Saturday, January 30, 2010

disposisi privasi

ah...whooooosa..

aku suka ayat tu.

selalu sangat aku ucapkan kalau bercakap.

sampai teman teman kehairanan.

teman teman lelaki pula ketawa.

sebab mereka faham apa itu whoooosa.

.............

cakap tentang whooosa..

patut pula aku rasa geram.

apakah tiada lagi yang tahu menghormati privasi?

teman teman ku di internet, aku tanya sekali sahaja.

tentang hal peribadi mereka.

andai tak mahu di jawab. maka aku akan faham. tiada pula ingin aku bertanya lagi.

tapi lain pula halnya dengan hal aku sendiri.

di ulang tanya.

berkali kali.

eh?

rasanya aku chat dalam bahasa melayu.

ym ke skype ke msn ke.

bahasa melayu.

tapi tak pula faham faham.

kalau aku chat dalam bahasa inggeris, lagilah mereka tak faham.

alahai..

aku tak suka bercakap tentang hal peribadiku.

tentang keluarga aku.

tentang hal peribadi aku.

tentang umurku,kerjaku,kemana aku pergi apa yang aku buat.

itu adalah hak aku dan masa aku adalah untuk aku.

kenapa ingin tahu sangat ya?

misterius sangatkah aku?

tak pula rasanya.

aku senang saja bersama teman internetku.

tanpa perlu aku tahu hal peribadi mereka.

apakah syarat tidak tertulis untuk menjadi teman maka harus tahu tentang hal seseorang luar dan dalam?

bagi aku, teman sebenar adalah mereka yang tahu menghormati takat dan batas dalam bersahabat.

kalau aku ingin, mudah saja aku kongsi hal peribadiku pada sesiapa yang aku inginkan.

tak perlu di tanya tak perlu di korek tak perlu pula di tekan.

bila aku tak cerita, maka tak perlulah di tanya.

sangat senang.

aku pun begitu.

tidak pernah mahu tahu hal peribadi orang.

melainkan kalau si empunya diri ingin bercerita, maka boleh saja aku menjadi pendengar yang setia.

kalau diminta, boleh saja aku beri pendapat sekadar satu atau dua.

sebab itu aku jarang bermasalah dengan sesiapa.

sebab itu aku jarang bersedih.

dan kalau aku ada salah silap dengan teman teman, tidak susah pula untuk aku meminta maaf.

sekadar melengkap diri sebagai insan yang lemah serta penuh salah dan silap, maka akan ada perilaku aku yang membuat orang terasa.

dan tak pula aku ego untuk tidak mengatakan aku tak salah.

kalau aku salah, katakan saja, andai benar, kemaafan tidaklah mahal dari aku.

buat teman teman, aku begini saja.

terima saja aku dengan caraku yang sederhana ini.

kerana aku menerima kamu semua seadanya.

ya.

aku masih senang dengan caraku.


yang sebegini.

No comments:

Post a Comment