Sunday, December 13, 2009

cerita tentang situasi

oh..

kelmarin dua majlis ku hadiri.

kisahnya?

satu satu ya.

majlis pertama ku hadiri adalah majlis kematian ( yeh? boleh di panggil majlis ke? )

entah.

apa apa pun aku ikut mama semalam ke rumah temannya.

anak temannya telah meninggal. baru meninggal. mayat pun tak di mandikan lagi.

aku kenal arwah anaknya.

namanya rosli tapi orang panggil seli.

hitam manis tinggi lampai muka sedih.

sayang sekali orangnya lawa tapi jadi penagih.

anak sulung pula tu.

tapi walau dia penagih, suruh saja apa apa kerja tentunya dia buat sepenuh hati.

suruh menebas beri saja rm 10 licinlah semak larilah monyet biawak.

apa apa kerja semua dia sanggup buat asal saja ada upah.

tapi selalunya tak pula dia bekerja.

dan ibunya kerap ke rumah mamaku mengadu itu ini tentang anak lelakinya.

habis emas dicuri, habis periuk di jual, habis selimut di gadai, bermacam hal bermacam perkara yang dibuatnya.

dua kali masuk pusat serenti tiap tiap kali baru keluar dia jadi gemuk.

alim sekejap sembahayang tak tinggal siap jadi tukang azan lagi.

tapi cuma sekejap saja nanti jadilah balik perangai lama.

kereta remote control anak jiran pun di kebas di jual .

aku ini tahu kerana kerap aku dengar mama ku yang cerita pada ku.

dan akhirnya arwah mati kerana sakit.

sakit apa?

oh..

Angkara Iblis Dan Syaitan.

sayang seribu kali sayang orangnya muda lagi belum pun masuk 30 dan masih bujang.

lama juga aku di rumah arwah tak pula aku tengok ada usaha di buat untuk memandikan mayat.

hairan pula aku.

ku bisik ku tanya mama.

kata mama, kena tunggu orang dari hospital mandikan mayat sebab arwah mati sakit sebegitu.

tukang mandi mayat kampung tak pula berani nak mandikan.

maka tunggulah orang hospital.

bila orang hospital sampai barulah mayat di mandikan.

oh...

bau apa ni?

bau klorin penuh satu rumah sampai aku ingin nak muntah pening.

sangat busuk.

sesudah mandi mayat di kafankan.

ku intai celah tabir .

yeh?

plastik?

plastik apa?

dan apa pula ubat kuning tu?

oh.

mayatnya bukan setakat di kafan malah di bungkus plastik dan di lumur ubatan kuning yang aku sendiri tak tahu apa.

alangkah siksa mati sebegitu.

alangkah baik andai penagih penagih yang ada di beri kursus pengurusan mayat mati kena AIDS.

kalau tak seram tak kesal lagi setelah melihat semua tu, tak tahulah lagi apa nak di kata.

aku lihat mama asyik mengelengkan kepala.

dan kasihan pula lihat ibunya.

tak lama kemudian kami minta diri pulang.

ah...

bau klorin seakan melekat di tubuhku.

sepulangku ke rumah terus mandi.

nanti kena badi mayat susahlah aku.

............................................................

majlis kedua hari itu majlis kahwin pula.

malasnya aku pergi tapi mama bising suruh aku temankan.

kenapa aku?

mama cakap :

'papa ada kerja. lagipun takkan mama nak pergi dengan abang chik? kak long ikut je lah'

jadi aku pun pergi.

wah wah wah.

besarlah majlisnya.

yeh?

bukan setakat gulai yang ada.

mee kari dan laksa laksam pun ada.

ada dj lagi.

lagu kahwin di pasang sampai aku ini nak makan pun tak senang.

senak dan bingit anak telingaku.

bisingnya.

aku tak suka bising masa makan.

sebab tu aku tak suka majlis tempat ramai ramai makan.

eeeeee.

kemudian aku lihat seorang gadis cantik menghampiri si dj berbisik bisik.

oh?

dia nak menyanyi rupanya.

lagu apa dj tanya?

lagu dangdut bulan cinta.

alaaaahai.

siapa pula yang gila nak nyanyi lagu dangdut di majlis kahwin?

tapi si gadis tu tak kisah.

dia menyanyi.

wah wah wah.

wajahnya cantik bukan main tapi suara macam katak tersepit.

pitching haram hawau berterabur sampai aku hampir hilang selera.

terpekik pekik tergolek tergelek dia.

alangkah meluatnya aku.

yang tetamu lelaki pula ternganga melihat , rasanya lalat masuk mulut pun tak sedar.

aku cepat cepat makan dan ku cuit mama tanda minta mahu pulang.

tak tahan aku.

nanti aku kahwin, aku tak mahu berdj-dj.

tak perlu menyanyi nyanyi.

silat silat pun tak mahu.

kompang tak mahu.

aku mahu majlis yang tenang saja.

majlis itu ku tinggalkan tatkala si gadis itu masih terpekik terlolong 'menyumbangkan' lagu.

uh...

langit mendung petanda ribut bakal menjelang.

sangat ironis,

aku tergelak sendirian dalam hati.

agaknya nak ribut sebab nyanyian dan suara macam katak panggil hujan kut.

tak sampai separuh perjalanan aku pulang ke rumah hujan turun menggila lebatnya.

aku ketawa kecil dalam kereta sampai mama ku hairan.

'kenapa' tanyanya.

'katak comel tadi panggil hujan lah mama. tapi bukan hujan datang, ribut yang tiba' jawabku.

mama faham agaknya. dia senyum saja.

ah....

aku tenang bawa kereta dalam hujan.

sangat mendamaikan......

No comments:

Post a Comment