Saturday, January 30, 2010

itu sudah kita tahu

ah..

apa ada pada cinta ya?

kalau cinta itu bahagia

kenapa ramai yang derita?

kalau cinta itu membutakan

kenapa ramai yang celik selepas hilangnya cinta?

kalau cinta itu mendamaikan

kenapa ramai yang gelisah saat bercinta

dan kekal atau tidak cinta

atas dasar apa pula ya?

masa?

keadaan?

tempat?

apakah lama bercinta harus bermaksud cinta itu akan kekal?

tak akan pudar?

dan kalau saja di ikat hingga ke alam rumahtangga

apakah cinta itu akan makin

melimpah

atau pudar?

ku dengar dengar kursus perkahwinan akan di lanjutkan dari dua hari kepada lima hari

alasanya?

terlalu ramai yang berkahwin muda bercerai berai

lihat saja kisah pemain badminton negara roslin

tak sampai dua minggu kahwin

belum sempat buat upacara kenal menantu lagi

sudah berpisah

apapun alasannya

seakan hairan juga ya

takkanlah tidak walau setitis cinta

untuk mempertahankan rumahtangga yang terlalu mentah itu

apa lagi yang telah bertahun kahwin

sudah beranak pinak

masih bercerai?

patutnya

anak anak..cahayamata itulah

yang jadi pengikat kasih agar tak terlerai

tapi masih tak mencukupi

salah siapa?

si suami salahkan isteri tak pandai jaga body

tak romantik seperti dulu

tak cukup masa untuk melayan

asyik sibuk dengan kerja dan anak anak

hingga terasa diri terabai

lalu berpaling kasih dia cari yang lain

yang lebih muda

yang seksi

yang boleh di bawa berjalan jalan

isteri di rumah penat dan lelah terus dilupa

dan isteri pula

menyalahkan suami

tak faham tugas dan tanggungjawab isteri

sibuk dengan kerja

sibuk urus anak

sibuk kemas rumah

sibuk basuh pakaian

sibuk masak makanan

suami ada

bukan nak tolong pun

tahu memerintah meminta itu ini saja

ah....

lupakah

dalam ego sang suami

dalam degil sang isteri

anak anak yang tak berdosa jadilah mangsa

membesar tanpa orang tua

sayangnya

kenapa?

kerana orang tuanya sudah putus kasih sayang

mahligai bahagia hancur di tengah jalan

walau bukan tempat aku untuk memberi pendapat

atau menilai

kerana masih belum aku merasa alam rumahtangga

tapi

tak kesalkah hilang cinta dan sayang yang tersemai selama ini?

di jaga di baja sepenuh hati

aku hidup dalam keluarga yang bahagia

dan ku pohon keluargaku yang aku sendiri nanti

bahagia juga sepertinya keluarga orang tuaku

walau tak pasti dan tiada pula jaminan bahagia

tapi

terima saja sekadar mungkin

dalam malang ada rahmat ya

No comments:

Post a Comment