Saturday, January 30, 2010

yang terlebih dan yang terkurang

apa itu definisi kesempurnaan hidup?

aku punya sorang teman.

anak jutawan. umurnya 24 tapi dah ada nissan fairlady dan bmw z3.

kerja sebagai board of directors di company famili dia.

orangnya cantik sangat.

putih melepak hidung mancung macam minah salleh.

bagi aku, hidupnya sempurna lah.

tapi dia cakap.

' you know what's the worst part of being perfect?'

'how should i know? you're the one who's being perfect at this time' jawabku.

'exactly. nobody believes you' katanya lagi dengan jelas nada kecewa dalam tona suaranya.

........................

dan aku pula faham.

siapakah yang akan percaya gadis secantiknya tak punya teman istimewa?

yang dia mempunyai jawatan besar dan tinggi dalam syarikat?

yang dia adalah ahli lembaga pengarah?

yang dia punya dua kereta mewah di beli dengan duitnya sendiri?

yang dia punya semua apa yang dia inginkan tanpa perlu meminta dengan orang lain?

dulu dia selalu saja main internet dengan aku.

kami sama sama mengurat, berchatting, hang out dalam site site dalam dan luar negara.

tapi dia lama kelamaan nampak macam disappointed.

bila dia pakai gambarnya sendiri untuk id ym. dia di kata ambil gambar orang.

bila dia cakap apa kerjanya. dia dikata menunjuk atau menipu.

bila teman internet berjumpa, mulalah angau macam nak gila tengok dia.

akhirnya, tinggal aku seorang je yang masih kekal di dalam alam maya ni.

aku pun tak tahu selama mana lagi aku mahu terus ada dalam alam ni.

bukan sekali pula aku di kata pakai gambar perempuan mana buat avatar.

eh? itukan gambar aku?

takkan pula aku nak pakai gambar erra fazira buat avatar?

tahu pula aku ini tidaklah secantik model atau artis, tapi aku tetap bangga dengan apa yang aku ada.

at least aku sempurna dalam kejadian. tiada pula cacat cela. tak cantik tak apa.

eh? perasan?

iya ke?

tapi dah ramai teman teman aku kata aku comel.

betullah tu agaknya. ahaha.

..................................................

tengahari tadi aku ke tapak karnival kerja yang di sertai oleh syarikat aku.

saja saja, survey tengok budak budak buat kerja atau lepak saja.

oke lah juga sambutan. ramai pula agensi lain turut serta. kerajaan ada, swasta ada.

waktu aku ingin pulang ke ofis, terlihat pula seorang pakcik terketar ketar mengayuh basikal tua di depan sekolah.

anaknya yang masih sekolah rendah membonceng di belakang.

ah.....

sayunya aku lihat.

begitu besar pengorbanan ayah.

panas terik masih gagah mengayuh basikal.

dan pula aku tambah sayu, kena zaman serba moden ini masih lagi ada yang belum mampu untuk hidup senang?

bukankah malaysia kaya?

makmur?

kenapa pula pakcik ini masih mengayuh basikal untuk mengambil anaknya di sekolah?

tentu saja kalau di tanya pakcik itu, dia mahu untuk merasa naik motosikal mengambil anaknya pulang.

dia sudah tua. bukan larat lagi mengayuh.

tapi keadaan , dan kemiskinan membuatnya tiada pilihan.

ah..lebih baik mengayuh basikal dari berjalan kaki.

aku harap anaknya nanti dapat menghargai jerih perit ayahnya menyekolahkannya.

cukup sayu aku melihatnya.

.................

pernah dulu aku makan di restoran.

sedang aku makan tiba tiba sampai seorang pakcik dengan basikal mini yang sudah amat uzur.

di bonceng oleh dua anak kecilnya.

di tinggalkan anaknya itu di depan restoran dan dia berlalu pergi. tak lama kemudian, dia kembali lagi, kali ni dengan seorang wanita yang mendukung seorang anak kecil.

kemudian mereka beramai ramai masuk ke restoran itu.

aku memerhati dengan diam dari meja tempat dudukku di sudut restoran itu.

aku tengok, anaknya cuma makan nasik kosong dengan ikan goreng sebelah saja.

air pun air kosong sahaja.

aku gamit pelayan restoran itu dan tanya, siapa mereka semua tu.

pelayan tu menjawab, itu pakcik yang kerja kutip tin dan besi buruk yang tinggal di belakang hospital, dekat rumah mayat.

kadang kadang datang makan bersama keluarganya.

mereka hidup amat susah. miskin.

oh...

aku amat terkedu.

melihat anak anaknya yang begitu gembira dapat makan di luar . sekalipun cuma berlaukkan sekerat ikan goreng dan minum air kosong.

hampir saja aku menitis air mata.

dan jutaan syukur terbit dari hati aku.

aku masih di kira sebagai beruntung.

hidup aku cukup senang.

aku hulur rm 300 pada pelayan itu.

dia hairan macam cicak makan kapur.

'cik. cik makan rm 7.50 aje, saya takde duit kecil ni, kenapa pula bayar sampai rm 300 ni?'

'abang, lain kali, bila pakcik sekeluarga ni masuk, abang beri dia dan keluarganya makan sedap sedap ya. guna lah duit ini hingga habis, dan lepas saya keluar ni, tolong beri mereka makan apa saja lauk pauk yang mereka mahu ya' ujarku.

pelayan itu tersenyum.

'susah nak cari orang macam cik ni'

aku senyum.

tak susahlah.

senang saja.

aku berlalu ke keretaku.

sempat aku menjeling kepada keluarga yang kurang bernasib baik tu.

pelayan itu sudah ke meja mereka.

agaknya memberitahu dah ada orang yang bayarkan makanan mereka .

mereka nampak terkejut, pelayan itu menuding ke arah aku dalam keretaku.

anak anak pakcik tu melambai lambai pada aku dengan ayam goreng seketul sorang di tangan.

aku lambai balik.

pakcik tua tu nampak macam nak bangun dan datang ke arahku.

cepat cepat aku berlalu.

ah..

menitis air mata ku teringat betapa gembira anak anaknya.

kisah ini cuma pernah ku ceritakan pada sepupuku yang tinggal bersamaku.

dia cuma senyum.

katanya ' bertuah le orang yang kawin dengan kau'

ahahaha.


entahlah.

cuma.

bila aku dah merasa kesenangan.

apalah salahnya berkongsi dengan mereka yang kurang bernasib baik sekadar yang aku mampu.

setiap kali terkenang wajah anak anak pakcik tu melambai lambai pada aku, sentiasa aku tersenyum keseorangan.

amin ya rabbal alamin.

alhamdulillah rezekiku cukup hingga aku mampu pula berkongsi dengan yang lain.

No comments:

Post a Comment