Saturday, January 30, 2010

jasa bonda

ermm..

teringat kisah teman seofisku dulu

dia orang pahang

datang bekerja di sini

jarang dapat pulang ke kampung

dia berasal dari keluarga yang susah

tinggal di kampung jauh di pedalaman

ayahnya cuma mengambil upah menghantar anak anak sekolah

dengan motosikal saja

walau ada abang dan kakaknya

tak pula mampu mereka membantu

mereka pun susah juga

al kisah bermula cerita

suatu hari

dia dapat panggilan telefon dari abangnya

terus cakap ibunya telah meninggal

terketar ketar dia

kemudian meraung sampai aku dalam bilik pun turut terkejut

bising satu ofis

terjelepuk dia di lantai

meraung macam ... macam orang meraunglah ya

menangis nangis

aku panik bukan main

tak tahu kenapa tiba tiba melihat dia meraung raung atas lantai

aku berlutut di tepinya tanyakan kenapa

nampak saja kelibat aku

terus dia memeluk aku

'rissss..mak aku rissss...mak aku dah tak ada..mak aku dah mati...aku dah jadi anak yatim risss'

menangis nangis dia air mata melimpah ruah tak henti

aku terkedu mendengar berita itu

'risss..aku tak sempat balik risss..aku tak sempat balik tengok mak aku riss..kalau aku tahu ..aku tak datang kerja lagi riss..mak akuuuu..mak akuuuu..'

aku seakan tak tertahan turut sama menangis.

dua tiga orang staff perempuan yang lain pun turut sama menangis sambil sibuk menenangkan teman aku itu.

macamlah orang tak betul jadinya teman aku itu. meracau racau kesal dia.

aku sangat kasihan melihatnya.

dan geram juga pada abang temanku itu

bodoh sangat

cakaplah ibu sedang tenat ke apa ke

ini tidak

terus cakap ibunya dah tiada

tak ada sensitiviti langsunglah

dia memang pulang ke kampung sebelum ini. baru saja sampai ke sini. kesallah dia ibunya meninggal sedang dia tiada di sisi.

akhirnya, aku suruh pula dia pulang ke kampung.

tentang hal ofis biar saja aku uruskan.

ku telefon abang cu dan abang chik minta datang ke ofis bawa kereta yang satu lagi.

kalau saja temanku ingin pulang dengan bas, tentu tak sempat untuk kucup dan melihat arwah ibunya buat kali terakhir.

dan dia pula tak ada motokar sendiri. cuma motor saja.

petang itu juga aku minta tolong abang chik dan abang cu hantarkan dia ke pahang.

bertuah aku dapat abang abang yang memahami.

tanpa banyak soal mereka setuju untuk hantarkan.

tapi sebelum itu,

bersusah payah abang chik dan abang cu memapah temanku itu ke kereta.

lemah longlai sepertinya lumpuh dia

tak kering lagi air mata tak hilang lagi sendu isakkannya

aku minta abang chik supaya pandu laju sedikit kerana destinasi bukannya dekat

bertolaklah teman aku itu dengan abang abangku dengan sehelai sepinggang pulang ke kampungnya

mataku pula yang bengkak bengkil akibat turut menangis sama

sepulang dari ofis

aku tertunggu tunggu di rumah

ah..

hampir pukul 1.30 pagi barulah abang chik dan abang cu sampai balik kerumah

abang chik kata, ayah temanku itu meminta mereka bermalam di sana tapi abang cu pula yang tak mahu

iyalah..

mereka pergi pun sehelai sepinggang juga

dua minggu juga temanku itu cuti

sepulangnya kembali ke ofis

sudah boleh dia tersenyum

agaknya sudah redha dengan pemergian ibunya

tapi..

tetap dia ucapkan padaku

betapa dia kesal kerana tiada di sisi ibunya disaat akhir hayat arwah itu

dia minta ingin membayar ''tambang'' keretaku itu

ah..

taklah aku terima

'tapi riss, duit minyak tu bukan sedikit.biarlah aku gantikan'

terus terusan aku menolak.

'biarlah, itu aku sedekahkan saja. aku halalkan. tak perlulah bayar'

berkaca matanya.

uh..

tak mahu aku dia menangis lagi.

cepat cepat aku minta diri pulang ke bilikku.

bohonglah aku kalau aku kata aku tahu apa yang dia rasai dan alami sekarang

aku tak pernah kehilangan ibu lagi

cuma..

aku cuma boleh bayangkan saja betapa perit kehilangan ibu tercinta yang selama ini ada

dan setia melayan karenah anak anaknya

wajah tua ibuku terbayang di depan mata

eh eh eh..

aku pula yang terasa sebak

ku telefon pada mama bertanya khabar

sampai dia pula hairan

mimpi apa aku telefon

sesudah itu aku tersenyum sendiri

aku ini masih bertuah

ada mama yang mengasihi aku

amin amin

ya Allah

panjangkanlah umur kedua orang tuaku itu


Jasa Bonda

Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

No comments:

Post a Comment