Saturday, January 30, 2010

mengomel ngomel

ermm..

baru selesai tengok habis cerita 'golden boy'.

wah wah wah.

sangat bestlah.

kartunnya taklah seberapa. macam bodoh je. tapi mesej cerita sangatlah best.

apa saja yang kita mahu, tentu saja kita boleh dapat, asal saja kita setkan minda.

hairan juga aku. kartun malaysia tak pula boleh buat macam ini.

asyik 100% kebudak-budakkan.

tak pun asyik 100% ke-orang-tua-an.

keluang man? upin ipin? usop sontorian?

putih?

uh.

tapi agaknya tak adil pula nak bandingkan kartun malaysia dengan anime jepun.

yeh?

kenapa tak boleh?

bukan cara animasinya yang aku bandingkan. tapi mesej dalam kartun.

ah.

biasalah. orang melayu.

buat apa apa pun asyik fikir untung je.

....................................

tengok pula DMC-devil may cry.

ahahaha. kalau aku kena tangkap GM tengok kartun matilah aku.

nasib baik aku ada bilik sendiri. kalau aku kerja di partition, tentulah tak boleh tengok kartun. tentu sah kena tangkap.

application forms banyak lagi aku tak review.

eh?

ramainya yang minta kerja.

malasnya aku.

ramai pula yang berijazah.

alahai.betapa tak lakunya ijazah zaman sekarang ni.

terasa macam rugi pula belajar lama lama, habis beribu ribu tapi kerja susah nak dapat.

dan kalaupun ada ijazah, habis graduate, setakat honour kelas C apalah sangat.

dan kalau aku approve sesiapa nak kerja, tentunya aku tengok pengalaman.

bukan pula tak mahu beri peluang pada fresh graduate.

tapi inikan zaman cyber. semua nak cepat.

kalau hire fresh grads, banyaklah kena ajar. itu ini begitu begini.

tapi tak apa.itu bukan kerja aku. biar saja officer depts masing masing ajar.

aku buat selections. merekalah yang buat yang selebihnya.

.........................

bosan pula kerja.

senang sangat.

tak ada cabaran sangat.

asyik terkulat saja aku di internet.

meeting meeting meeting.

resolutions itu ini.

target itu ini.

aku angguk saja dalam meeting.

malas nak kata apa apa.

execs lain yang suka mengampu, aku buat tak tahu saja.

malaslah nak layan.

kalau bosan sangat, aku turun ke bawah. tengok subordinates

ahahaha.

terkulat kulat pura pura sibuk. macamlah aku tak tahu.

tapi tak apalah.

asal saja kerja mereka siap. aku malas nak komplen apa apa.

lalu saja depan cubicles mereka, terangguk angguk tersenyum senyum mereka.

aku tarik muka 14.

angguk balik.

senyum 20 sen.

ahaha.

sebab GM cakap, jangan baik sangat dengan subordinates, nanti mereka tak hormat kita, nasib tak baik, di langkahnya kepala.

ada betulnya.

selalu aku pergi ke ofis airin.

HOD-ACC

saja.

lepak lepak sana.

airin orangnya cantik.

teman lelaki pun ramai.

entah.

pandai pula dia cover line.

tapi kalau dengan subordinates, dia macam harimau beranak kecil.

garang sangat.

subordinates dia semua menikus tengok dia.


...............

oh oh oh.

hari ini nak makan apa ya?

airin cakap nak makan pizza.

kena pergi pizzahut.

ah.

tak mahulah.

bosan.

bukan sedap pun.

kalau sedap pun, mushroom soup dan lasagna je.

baik aku pergi kfc.

makan cheesy wedges.

airin selalu gelakkan aku.

katanya aku gila kentang.

tak apa

best apa cheesy wedges?

......


tengoklah, kalau rajin aku turun.

kalau malas, aku suruh je si shahril peon tu belikan untuk aku. belanja dia snack plate satu laju saja dia pergi beli.

No comments:

Post a Comment