Sunday, December 13, 2009

orang kelantan jahat.... ?

yeh?

'aku benci orang kelantan.yang jantan semua samseng yang pompuan semua ngada ngada. bahasa pulak kasar semacam je.kata alim tapi takde apa pun aku tengok'

panas juga cuping telinga aku.

ungkapan sepertinya budak tak bersekolah itu di ucapkan oleh seorang teman kepada teman seofisku.

orang kl.

cantik orangnya tapi tak pula berbudi bahasa atau sekurang kurangnya bersopan ketika bertutur.

langsung tak perduli sensitiviti orang.

kalau saja aku ini samseng, biasa biasa saja aku piat telinga si minah tu.

teman aku tu pula, terkulat kulat mendengar teman kl nya itu mengeluarkan pernyataan yang prejudis sebegitu.

jadilah aku bertanya pada si gadis comel tu :

'minta maaf, berapa orang kelantan yang yu dah jumpa dan yu kenal ya?'

'ramai le juga,nape' sombong dia jawab.

'dan kini yu pula berada di kelantan.apakah yang lelaki ini yu tengok sedang bertumbuk di tepi jalan? apakah pula yang perempuan pula sedang berpakaian menjolok mana berpeleseran di tepi jalan?

'ermmm...tak juga' perlahan dia jawab.

'tak juga ke atau tak ada? dan kalau bahasa kami kasar, adakah ai ini sedang kasar bercakap dengan yu? dan kalau ai cakap dalam bahasa pekat kelantan, apakah yu akan faham?' aku tanya lagi.

'takde pula tengok ada orang jahat.yu baik apa.and kalau yu cakap full kelantan tentulah ai tak faham'

tahu pula dia jawab sebegitu.

'minta maaf ya kalau ai cakap. kami orang kelantan sama saja dengan orang negeri lain.ada jahat ada baik. persepsi yu terhadap kami sinikal sangat sebab yu di pengaruhi oleh cerita dan khabar angin saja.yu sendiri cakap tak pula ada orang kelantan buat jahat pada yu tapi kenapa pula boleh yu menilai kami sebegitu?'

dia terkulat kulat.

'orang kelantan tak samseng tapi tak pula penakut ya. dan yang perempuan bukan mengada ngada cuma yang baik itu menjaga sopan santunnya saja. tak ai kata semuanya baik, ada juga yang betul samseng dan ada juga yang betul mengada ngada dan gatal'

'kami sama saja dengan orang negeri lain.so pleaselah jangan pula yu nilai orang kelantan macam macam yang negatif sebelum yu kenal kami secukupnya'

dia kemudian minta maaf dari aku.

dan aku kata padanya :

'yu taklah perlu minta maaf dari ai. yu tak salah. persepsi yu sebab dari pengetahuan yu yang terhad tentang orang kelantan.cuma ai minta, kenalilah apa apa atau siapa siapa dulu sebelum menilai. kalau kami jahat, jahatlah kami, kalau kami baik, baiklah kami'

'eh, yu tau tak, ai suka cara yu bercakap lah. sopan santun sungguh.jarang ai jumpa orang susun ayat bercakap macam yu' katanya.

oh?

adakah dia memuji atau menyindir?

'terima kasih ya ( walau aku tak tahu itu sindiran atau pujian ikhlas ).yang kurang dari ai dan yang lebih itu dari Allah s.w.t'

dia senyum.

ah..

orangnya cantik dan bila dia senyum lagilah cantik.

kemudian kami berpisah.


bukan sekali ini aku terjumpa, orang yang prejudis pada orang kelantan.

hairan ya.

apa kami orang kelantan tak boleh jahat?

tak boleh gatal?

tak boleh mengada ngada?

semua kena alim?

kena maksum?

semua kena jadi lebai?

semua kena jadi muslimah?

kami orang kelantan adalah komuniti ya.

dan bila sebut komuniti, tentunya ada bermacam ragam dan perangai.

jangan pula kerana seorang dua yang buat tak baik, semua kami jadi tak baik.

aku tak pernah pula kata semua orang kl suka buat maksiat kerana kl itu darul maksiat.

segelintir saja.

kan ada orang kl yang baik baik dan alim?

kenapa pula orang kelantan di label samseng?

kalau perempuan pula di label suka mengurat dan rampas teman lelaki orang?

iya iya.

orang kelantan ada sesuatu yang orang negeri lain tak ada.

apa ya?

semangat asabiyah.

apa tu?

kalau belek buku sejarah, tentu tahu apa itu asabiyah.

ada pada zaman nabi lagi.

semangat untuk menjaga kaum sendiri.

tak mengira kenal atau tidak.

pernah aku lihat sendiri dulu semasa aku sedang belajar di kl.

di sebuah pasaraya, sekumpulan budak budak hip hop ke apa sedang merewang rewang di sana.

buat bising macam monyet jumpa pisang tak dapat ambil.

tiba tiba salah seorangnya terlanggar bahu seorang mamat yang sedang berjalan di situ.

terus di tolaknya dada mamat itu sambil menjerit:

'lu apahal mamat langgar langgar gua? mata lu letak mana?'

sangat samseng walhal si mamat itu bukan sengaja.

mamat tu minta maaf tapi masih lagi si budak hip hop itu bising macam nak bergaduh.

akhirnya mamat tu bersuara :

'hey nate, mung ingat mung dok kl ni aku takot ko? mu nok maghi la so samo so' *hei celaka, kau ingat kau dok kl aku takut? kalau nak marile satu sama satu*

oh?

orang kelantan rupanya.

dengan tiba tiba saja entah dari mana ramailah lelaki lelaki lain datang mengerumuni di sana.

sambil pula bertanya pada mamat itu :

'guano gu? guano gu?' *apsal geng?apsal geng?*

'demo ni kuca demo ko?' *diaorang ni kacau kau ke*

'buke gapo, kawe tok puah ati nge pok pok ni, metto nok mapuh,'*takde apa, aku tak puas hati dengan mereka ni , samseng gile * jawab si mamat tu.

geng hip hop tadi aku lihat macam nak terkucil pula.

ramailah orang kelantan yang mengelilingi mereka.


alih alih si hip hop yang tadinya samseng bukan main lagi minta maaf dengan mamat yang terlanggar dengannya tadi.

aku yang melihat senario itu tersenyum pula di tepi.

senang aku melihat orang sendiri di jaga sebegitu rupa walhal tak pun kenal mereka itu antara satu sama lain.

memadai dengan bahasa yang di guna, sudah ramai yang sudi menolong.

iya iya.

kami orang kelantan memang tersohor dengan lebai dan alimnya.

tak pula tak ada yang jahat.

ramai juga orang kelantan jahat, jahil dan pelbagai lagi yang tak baik.

tak aku nafikan.

inikan persepsi yang di bentuk oleh media massa.

berbelas berpuluh tahun persepsi negatif terhadap orang kelantan di war war dan di gembar gemburkan, taklah boleh aku leraikan prejudis negatif ini dalam satu entri blog pula.

cuma kalau boleh.

kenalilah kami dulu.

tak kenal tak cinta kan?

yang jahat di dalam kami jangan di hina apa salahnya kalau di tegur.

yang baik di dalam kami tak perlu dipuji tapi andai di ambil jadi contoh alangkah baiknya.

segalanya yang kurang dan lemah dari aku, yang lebih itu dari Allah.

amin amin amin.


*= translasi.

2 comments:

  1. maaf la...sekadar brkngsi pengalamn.. dl aku mmg xpcya apa org kata ttg kelantanese...aku anggap, ada yang baik n buruknya..bila aku kapel ngn org kelntan, baru aku tau azabnya... blum tunang apatah lagi kawin, wat serupo ambo ja.. aku yg kna jaga mak dia, cari mkn kat mak dia, aku xkisah wat semua tu, aku ikhlas, tapi bila aku tau mak dia n dia hanya gunakan aku semua jd x ikhlas,.. aku tau diaorg hnya gunakan aku masa aku gaduh ngn dia.. dpn2 aku anak dia kata kat mak dia, " yang ni pun 1, masa kat kh (kelantan) ckp mcm len, dtg cni back up bdk ni (saya)" ..diaorg berpura2..manis kat depan... anaknya bangga sgt ngn kerja polis tu..padahal mcm apa jer polis tu.. itu la org kelantan..baru kuar skit dr kelantan mula besar diri n bangga diri... NO KELANTANESE ANYMORE...HATE THEM SO MUCH!! I'M SORRYYY....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknye klu kamu beli pisang setandan..kamu ambik satu..tiba2 kamu perasan pisang yg kamu ambik tu buruk..mngkin satu tandan pisang ko buang.. tu la..akal di beri..x guna..kesian sngt sbb tiada klbihn dlm diri kmu..hnye kekurangan..

      Delete