Saturday, January 30, 2010

tentang cinta

percayakah kamu pada cinta pandang pertama?

atau cinta tanpa alasan ( unconditional love?)

cakap pasal cinta.

betullah apa yang di tanya.

ada apa dengan cinta?

bagi aku..tak kenal tak cinta lah.

tak pula ada alasan.

masakan boleh mencintai sesuatu atau seseorang yang tidak kita kenali?

dalam Islam pun perlu kenal baru boleh cinta.

nak cintakan agama..belajarlah agama

nak cintakan Allah...dekatilahNya

nak cintakan Rasul...belajarlah sirahnya, ikutlah sunnahnya.

sangat mudah dan senang.

jadi...

cinta tanpa alasan apakah relevan?

bukan aku membangga diri, tapi tak pula sedikit luahan cinta yang aku dapat dari teman teman di internet.

semata mata kerana mereka melihat fotoku.

dan berbicara dengan ku seminit dua.

memadaikah untuk luahan cinta?

ah...

sangat hairan..

semudah itukah cinta terbentuk..terlafaz?

apakah aku menolak institusi cinta?

tak pula.

aku percaya pada cinta.

tapi biarlah cinta yang berasas dan teguh.

apakah ada cinta yang terbina dalam seminit dua?

setahun dua?

berapa ramai pula yang telah bersama bertahun tahun akhirnya berpisah begitu saja?

tidak kuatkah cinta mereka?

kemana hilangnya kasih da sayang mereka?

bagaimana boleh luntur cinta mereka?

bagi aku., semakin lama, semakinlah sayang.

iyalah.

betapa masa bersama yang di kongsi..bukankah patut mengeratkan hubungan?

tiada persefahaman?

kenapa di mulakan cinta andai tiada persefahaman?

tidak kah tahu pastinya akan berpisah jua?

kalau aku ingin bercinta.

tak akan semudah makan kacang.

akan ku dekati.akan ku kenali.

akan ku sabari. akan ku senangi.

andai semua memadai, maka akan aku berikan cintaku pula.

agakanya cinta di zaman sekarang ini sudah tiada nilainya.

kalau ada pun, mungkin cuma dalam filem hindustan saja.

definisi cinta sekarang :

kau suka aku

aku suka kau

kita bersama

bila dah bosan

kita berpisah

no string attached.


ah.....


sangat sayang kalau begitu.

apa maknanya kenangan?

bernilaikah nostalgia?

berbaloikah masa yang di habiskan untuk memelihara cinta yang tiada nilai?

persoalan persoalan persoalan...


aku tidak pula percaya pada cinta ekspres.

masa bukan penentu dalamnya cinta.

bukankah orang kata, cinta datang dari hati.

andai hati sudah gelap,apakah mampu cahaya cinta menerangi?

andai hati dah tertutup, bukan kita sendiri yang memegang kuncinya?

lain orang lain cara pemikirannya.

tak sama dengan aku. dan tak pula aku suka andai sama denganku.

ah..biarlah.

aku diam sendiri begini.

lebih senang sendiri

No comments:

Post a Comment