Saturday, February 27, 2010

pig forest? red pig? pig pig piggy pig

(excerpt dari blog lamaku )

oh?

selsema babi ya?

kenapa bila babi yang selsema manusia pula yang mati?

hairan hairan

sebut sebut tentang penyakit ini

saban hari pula terdengar berita tentangnya

kasihan pula

anak anak kecil yang meninggal

malah ibu hamil pun ada

sangat dasyat pula kuman penyakit ini

iyalahkan

asalnya pun dari si mughallazah

tapi...

kenapa pula tidak dihapuskan saja puncanya?

kalau dulu selsema burung

habislah ayam itik di dalam reban di racun di bunuh

tapi bila si mughallazah ini pula yang buat hal

tak pula di basmi habis habisan

jadinya aku bertanya pada seorang temanku

yang bekerja di hospital

katanya

selsema babi ini

walau asal dari si mughallazah

tapi telah bermutasi dan kini menjangkiti dari manusia kepada manusia

bukan setakat dari simughallazah saja lagi

kalau dulu burung

tidak pula dari manusia ke manusia

wah wah

malam sabtu lepas

aku ke hospital

pukul 11 malam

temankan makcikku

anaknya demam dan batuk

pergilah kami kerana anaknya perlu rawatan

aku temankan

aduhai

pukul 11 malam pun begitu ramai orang ya?

ku tanya kenapa tak ke klinik saja

atau beli ubat di farmasi saja

bukankah lebih cepat lebih mudah?

katanya dia tak mahu

takut takut nanti anaknya di jangkiti virus selsema ini

maka menunggulah aku di sana

12 lebih baru dapat masuk

di periksa periksa

rupanya demam biasa

penatnya menunggu

sejam lebih terkebil kebil

ramai pula yang datang

hampir penuh bahagian kecemasan hospital

tapi bila di fikir kembali

sana mati disini meninggal

buka tv belek akhbar

tak hairan pula orang ramai cemas cemas

demam sedikit terus nak cucuk

siapa mahu mati ya?

apa lagi kalau yang si kecil yang sakit

bagaimana vaksinnya?

belum ada?

errr

hujung bulan ini baru sampai?

takut juga aku

iyalahkan

sakit ini

bukan seperti sakit yang lain lain

ingatkan demam biasa rupanya demam pig

bila terlewat tentu maut pula

sepertinya black death di zaman pertengahan dulu

ipt dan sekolah sana sini di tutup

mana yang kena tangkap kenalah kurung kuarantin

terkulat kulat di kurung

tak boleh buat apa apa

renung sejenak

kenapa ya ada penyakit sebegini?

banyak pula jawapan yang ada

tapi bagi aku

ini semua bala yang terturun

bahana manusia kini terlalu lalai

malas pula jelas panjang panjang

nanti di kata membebel

sayang sekali bala yang datang

tak pula memilih

tua atau muda

miskin atau kaya

sedih juga membaca

si kecil mati angkara lalai

di fikir demam biasa rupanya demam babi

babi oh babi

sekali di pegang tujuh kali di basuh

sekali demam terus di mandi di kafan

tapi...

masih lagi malaysiaku

menjadi ladang ternak terbesar di asia tenggara?

hairan lagi aku

No comments:

Post a Comment