Sunday, December 13, 2009

kisah leman

ah....

ingin aku bercerita.

tentang seorang budak dekat rumah ku.

namanya sulaiman. tapi lebih mesra di panggil leman.

dia anak yatim.

tinggal di rumah yang tak seberapa tak jauh dari rumahku bersama ibunya yang sudah tua.

ada tiga beradik dan dia yang bongsu.

seorang abangnya dah kahwin dan tinggal di pasir puteh.

kakaknya pula juga telah berkahwin dan tinggal pula di pulau pinang.

dan tinggallah dia dua beranak bersama ibunya.

umurnya aku rasa awal 17-18 kut.

tak bersekolah kerana dia orang susah.

selalu saja aku lihat ada di depan rumahnya. ibunya tua, taklah bekerja.

jadi untuk menampung kehidupan dia ambil upah gunting rambut di depan rumahnya.

aku tanya , kenapa tak buka kedai?

dia cakap 'saya nak buka kedai macam macam kak ris? duit tak ada, abang dengan kakak saya pun susah, kirim duit pun untuk ibu saya je.lagipun kalau saya buka kedai, takkan nak buka depan rumah ni. kalau saya buka kedai di bandar, siapa nak jaga ibu saya? '

terdiam aku.

'berapa ringgit leman ambil gunting rambut orang ni?' tanyaku lagi.

'orang tua, dua ringgit, budak seringgit je kak ris' tersenyum senyum dia jawab.

alahaaaaaaai.

murahnya.

kalau di bandar, satu kepala dewasa boleh saja sampai rm 7- rm 10.

mungkin sebab dia buat depan tangga dia je, taklah kena bayar sewa apa, dia boleh cas murah murah.

petang petang bila dia tak menggunting rambut, selalu sangat aku lihat dia ke tali air di hujung kampung.

tentunya lalu depan rumahku.

pantang tengok aku, terus dia senyum. manis juga budak ni.ahahaha.

dan selalu juga, bila dia dapat hasil, dia perlahankan basikal buruknya depan rumahku, terintai intai aku atau sepupuku ada ke tidak.

kalau aku ada, cepat cepat dia tanya ' kak ris, saya dapat ikan , nak ke?'

dan sentiasa aku tanya 'ikan apa?'

tersengih dia.

macam macam jenis ikan dia dapat. ada keli, haruan, baung, lampan,sebarau.

besar besar pula.

aku tak makan ikan darat atau ikan sungai. tapi aku beli juga.

'leman, tolong hantar ke rumah mak kak ris ya.' suruhku.

'baik kak. terima kasih kak.' kalaulah aku ada adik macam budak ni.


memang selalu aku bayar lebih padanya.

seekor haruan kalau dia dapat besar lengan, aku bayar rm 20.

puaslah suruh dia ambil duit. dan puaslah pula dia tolak.

akhirnya aku cakap' kalau leman tak mahu ambil, saya tak mahu beli dah lain kali.'

tapi jawabnya ' kalau kak ris tak beli dengan saya, kak ris nak beli dengan siapa lagi?'

bertuah punya budak, tahu je dia.

'dah dah, jangan degil, ambil duit ni, beli lauk makan malam ni.leman tak mahu ke mak makan sedap sedap?'

mendengar aku cakap begitu, barulah dia malu malu ambil duit.

ahahaha. lucu juga.

biasanya kalau dia dapat udang, sepupuku yang beli.

udang yang dia pancing, besar besarlah. hairan aku. apa ayat dia pakai. jarang sangat dia pulang dengan tangan kosong.

'berapa seekor ?' tanyaku.walaupun aku tak makan udang, tapi akulah yang selalu membayarnya.

'suka hati kak ris lah.saya tak kisah berapapun'..

alahai. ni yang lemah ni. manalah aku tahu harga pasaran udang?

besar pula tu udang.

hari tu dia bawa pulang 3 ekor.

wah wah wah.

hampir sebesar lengan budak setiap seekor.

'ha, hari ni berapa ringgit?' aku tanya.

'macam biasalah kak ris, tak kisah' dia cakap sentiasa tersenyum.

'nah, ambil ni' aku hulur rm 50.

'wah, banyak ni kak ris, tak mahulah saya. beri rm 5 pun dah cukuplah'

'eh? takkanlah 3 ekor udang besar ni saya nak bayar rm 5?' hairan aku.

'tak apa kak ris, saya dapat udang ni pun mancing je, bukan pakai modal pun'.

'tak apa, saya beri rm 50 ni, leman ambil saja.zakat saya' kataku sambil senyum.

terkebil kebil dia.

kemudian dia senyum, 'terima kasih kak ris, saya balik dulu ya'

laju gila dia kayuh basikal pulang ke rumahnya.

agaknya nak beritahu ibunya dia dapat duit pergi memancing.

ah....

tersedu hatiku.

lurusnya budak ni.

tak macam budak budak lain yang sebayanya. asyik fikir nak lepak nak enjoy.

aku senang tengok budak ni. orangnya lurus cakapnya sopan.

kalau budak budak lain, asyik nak mengurat saja. boringnya.

mak aku pun cakap, budak leman tu memang orang tua kat kampung suka. sopan dan suka tolong orang.

bertuah ibunya dapat anak yang boleh makan jasa.

malam malam dia selalu mundar mandir depan rumahnya.

dan bila aku tanya kenapa dia jawab :

' tak apa apa kak ris, saya bosan je'

'kalau bosan pergilah main badminton kat court depan balairaya tu. kan ramai budak budak main malam?'

'alaaa kak ris. kak ris nak jaga mak saya ke? kalau kak ris nak jaga, sekarang juga saya pergi main badminton' dia jawab sambil tersengih ke telinga.

oh..aku lupa.

dia tinggal bersama ibunya.

yang tua.

uh.

kalaulah anak muda lain, manalah peduli ibu tua di rumah. nak merewang. dia pergi rewang. nak berjalan, dia berjalan.

tapi si leman ni tak pernah tinggalkan ibunya keseorangan.

pilu aku.

teringat lagu jasa bonda.

ah..tak sangka.

zaman ni ada lagi anak yang tahu menghargai jasa ibu.membalas jasa, kalau dulu dia kecil ibunya yang menjaganya, sekarang dia membalas budi.

kalau hari cuti, aku rehat rehat depan rumahku, aku panggil dia. bila nampak dia duduk duduk tak menggunting rambut.

ku suruh dia macam macam. beli goreng pisang, beli kicap beli itu ini.

duit not besar ku beri dan aku cakap, 'leman, keep the change..faham tak?'

'faham kak..kip de cen kip de cen kip de cen' ulangnya.

dan drama payah nak ambil duit pula akan terjadi pula tiap tiap dia pulang dari membeli.

' saya kata keep the change, ambil je lah'

'banyak ni kak ris, tak mahulah saya, saya pergi kedai bukan jauh, kejap je, takkan upah banyak ni?'

biasanya sepupuku akan backing aku.

'ambil duit tu leman, kalau tak aku cubit pusat engkau..haaa' ugut sepupunya sambil gelak. ( ya..ayat cubit pusat tu ayat modal dari sepupuku.ahahaha ).

bila dah sepupuku kata macam tu, barulah dia ambil duit, tersenyum senyum sambil mengucapkan terima kasih. dia balik.


ibunya pernah juga melarang aku.

'buat apa kau beri duit banyak banyak pada leman tu arisa? tak payahlah beri banyak macam tu.'

dan aku jawab ' tak apa makcik, bukan selalu. lagipun biarlah dia rasa dan dia beli apa yang dia nak. kalau harapkan upah gunting rambut ni, berapa senlah dia dapat'

pernah pula ibunya menangis depan aku.

'kalaulah arwah ayahnya ada lagi, taklah kami hidup susah sebegini. si leman tu pun dapatlah masuk sekolah'

sebak aku.

........................


ah....

panjang ceritaku.

fiksyen ke?

ini kisah benar.

terpulanglah pada yang membacanya untuk percaya atau tidak.

sekadar secebis kisah hidup yang aku kongsi bersama.

No comments:

Post a Comment