Saturday, January 30, 2010

cerita lama

ah..

semalam aku penat sangat ya

malas memasak jadi aku ajaklah lynn makan di luar

fikir fikir aku ingin pergi makan di KFC saja

senang..

tapi lynn kata :

'engkau ni asyik kfc kfc je. kenapa tak kahwin dengan tokei kfc tu je. senang.aku nak makan nasik.takde selera makan ayam malam malam ni'

uh..

mengada ngada unta dia ek?

dahlah aku yang belanja.

tapi tak apalah.

pusing pusing jumpalah satu restoran.

sambil menunggu makanan, terlihat pula aku akhbar berita harian di atas meja.

ku ambil ku baca.

oh?

ini...berita harian kah?

zaman dan berubah dunia dah maju?

tak seperti sebuah akhbar yang sepatutnya.

macam sebuah majalah politik saja ya.

dari muka depan ke muka tengah hinggalah muka belakang ( sukan tak kira ya )

politik politik politik

gobind kena gantung ya?

anwar keluar dewan dengan pembangkang ya?

karpal kena panggil dek polis ya?

eh?

kalau bukan berita politik..

berita jenayah

jenayah jenayah jenayah

eh eh eh?

apa aku ini sedang membaca berita di malaysia?

kenapa rasanya macam di pakistan saja?

orang politik bercakaran sesama sendiri

jenayah seakan tak terkawal

patutlah bn kalah teruk di PRU 12 dulu

selamat aman dan makmur?

selamat dan aman?

di mana?

sedang tv akhbar radio dan media massam lain

saban hari melaporkan jenayah yang kita sendiri seakan tidak terfikir boleh berlaku

di negara kita ini

tengok saja kisah semalam ya

seorang warga asing ( myanmmar rasanya ) mati di belasah 400 pekerja kilang

dia bersama 5 orang temannya menyerbu asrama kilang

mengheret seorang pekerja di situ dan ditembaknya kepala si malang itu

execution style

tapi selepas itu dia mati pula di belasah pekerja kilang yang lain di asrama itu

4 orang lagi hilang tak berjaya pula di kesan

eh eh eh?

bunuh macam cerita mafia dalam tv pula ya

yang menjadikan aku hairan pula

mana dia dapat pistol itu ya?

tak terfikir kamu?

betapa sekarang pistol dan senapang dan senjata api

seakan mudah sangat di beli

macam kacang rebus

tak betul?

kalau taklah betul, kenapa saban hari didengar orang ini ditembak yang itu dibedil?

sampai polis terpaksa menjawab kenapa asyik berbalas tembak dengan penjahat sampai habis mati semuanya?

polis pula aku jadinya kasihan

silap tahan silap haribulan sia sia saja di tembak penjahat

tak padan dengan gaji tak padan dengan kerja

sikit sikit kena tembak

sikit sikit kena tembak

wah wah

ganasnya penjahat sekarang

tentang dadah dan pelacuran pula bagaimana?

999 360 edisi siasat dah letih

tetap begitu juga

pernah aku tengok di tv ya

sebuah disko pernah 25 kali di serbu dan di saman tapi tetap beroperasi dan masih melanggar undang undang

pengunjungnya makan dadah dan boleh pula melanggan pelacur di sana

eh?

25 kali?

dua puluh lima kali?

twenty five times?

kenapa tak di tutup saja?

sita semua barang?

aku taklah tahu.

bagaimana pula dengan pendatang asing haram? (PATI)

bersepah

seakan tak selamat pula penempatan penduduk asal dek ramainya mereka ini

siap berkampung pula dan beranak pinak pula

buka tv boleh saja nampak polis RELA imigresen terkejar kejar mengejar mereka ini

ada sembunyi bawah rumah sembunyi atas alang terjun masuk semak

tapi minggu depan buka tv lagi

pun masih lihat polis RELA imigresen masih terkejar kejar

ah...

tempat sama kah?

lainlah.

ramai sangat ya.

belum kira lagi warga bangla 70 ribu orang yang di kata nak masuk malaysia

alahai

skandal apa pula tu?

bangla di bawah jambatan tak habis lagi kisah

nak bawa masuk lagi bangla lain?

tahu kisah satu apartment di didiami 140 orang bangla?

kasihanlah

nasib baiklah kerajaan tak beri izin bangla 70 ribu orang itu masuk

kalau tidak

agaknya penuhlah apartment sesaklah bawah jambatan

hairanlah aku

bila kerja tak ada tapi perut lapar pula nak makan

tak akan salah kalau aku kata pendatang asing ini akan melibatkan diri dalam jenayah ya

iyalah

mana nak dapat duit untuk beli makanan kan?

kerja tak ada

jadi mereka buat jenayahlah untuk isi perut

ragut samun rompak

(minta maaf, tak semua ya, tapi segelintir saja )

dan ini memberi pula persepsi negatif dari kacamata rakyat negara ini kepada mereka

pernah ada seorang bangla datang ke rumahku minta sedekah

katanya dia orang palestin datang ke malaysia minta derma

ah..apa dia fikir aku ini bodoh orangnya?

tak tahu bezakan bangla dan palestin?

orang palestin itu orang arab

biasanya berkulit cerah

dia hitam legam mengaku palestin?

ai ai ai..

cakap pun ada slanga bahasa india...palestin?

alahai.

.......................................................

masuk pula isu politik

gobind kata najib terlibat kes pembunuhan

kenalah gantung dia

nazri cakap gobind kena gantung

anwar tak puas hati sebab gobind tak di beri pelung bela diri

biarlah itu kemelut mereka

tapi..

yang aku ini sebagai rakyat memerhati

nampak pula kepincangannya

apa ya?

pemimpin yang sepatutnya bermuafakat

bercakaran sesama sendiri

masing masing tunjuk jagoan

yu salah kau tak betul awak monyet yu bigfoot

eh?

apa ini ya?

bn sendiri pun aku lihat jadi goyah

mca berperang dengan kisah dalamannya

umno perang sesama ahli

mic bersilambam sesama sendiri

apa lupa yang tersengih di tepi itu siapa?

pembangkanglah

gara gara kalah besar PRU12 habis goyah satu entiti politik kebal dulu

agaknya kalau tunku abdulrahman, tun hussien tun razak hidup lagi

lenguhlah leher mereka menggeleng kepala melihat umno yang mereka perjuangkan dulu bercakaran sesama sendiri

mahathir yang hidup sekarang lagi ini pun dan sakit leher geleng kepala

.......................

masuk pula kisah negeri yang di perintah pembangkang

selangor dan perak khususnya

selangor di perlekehkan di media massam kerana seoalah tak berdaya pihak pembangkang mengurus satu negeri itu dengan jayanya

masalah itu ini begitu begini

ah..

satu penggal pun belum habis ya

berilah peluang pada pembangkang itu buktikan diri mereka

bn memerintah sejak merdeka apa sempurna pemerintahan mereka di selangor?

banyak juga skandal sampai jenuh mendengar

rasuah curi pasir maksiat itu ini begitu begini

tak pula timbul ya?

dan di perak pula

nizar dan pembangkang di marahi kerana di kata melawan sultan

melanggar daulat sultan azlan

oh?

idris jusoh lawan YD Agung sultan mizan tak kira ya?

shahidan lawan sultan perlis tak nampak pula?

janganlah berat sebelah

aku ini bukan apa apa ya

cuma ingin saja lihat negara ini aman saja

tapi bagaimana nak aman kalau pemimpin pun tak sepakat?

seorang temanku cakap :

'buang saja imuniti raja, tarik semua kuasa ra politik raja mana boleh campur!'

aku terdiam sejenak mendengar kata kata pendek akalnya

kemudian aku tanyalah dia :

'kalau raja dan sultan tiada kuasa nanti, siapa yang akan pertahankan orang melayu dalam perlembagaan? yu mahu Agung bukan melayu? yu mahu PM bukan melayu? yu mahu kuota bumiputra di hapuskan? mahu status bumiputra di beri pada orang lain?'

dia pula yang diam

itulah

cakap siang pandang pandang

kalau pendek akal fikiran

baik diam saja orang pun takkan kata bisu

semalam dalam berita harian itupun

kisah sepasang suami isteri didakwa di mahkamah

kerana menghina sultan di dalam internet

bukan mereka buat blog atau apa apa pun ya

tapi sekadar komen saja

pun sudah memadai untuk mereka di dakwa

takut juga aku

nanti aku pula di kata ekstremis

penghasut

bukan ya bukan

aku menulis sebagai rakyat biasa saja

tiada pula agenda politik

masih lagi aku hormatkan institusi kesultanan

masih tahu siapa yang memerintah

ah...

panjang pula aku menulis

macamlah ada orang akan baca

tapi pada yang tahu dan yang rajin

cuma sekadar picisan pendapat aku

untuk di kongsi bersama teman teman ya

No comments:

Post a Comment