Sunday, December 13, 2009

betul? salah? entah

oh...


geramnya aku..

penat penat aku taip entry untuk hari ini

hilang saja sebegitu kerana page lambat load

puas aku refresh aku back aku itu aku ini

aduh

geram geram
....................

jadi ku tulis kembali

kisah si farhan di rumah leman

malam itu tatkala hujan

aku di anjung rumah ku

terlihat sebuah kenari memecut laju dan membrek hingga mencicit bunyi tayar di depan rumah leman

keluar pula seseorang dan di tariknya seorang budak yang sedang lepak di rumah leman

di pukul pukul di hentak hentak sepertinya tak ada belas kasihan

aku terkesima tersentak

apa pula ya?

bergaduh?

tapi kulihat yang di pukul tak pula melawan dan budak budak lain di rumah leman diam saja

tak ada yang membantu?

oh oh oh

apa apa apa pula?

petang keesokkannya aku aku telefon leman, tak berjawab

ku sms tak juga berjawab

petang baru aku nampak kelibatnya

ku gamit leman ke pagar rumahku

kutanya hal kenapa telefonnya tak di jawab

dia pula menjawab malu malu

'alaaa kak ris, telefon 3310 bateri pun kondem.semalam lupa cas lah.nak balas sms akak kredit pula tak ada'

aku senyum saja.

kasihan pula.

seakan aku lupa leman ini orang susah

lalu aku tanya tentang hal semalam

leman siap gelak gelak

'itu si farhan kak ris.yang pukul dia pula ayahnya lah.sebab tu kami tak campur'

oh iya?

ku tanya pula kenapa.

'si farhan lompat tingkap keluar rumah datang lepak rumah saya.kan ayah dia tak kasi dia bergaul dengan kami.ayahnya kata kami ni orang jahat.budak dadah , muka pecah rumah, anak dia je yang baik'

'takkanlah sebab itu saja man, teruklah dia kena pukul saya tengok semalam'

'memang pun kak , kena lutut bangkok, kena siku ong bak kena penampar siam, hahaha'

merepek pula leman ni.apalah.

'kenapa ayahnya sampai macam tu sekali?'

'entahlah kak ris, saya tak tahu. alaaa.farhan tu bukan baik sangat.lepa je hilanglah apa apa.suka mencuri tak kira kawan ke tak. anak manja memang macam tu'

'anak manja? kalau anak manja takkan kena pukul macam tu pula' tanya aku lagi, makinlah aku hairan.

'dia dulu mana ada adik kak ris.semua dia nak dia dapat, duit mewah gila.sekarang dah dapat adik baru.dah tak jadi anak kepujianlah lagi.duit pun dah kurang dapat.dia kan biasa mewah.bila dah kena macam tu, dia mencuri le sebab nak duit. kami bukan suka pada dia pun kak. siap dah pulau apa? tapi dia yang terhegeh hegeh datang kat kami, takkan saya nak halau pula'

panjang cerita leman.

'umur 17 baru dapat adik baru, mana tak haru kak, terer juga ayahnya, dah tua pun menjadi lagi'

gelak lagi leman.

'kami sendiri pun bebulu gila dengan ayah dan mak farhan tu , habis di jaja kat orang kampung kami ni jahat. kami mana ada jahat. malam malam kami tolong ronda dengan rukun tetangga lagi jaga kampung.kalau kami jahat, buat apa kami ronda sama?'

macam kecewa saja leman bunyinya.tak pula aku salahkannya.

aku juga tentu marah dan kecewa

andai dituduh buruk buruk dan tak berasas

'padanlah muka farhan tu. duit saya dia pinjam 30 ringgit pun tak bayar lagi tapi boleh pula beli handphone baru.saya bukan berduit kak.30 ringgit tu banyak bagi saya'

ah...

walau benar perangai si farhan sebegitu

tak pula aku rasa patut ayahnya pukul dia di depan orang lain

dah besar budak tu

dah tahu malu lah

rosak mental si farhan nanti

tapi aku ini siapa?

nak betulkan apa?

itu ayahnya

walau cara didikannya tak aku berkenan

tak dapat pula aku buat apa apa

cuma rasa kasihan sahaja dapat aku beri.

panjanglah leman bercerita tentang farhan

aku dengar saja tak pula menilai

'eh, dah lamalah saya kat sini, saya balik dululah kak' leman meminta diri

'oh? dah nak balik ya? tunggu kejap boleh? kejap je ya'

aku masuk ke dalam rumah.

ku belek belek koleksi telefon bimbitku

akhirnya aku pilih nokia N-Gage QD kerana aku ada tiga

'nah, ambil ni. baik lagi ni ya.jangan pula kasi alasan telefon tak ada bateri kalau saya call'

ku hulur telefon itu pada leman.

terkebil kebil dia.

'saya mana ada duit kak. 3310 pun ni pun 3 kali bayar. saya tak mampulah nak pakai n-gage ni'

'siapa kata saya jual pada kamu pula? ambil saja.tak perlu bayar.cuma saya minta, jaga baik baik telefon ni ya'

terkesit kesit leman.

serba salah dia.

'tak mahulah saya kak ris. mahal telefon ni.tak usahlah kak'

'ambil saja.saya beri ambilah.nanti saya buat kedekut baru tahu,nak ke tak nak ni?'

'nak nak nak! '

perlahan dia hulur tangan sambut telefon itu dari tanganku.

dan dengan suara perlahan dia berkata :

'terima kasih kak ris. kak ris banyak tolong saya, malu pula rasanya. selalu dapat itu ini dari kak ris'

aku senyum saja.

'tak apalah man, saya beri apa yang saya ada saja.tak susah pun'

'terima kasih kak ris, terima kasih.saya balik dulu ya'

'ya ya, baik baik naik basikal tu'

leman pecut basikal buruknya bukan main lagi.

aku dengar dia terjerit jerit pada budak budak yang sedang lepak di rumahnya.

di kerumuni pula dia oleh teman temannya.

aku senyum sendiri

tentu leman..

sedang bangga dengan telefon barunya...

No comments:

Post a Comment