Saturday, January 30, 2010

suatu petang di traffic light

oh...

semalam waktu pulang dari kerja, harinya panas ah.

ku buka cermin kereta sementara air con kereta sejuk.

sampai saja ke satu traffic lights, ku dengar bunyi berdentum dentam di sebelah ku.

ku toleh dan terlihatlah sebuah kereta satria biru penuh dengan anak muda ribena .

radio di pasang macamlah mereka pekak berumur macam orang umur 100 tahun.

aku dalam kereta di sebelah pun naik bingit telinga.

tiba tiba mamat yang duduk di sebelah penumpang kereta tu berpaling padaku dan berkata :

'hai kak long, awak ni cantik le, cun gile. kereta pun lawa. mesti kereta ayah kak long ni.saya nak mengorat dengan awak boleh ke? berapa no. telefon?'

di sambut dengan gelak monyet dari teman temannya dalam kereta tu.

oh?

aku tenung mamat tu.

lamalah ku tenung sampai dia nampak tak sedap duduk pula.

kemudian dengan senyum paling manis ku jawab :

'terima kasih. saya memang tahu saya ni cantik sejak dari darjah tiga lagi.kereta ini saya beli sendiri dan memang lawa sebab saya beli pun mahal.nak mengurat? awak tu naik kereta pun tumpang orang nak mengurat saya? sori lah. apa ziana zain cakap? not my tastelah'

panjang dan laju ku tala atas muka mamat tu seraya cermin kereta ku naikkan.

ku cebikkan bibir dan selepas tu ku buat dono.

aku rasa teman teman mamat tu gelakkan dia lagilah kuat dari bunyi speaker radio kereta tu.

merah padam muka mamat tu.

huh.

padan muka.

terkinja kinja ku lihat teman temannya gelakkan dia.

malaslah nak layan.

bukan pula perangaiku mendabik dada atau mengangkat diri.

tapi rasanya puas pula aku buat begitu pada mamat tu.

kurang asam boi sangat.

ingat dia naik satria tumpang orang ( entah entah sewa je ) aku hairan?

nak mengurat aku di traffic light?

apa dia fikir aku ini perempuan jalanan murahan seperti yang dia biasa jumpa?

malamlah sikit.

dan lelaki macam tu aku nak buat boyfriend?

tak kuasa aku nak bawa balik tunjuk pada papa dan mama lelaki macam tu.

uh.

oh?

No comments:

Post a Comment