Saturday, January 30, 2010

mengomel ngomel

ah...

malam jumaat lepas

aku kerumah teman mama

katanya buat sambutan maulud sedikit

wah wah

aku ini penat bekerja pun tak habis lagi ya

tapi mama yang minta takkan pula aku menolak

jadi pergilah aku kesana

dan sepertinya kebiasaan

duduklah aku di dapur

tolong isi nasi tolong hulur pinggan tolong itu ini

makcik makcik yang ada asyik pot pet pot pet sesama mereka

bosannya.........

bila datang tetamu tetamu untuk majlis..

terlihat pula aku seorang budak kecil dengan adiknya duduk di tangga menghala ke dapur

tak aku tahu namanya tahu aku kenal siapa ibu bapanya

orang susah ya.

diam saja mereka di tepi tangga

mengikut orang bertahlil dan berselawat

entah kenapa melihat air mukanya aku cukuplah kasihan

seakan melihat wajah seorang yang tak pernah merasa erti kesenangan

selalulah sangat aku nampak dia dan adiknya yang kecil

berjalan walau kemana

hairan aku pada mulanya

kenapa asyik berjalan

bila lynn cakap mereka orang susah

nak beli basikal pun tak mampu

barulah aku memahaminya

cukup sayang dia pada adiknya

belilah apa apa pun tentu di kongsi dengan adiknya

suasana bising di dapur dan suara orang berselawat tiba tiba seakan tak kedengaran padaku

fana sebentar aku

sayu melihat dua beradik ini

selesai selawat dan tahlil

mulalah juadah di hidangkan

tak putus aku melihat dua beradik itu

oh..

lauk ayamnya di ambil dan di beri pada adiknya

dia cuma berlaukkan daging seketul dua saja

perlahan dia makan

adiknya pula bukan main pula laju

agaknya jarang sangat makan lauk sesedap itu

makinlah aku sayu

ku ambil pinggan satu

ku isikan dengan lauk ayam dua tiga ketul

ku unjukkankan padanya

di ambilnya pinggan lalu ingin pula dia berikan pada orang di belakangnya

cepat ku kata :

'eh dik, itu bukan lauk tambah ya, itu akak beri pada adik saja.'

terkebil kebil dia sepertinya hairan.

'lauk saya dah ada kak'

perlahan jawabnya.

aku senyum.

alahai.lurusnya budak ini macamlah tiang lampu.

'makanlah saja dik. akak memang ambilkan untuk adik saja'

tersenyum dia.

'terima kasih kak.tapi banyak lauk ni. tak apa ke?'

ahaha.

aku pula tergelak kecil.

'tak apa tak apa. banyak lagi kat dapur.adik makan saja.jangan bimbang.kalau tak cukup minta lagi ya'

sekali lagi dia ucapkan terima kasih.

lauk ayam yang ku beri tadi, sekali lagi dia berikan pada adiknya.

tersengih sengih adiknya dapat lauk.

dan dia pula pun dapat juga merasa lauk ayam.

aku berpaling.

terlihat mama merenungku.

ah.. habislah

ini bukan rumah aku

senang senang aku ambil lauk sendiri dan beri pada orang lain

mama senyum

oh..legalah hatiku

tahu saja mama tak marah

agaknya mama perhatikan dari tadi ya

aku senyum saja pada mama

pulang ke rumah

masih teringat aku kisah dua beradik itu

kasihan

bilalah masanya mereka boleh merasa sedikit kesenangan

tahunya aku masih ada orang yang jauh lebih susah dariku

membuat aku lebih menghargai apa yang aku miliki dan perolehi

amin amin

moga di murahkan rezeki pada mereka

yang lebih susah dari aku

No comments:

Post a Comment