Sunday, December 13, 2009

kisah permulaan

ini excerpt dari blogku ya. sekadar cebisan cerita untuk aku kongsi bersama teman teman di sini.

........................................

em....

semalam mamaku meminta aku menemaninya ke kenduri dan tahlil di rumah temannya.

walau malas walau letih, aku turuti saja.

aku tiba di rumah temannya dalam 8.30 malam.

terkesima seketika aku.

oh..

rumahnya sangat kecil dan usang pula.

jalan ke rumahnya terpaksa melalui celahan tepi rumah orang lain.

eh? tak ada ke jalan menuju ke rumahnya?

hairan juga aku.

tangga kayunya nipis dan berdenyut denyut saja ketika aku melangkah.

sangat risau aku kalau kalau patah nanti tersembam aku kuranglah wang hantaran seribu.

kami ke dapur, di sambut oleh tuan rumah dengan sangat mesra.

di jemputnya kami duduk dan aku , ketika menunggu hidangan di sediakan,

terkebil kebil melihat keadaan rumahnya.

atap zink di paku ke alang, apa pula yang akan menghalangnya di terbangkan ribut?

dan kayu yang menjadi alang rumah, sudah habis di mamah usia, bubuk dan anai anai.

dinding berlubang sini dan sana.

tak pula tertutup habis dindingnya. sebelah atas terbuka luas, mengundang nyamuk dan kumbang malam.

di depan rumahnya tadipun ku lihat berselut selut.

aduhai, habislah kasut comelku.

tak pula aku tahu begini adanya rumah teman mamaku.

kalau saja aku tahu, tak mahu aku pakai kasut comelku, baik saja pakai kasut but papaku.

ku intai ke ruang tamunya.

pak pak lebai sudah mula memenuhi ruang tamu untuk majlis tahlil.

ah..

sangat sempit ruang tamunya, di banding dengan ruang tamu rumahku sendiri, seakan 1/3 sahaja.

bersesak sesaklah pak pak lebai bertahlil.

melimpah limpah sampai ke tangga depan.

tangga depan pula, tiada pula pagar musang untuk bersandar.

juga di buat dari kayu yang sudah usang.

ramai pula yang duduk di tangga, aku seakan akan menunggu bunyi tangga roboh pula.

sedang aku termangu mangu melihat lihat ,mamaku mengajakku makan.

ah..

sangat sempitlah.

sudahlah makan berhidang, aku duduk bersimpuh di lantai dengan siksa.

wah wah wah.

mana lagi aku nak makan, mana lagi nasi dan lauk pauk ingin di unjukkan kepada pak pak lebai yang selesai bertahlil di luar.

sangatlah kurang selesa aku makan.

jadi..sedikit saja ku jamah.

matilah selera bila dah bising dah belakangku asyik pula di rempuh rempuh dek makcik makcik yang ada kat dapur tu.

......................

dalam perjalanan pulang, ku tanya mamaku..tentang tuan rumah itu, temannya.

kata mamaku, suami temannya hanya tukang rumah.

berumur dah lebih 60 tahun.

tinggal berdua saja kerana 4 orang anak mereka sudah berkerja.

dan aku pula kenal juga suami teman mamaku.

pak hashim.

selalu saja ku temu, bila aku pulang dari kerja.

selalu ku senyum ada juga ku lambai tangan.

tak pernah pula dia membalas lambaianku.

apa lagi senyum balik.

terkadang aku malu sendiri.

sampai aku sudah malas nak tersenyum atau apa apa bila tersempak dengannya.

kata bapa saudaraku, bila ku adu kisahku, pak hashim tu rabun, tak nampak orang bila naik motor.

oh iya?

kalau iya, nampak pula dia keretaku, kalau tidak, tentu saja tertonggeng di atas bonet keretaku tiap kali berselisih jalan.

dan malam itu, barulah aku, tahu kisah sebenarnya.

kata mamaku, pak hashim itu sebenarnya rasa sangat rendah diri dengan kemiskinannya.

masuk ke kedai kopi hanya bila tiada orang.

sebab dia tak mahu di belanja minum oleh teman temannya. walau tentu dia tak diminta membelanja, kerana orang tahu dia orang susah.

tak bertegur dengan orang kampung, kerana segan dirinya sangat miskin.

sepulangnya dia dari kerja, tak pernah lepak lepak di kedai kopi macam orang tua lain.

di tegur sepatah, di jawabnya setengah patah.

naik motor selalu pandang bawah tak pandang depan.

berjalan pun selalu tunduk, malu bertentang mata dengan yang lain.

oh sangat kasihan.

tengok saja rumahnya, sangat usang dan tiada pula jalan masuk ke depan tangga.

andai anaknya yang berkereta pulang, parkinglah depan rumah jiran.

anak anaknya pula, kerja sekadar cukup cukup makan.

tiada mampu untuk menghulur pada ibu dan bapa yang daif, apa lagi mereka tinggal di metropolitan yang segala sesuatu itu tentunya mahal dan mencekik darah.

diam saja aku mendengar mamaku bercerita.

kata mamaku lagi, masa pilihanraya, adun ini datang adun itu ziarah, janji itu ini berdegar degar.

rumah mesra rakyat, rumah pprt, bantuan itu ini di janji, bila habis pilihanraya, bayang pun tak melintas.

tinggallah dia suami isteri di gubuk usangnya.

yang tak menjanjikan lindungan andai ribut.

yang memberi sedikit teduhan bila hujan.

yang menahani dingin angin malam seakan sehelai selimut nipis

tak aku sangka, masih ada lagi yang sedaif ini.

ada cerita di sebalik cerita.

dan kini tahulah pula aku kisah pak hashim.

kenallah aku kini rumahnya.

kalau masuk bersamamu tv3, tentunya lebih dari layak.

kesal pula aku, cepat saja aku menilainya sebagai sombong, sedang aku tak pula tahu kisah hidupnya.

ah..

aku ini di kira beruntung.

hidup senang walau tak mewah.

sayang sekali, senang aku tak pula mampu untuk menolong semua..

agar merasa sedikit kesenangan, seperti yang aku rasai.

ah...

biarlah.

sekurang kurangnya, dia sudah biasa dengan hidupnya.

tapi...

itu cuma kataku.

No comments:

Post a Comment