Saturday, January 30, 2010

ke majlis kenduri

ah..

semalam aku pulang awal dari kerja

pukul 2 sudah ku turun dari ofis pulang ke rumah

ada jemputan kenduri di terengganu perlu ku hadiri

sepatutnya mama dan papa yang harus menghadirinya

tapi mama dan papa sibuk kerana di sini pun jemputan kenduri yang ada tak menang tangan

jadinya mama pintaku pergi sebagai wakil untuknya

uh..

tak mahu pula aku pergi keseorangan

bahayalah jalan jalan seorang diri ini

jadi aku minta lynn temankan aku

geram sungguh aku

tercangak aku di rumah menunggu si lynn pulang

pukul 4.30 petang barulah dia sampai

'bukankah kita janji untuk pergi pukul 3 lynn? kenapa pukul 4.30 baru kau sampai?'

tersengih sengih dia.selamba dia jawab

'jalan jem'

oh?

senangnya dia jawab.

tapi tak mahulah aku bising bising atau panjang panjang

sudahlah kena tunggu lagi untuk dia bersiap siap pula

macam mak nenek lambat

akhirnya pukul 5 juga kami bertolak

aduuhhh..

sampai di pasir tumbuh jalan jem macamlah nak gila

eh?

hairan aku

kenapa jem sangat ini?

mana datangnya kereta yang bersepah sepah ini?

takkan semua nak pergi kenduri kut?

merungut rungut aku sendirian

lynn di sebelah nampak rileks saja.

'mana datangnya kereta banyak sangat ni? sampai habis sesak jalan'

aku merungut

'eh, kau ni, kan sekarang ni musim cuti sekolah. orang balik kampung lah'

padat dan pendek ayat lynn menjelaskan situasi.

oh oh oh?

alahai.

paaatuuuuuttlaaaaahhhh.

patutlah banyak sangat kereta atas jalan

patutlah jalan jem sejak hari sabtu lagi

patutlah duit dalam ATM semua habis

patutlah cina tokei kedai di bandar tersengih lebar

patutlah banyak sangat jemputan kenduri kahwin

rupanya musim cuti sekolah ya

ai ai ai

lemaunya aku

apa pun tak tahu

tapi manalah aku tahu kan?

aku tak lagi bersekolah

dan aku tak punya anak kecil yang bersekolah

hujan turun dengan lebat sepanjang perjalanan

suasana gelap gelita walau baru 5 petang

ku toleh ke tepi lynn telah jenak dalam tidurnya

oh oh oh

minah ini memanglah

mentang mentang aku minta temankan

sungguh sungguh dia temankan

sepertinya aku keseorangan saja dalam kereta

tapi..

ah..

sangat damai rasanya memandu

dalam hujan sebegini

tenang...

hujan menggila di luar

airnya memenuhi cermin depan keretaku

gelap sepertinya malam

seakan gelap mengiringi dingin hujan

perlahan saja ku bawa keretaku

menikmati hujan yang..

jarang dapat ku nikmati

akhirnya

perjalanan yang sepatutnya cuma mengambil masa kurang dari satu jam

jadilah 2 jam setengah

iyalah

mana lagi ku bawa kereta perlahan

mana lagi jalan jem

mana lagi hujan lebat

sampai di tempat majlis

sudahpun maghrib

Pak Su Rahman tuan rumahnya

sangatlah mesra

siap suruh aku parking kereta bawah khemah kenduri

sebab masa tu hujan masih sangat lebat

malulah aku

tetamu tetamu lelaki yang sedang makan

tersenyum senyum melihat aku dan lynn

iyalah..

dahlah sampai waktu maghrib

parking bawah khemah jamuan pula tu

tebal muka aku

eeeeee.

naik ke rumah pengantin

terus ku minta untuk solat dulu

tak baiklah dahulukan makan sebelum solat

ku ajak lynn tapi dia kata dia cuti

iyalah sangat

ingat nak makan saja dia

sudah solat baru ku sertai lynn makan

agaknya nasibku baik juga tiba waktu maghrib

pasangan pengantin anak Pak Su Rahman turut sama di mejaku

si lynn bukan main bertanya itu ini

harga pelamin berapa

berapa jemputan di jemput itu ini begitu begini

macamlah dia nak kahwin esok karang

aku diam saja

tiba tiba si pengantin lelaki bersuara :

'yang cantik manis ni kenapa diam je, bisu ke dia?'

yang lain pakat pakat gelak.

huish..

kurang asam betul.

ada pula aku di kata bisu?

lynn pula dengan kepohnya menjawab :

'ini sepupu saya arisa, orangnya memang bisu bila tak bercakap.ramai yang minat kat dia tapi dia jual mahal.'

lyn gelak gelak di sertai dengan yang lain di meja makan.

oh..geramnya aku si lynn ini.

kalau saja aku tinggalkan dia di sini baru dia tahu

balik jalan kakilah dia

aku buat buat senyum kelat

dengan wajah paling manis aku jawab :

'minta maaf ya, saya sedang makan, tak bolehlah saya bercakap cakap sambil makan. kan tak baik kan?'

'wah, sopannya dia, anak siapalah ni?'

mak pengantin pula bersuara.

'mak, bolehlah ambil dia jadi menantu, jadi pasangan adik cu'

si pengantin lelaki berkata pula.

kemudian mereka gelak gelak lagi

wah wah wah

rajinnya gelak

siapa adik cu?

tak mahu aku.

huh.

aku makan sehabis cepat

pergi basuh tangan

kembali ke meja

ku minta diri kata nak balik

'eh, cepatnya nak balik, hujan masih lebat lagi tu'

'tak apalah makcik, rasanya hujan takkan berhenti malam ini, dan saya pula jauh lagi perjalanannya. terima kasih banyak banyak ya makcik'

ku hulur duit kiriman papa dan mama padanya dan ku cubit lynn yang masih tersengih macam kerang busuk.

setelah menerima bunga telur aku turun ke keretaku.

'kalau ada masa, datanglah lagi ya ris, kirim salam pada ayah dan mak kamu tu'

Pak Su Rahman berpesan.

aku angguk dan iyakan saja sambil senyum tanda ku ingat.

eh?

makin ramai pula tetamu lelaki di bawah khemah makan itu.

tersenyum senyum melihat aku dan lynn.

tak solat maghrib ke mereka ni?

tak tahulah aku.

dalam perjalanan pulang

makin perlahan ku bawa kereta

hujan makin lebat malam semakin gelap

lynn pula asyik bercerita itu ini

lelaki itu kenyit mata padanya

lelaki ini minta nombor telefonnya

lelaki itu nak menguratnya

kemudian dia kata :

'ada dua tiga orang mamat kat sana minta no telefon kau ris.ingatkan ramai orang tanya aku.rupanya panggil aku sebab nak tanya no telefon kau.bengang aku'

eh?

'kau jangan lynn. ada kau bagi ke nombor aku?'

dia gelak gelak.

'macamlah aku tak tahu kau perangai macam mana.taklah.aku tak kasi.aku suruh diaorang minta sendiri.tak sangka.semua penakut.sorang pun tak gentleman.'

ah..lega aku mendengarnya

malaslah aku

sampai ke rumah jam 10 malam

penatnya aku

bersalin baju mandi sekejap terus tersembam atas katil lena ke pagi

No comments:

Post a Comment