Sunday, December 13, 2009

apa yang difikirkan

sila tanya...

dimana ya letaknya kecantikan seseorang itu?

di rupanya kah?

di perangainya kah?

di pertuturannya kah?

( wah macam ahlil nujum kerajaan masai pula aku, ahaha )

ada yang memilih rupa.

tapi seperti yang orang kata, rupa tidaklah kekal.

sampai masa yang tegang jadi kecut.

yang gagah jadi lembik.

yang kuat jadi lemah.

yang bergetah jadi luyut.

................................................

ada yang memilih perangai.


tapi bila rupa kurang.

mulalah sayang tidak lama kekalnya.

bukan bosan bukan puas.

tapi bukankah fitrah manusia juga inginkan yang cantik?

bila di bawa berjalan tak pula boleh mengepak dada kena pasangan tak lawa atau tak henshem,

lama lama tentu jemu.

apa lagi bila melihat,

teman teman lain berpasangan yang lawa lawa atau henshem henshem.

mulalah nampak salah dan silap pasangan kita.

segala yang kurang semua terlihat.

asal ada saja salah silap walau sedikit, besarlah perang lambatlah sejuk lamalah bara.

berketap hati ingin putus.

cari pengganti lain yang lebih rupa.

sedikit sebanyak, rasa megah berpasangan dengan orang yang punya rupa ingin di rasa.

perangai tak lawa tak apa asal rupa macam model.

berfikir pendek memang cara kita.

pakai sekejap pun tak apa.

macam kereta pula boleh jual boleh refinance.

................................................

jim carrey kata, ' only ugly people say beauty is from within'.

ada juga betul katanya.

sudikah kamu berpasangan dengan yang jongang berkulit hitam berpunggung tonggek berperut buncit berkepala botak?

hatta perangainya baik tak pula penting.

rupa dulu jadi pilihan.

bukankah kalau ingin berkahwin, suara sanak saudara di ambil kira?

apa kata mereka tentang bakal pasangan hidup kita?

pass ke fail?


.......

kalau rupa sudah pass.

kena pula tengok perangai.

kalau lebai alim kucing.

senyum manis kentut masam.

depan baik belakang setan.

sudikah kita menjadi isteri?

layakkah dia menjadi suami?

kalau pakai tudung macam mak menteri.

apa boleh buat isteri?

pakai tudung dada buka.

baju ketat body macam buah nangka.

sakit jantung mak mentua.

di tanya orang, menantu ke ungka?

jawabnya mentua,

apa boleh aku pun tak sangka.

.........................

rupa sudah perangai sudah.

bagaimana dengan harta?

bukan kata gila besi gila pusaka.

tapi ingin saja hidup sejahtera.

tak ada duit hidup susah.

kurang duit mandi pun tak basah.

sebab air tak mampu nak bayar.

kalau yang perempuan tanyakan kerja.

tanyakan harta.

tuding jadi kata materialistik.

betul apa wahai pakcik.

ingat kami ini plastik?

masuk jamban pun 30 sen.

minang kami buat muka 10 sen?

harta boleh di cari lepas nikah.

itu kata yang sudah sudah.

akhirnya jadi tak lepas lelah.

hutang nikah dulu pun tak habis lagi faedah.

kami perempuan bukan gila harta.

cukup sekadar di janji hidup senang.

baru hidup hati tenang.

anak ramai pun masih boleh panggil 'ayang ayang'.

kalau kahwin hidup susah,

tentu hari hari perang sabil.

anak anak terkebil kebil.

gaduh sampai bengkak bengkil.

sebab rumah gelap tak bayar bil.

...................................

rupa sudah perangai sudah harta sudah.

ilmu agama pula di cari.

kalau kami jadi isteri.

suami pula kena bistari.

kalau suami macam setan.

macam mana isteri tak naik hantu?

anak keluar satu satu.

sekor sekor jadi doktor tak ada guru.

yang perempuan bunting melulu.

yang jantan macam benda dalam zoo.

salah siapa nak tuding jari pada siapa?

kalau bapa selalu alpa.

ilmu agama cap ali baba.

ajar anak setakat alif ba ta.

...................

rupa sudah perangai sudah harta sudah ilmu sudah.

tentunya nak tengok baka pasangan.

kalau baka sakit sakitan.

kalau baka orang kebesaran ( bukan pangkat tapi jisim )

tak guna slim lepas kahwin macam kapal stim.

yang laki perut boroi macam mat deris.

kepala botak tengah macam zaibo.

bawak pergi majlis member kata 'aiyoyo'

laki kau ke aku ingat toyol.

kalau dapat baka sakit sakitan.

tidur bangun makan minum dalam hospital.

sampai amah tukang sapu ward pun kenal.

duit habis, umur pendek,hutang tak sempat bayar dah gol.

salah siapa pula kita biul?

masa bercinta kata it's okay i don't care.

you sick i will take care.

body besar naik bas kena tempah dua tiket.

sebab bila duduk kena pakai dua seat.

turun bas jatuh longkang kena panggil kren.

nak angkat? nanti otot jadi krem.

belum lagi perangai anak beranak.

dapat pasangan keluarganya ada drug addict.

sampai bila kita nak spastik?

hari hari duit dia ketik.

nampak dia rasa macam nak lastik.

nak tegur tak boleh sebab anak beranak pasangan.

yang boleh tegur sampai kita berperang.

kalau tak percaya tengoklah drama.

cerita bodoh pun tapi benar.

duduk dengan mentua makan hati.

.....................

oh oh oh .

payah amat pilih pasangan.

bukan kata tengok dimata berkenan di hati teruslah jadi.

hidup bukan angan angan.

silap pilih merana diri.

bila fikir fikir balik.

patutlah aku tak rasa pelik.

sampai sekarang aku tak bermilik.

...................

jodoh pertemuan di tangan tuhan.

ku pohon bertemu dengan yang baik.

sempurna itu tak ku harapkan.

kerana aku sendiri banyak yang kurang.

ku jaga diri ku jaga perangai.

baru dapat suami tak serabai.

............


o hoh oh .


merepek lagi aku ini

No comments:

Post a Comment