Saturday, January 30, 2010

kisah di pasar malam

ah...

semalam aku kepasar malam bersama sepupuku lynn

tak pula aku beritahu pada mama

marahlah dia kalau saja dia tahu aku ke pasar malam dengan lynn saja

katanya, di pasar malam itu bermacam orang ada

iya iya aku tahu tahu saja

kalaulah abang abangku tahu

nanti teruklah aku di marahi

jadi, mula mula lagi aku buatkan lynn berjanji tak akan cakap pada siapa siapa kami ke pasar malam

wah wah

ramainya orang

tua muda kecil besar rendah tinggi hitam putih semua ada

lynn memborong macam nak gila

semua yang ada dia nak beli lagaknya

makanan

minuman

kain tudung

buah buahan

roti john pun dia beli

apalah

aku tengok tengok saja

akhirnya ku beli dadih dan ayam goreng saja

jalan jalan nampak pula air batu cendol

oh oh oh

lama sangat tak minum

terus ku beli

wah wah

dah rm1.50 sekarang ya

lama sangat aku tak beli air ini

semasa lynn sedang asyik membeli itu ini

aku perhatikan saja orang orang di sekeliling

ah..

yang perempuam ramailah yang cantik

pakai baju ketat ketat pula

tudung pakai tapi dada terbuka

aku pula yang malu melihatnya

yang itu body macam model

yang ini wajah cantik bukan main

yang sana tinggi lampai

yang sini putih melepak

rasa kecil saja diri

taklah aku ini sesempurna mereka

yang lelaki pula

kesal juga aku lihat

kalau tidak pakai seluar jeans dengan rantai di leher

pakai seluar pendek berpeleseran

yang lebai lebai dan yang alim alim bukan tak ada

tapi

aku tengok yang menarik perhatian aku saja ya

sana sini muda mudi berpasangan

taklah malu berpimpinan tangan

bukan aku meluat tapi iyalah

ini pasar malam ya

bukan tepi pantai

ramai pakcik makcik melihat

apa tak malu?

mana adat dan sopan?

tak masuk lagi yang berpeluk pinggang berjalan jalan

aku dan lynn senyum senyum saja melihat

taklah lama kami di sana

pulang cepat cepat kalau lambat nanti jalan jem siapa yang susah?

aku juga

tapi..

haha..

keluar dengan motor jem kah?

tak juga

malas aku keluar dengan kereta

parking payah sangat nak dapat

asyik kena berebut

aku ini cermat orangnya

tak akan pula memecut masuk petak parking

kalau tersondol apa apa kan padan muka aku juga?

tapi walau naik motor itu cepat dan memudahkan

risau juga kalau kalau motor egoku di kebas orang

iyalah

tempat ramai ramai macam ini

manalah orang nak perasan bila ada yang cuba curi motor kita kan?

nasib baik abang chik dah pasangkan alarm pada motor egoku

itupun aku masih kunci lagi discnya dan siap pakai rantai lagi

susah payah nak pasang susah payah pula nak buka

tapi aku tak perduli

biarlah orang kata aku terlalu cermat

terlalu hati hati

ini motorku

ku beli dengan duitku sendiri

walau insurans first party

tak mahu aku kehilangan motorku ini

ku naik motor perlahan lahan

lynn yang membonceng di belakang membebel bebel

katanya aku naik motor macam nenek tua

hmmmmph

yang dia naik motor macam di kejar pontianak tak kira pula ya?

aku cakap :

'aku naik perlahan, dilanggar tak parah , melanggar pun tak parah.duduk diam diam. nanti berayun motor terbalik, padan muka dua dua'

dia gelak gelak.

hish

aku cakap betul betul

dia gelakkan pula

sampai di rumah lebih kurang pukul 10 malam

terkenang kenang suasana pasar malam

bukan tempat untuk ku yang sebegitu

aku taklah suka

bising

penuh dengan

.........

apa ya?

entahlah

yang pasti

aku tak akan tahu bila pula terbuka hati

ingin ke pasar malam lagi

lebih senang ke tesco

No comments:

Post a Comment