak makcik jual ni'

'satu sajalah makcik, kat rumah dah ada'

ku hulur not 50

'mek, tak ada duit kecil ke, makcik tak ada duit nak pulang baki ni'

'tak adalah makcik, duit kecil dan buat beli barang lain tadi, makcik tukarlah dengan orang lain ya'

terkocoh kocoh dia berpaling ke belakang.

agaknya ingin tukar duit dengan peniaga beras di belakangnya.

cepat cepat dan diam diam aku berlalu pergi.

tak mahulah ambil baki.

kalau aku kata tak perlu pulang wang baki padanya nanti

tentu saja dia tak mahu

nanti aku pula malu

45 ringgit bukan banyak

bolehlah dia pulang awal sedikit

pisau tak banyak di jual pun tak mengapa wang dah ada

kasihannya aku melihat

tua tua sebegitu masih duduk seharian di pasar menjual pisau

kalaulah jual benda lain

tak apalah juga

siapa yang mahu beli pisau hari hari ya?

agaknya kalau dapat jual pisau 3 bilah sehari pun cukup payah

kalau itu ibu ku

tentu aku tak izinkan dia ke pasar menjual pisau lagi

duduk saja di rumah rehat rehat

apalah nasibnya

apa tidak ada anakkah dia?

dan kalau ada, kenapa tak boleh pula menjaga seorang ibu tua?

susahkah payahkah?

rela melihat ibu tercangak sepanjang hari di pasar menjual pisau?

aku tak menilai anaknya

mungkin ada masalah mereka sendiri

cuma aku simpati saja

syukurlah aku

tak di belenggu kemiskinan ketara

tak pula aku mewah

senang senang saja

papa selalu cakap :

'duit boleh di cari, bila dapat jangan berkira, Allah tak berkira dengan kita, jangan kita berkira dengan orang'

iya iya betul betul

aku bukan pemurah

tapi aku percaya pula

rezeki aku dapat dan perolehi

kalau aku panjangkan pada dan untuk orang lain

akan lebih lagi datang padaku

sebab itu aku tidak kedekut

papa marah sangat kalau kedekut

katanya harta dunia

tak kira kita usaha atau datang percuma

semua rezeki Allah beri

pinjaman dan sementara

jangan buat macam firaun

ke dalam kubur pun harta bersama

oh oh oh

aku tak mahu jadi macam firaunlah

boleh saja aku memberi

tapi tidak pada semua

pada yang aku rasa memerlukan saja

No comments:

Post a Comment